Monday, 26 January 2015
BUDAK JAHAT
BAB 4
Jafeena merenung wajah ke dalam cermin. Bengkak mata dan sembab mukanya. Ini semua gara gara kejadian malam tadi. Luluh dan hampa bila mengenangkan kehendak hati tidak dituruti. Ternyata Uwan dan Atuk degil sekali. Puas Jafeena memujuk namun mereka masih enggan membenarkan dia pergi. Apa lagi iktiar yang ada. Kasih sayang uwan dan atuk kepadanya terlalu melambung tinggi. Sehingga dia menjadi tebusan dalam limpahan kasih sayang itu. Jafeena kebuntuan akal. Paling mengecewakan bapanya langsung tidak mahu membantu menyakinkan kedua uwan dan atuk. Hanya dia sahaja bersungguh sungguh memujuk pada malam itu. Bapanya disebelah diam jadi pemerhati sahaja. Geram hati Jafeena bila memikirkannya.
“ Bukan Atuk tak bagi kamu ikut abah kamu..Cuma kamu tinggal berdua disana..makan minum abah kamu seorang mengurus ni tambah kamu kan membebankan dia lagi, baik kamu duduk dengan Atuk dan uwan..disini hidup lebih terurus,” alasan Tuk Yeh
“ Ada Feena lebih menyenangkan abah..Feena bukan budak kecil lagi..Feena dan tujuh belas tahun..selama ini Feena tolong uwan masak dan kemas rumah..atukjanganlah buat buat alasan lagi..Feena tahu Atuk tak bagi Feena ikut abah pindah ke bandar..sebab tu atukbagi macam macam alasan menghalang Feena,” bidas Jafeena berani.
“ Sudahlah jangan cakap banyak lagi..pokoknya kamu jangan pindah..tinggal disini tinggal dengan atuk dan uwan sahaja,” Aki tetap degil memberi arahan.
Jafeena mengeluh kecewa. Bait bait perbincangan semasa makan malam tadi mengulang gulang dalam ingatan. Atuk memang susah hendak dibawa berbincang. Sengaja mengelak.
Uwan Nek Mah menghidang sarapan pagi. Tuk Yeh pula sudah melabuh punggung di kerusi meja makan. Menanti minuman pagi . Rahmat baru keluar dari bilik. Sudah bersiap untuk pergi kerja. Sebelum melewati ke dapur Rahmat singgah sekejap ke bilik Jafeena. Dia menjengah dari pintu tetapi tidak jadi memanggil kerana melihat Jefeena sedang bertelegu menung didepan cermin. Rahmat tersenyum. Faham apa yang sedang dimenungkan anak gadisnya itu.
“ Jangan lama sangat mengelamun..cepat sarapan!” tegur Rahmat sengaja mengejut lamunan Jafeena.
Melingas Jafeena menoleh ke pintu kerana terperanjat dengan teguran Rahmat. Melihat senyuman abahnya seperti mengejek menjadi wajah Jafeena mengerut tidak puashati.
“ Tak nak..Feena tak ada selera..Feena nak pergi sekolah dulu,” jawap Jafeena merajuk. Bingkas bangun mengambil beg sekolah di penjuru bilik. Rahmat mengeleng kepala sahaja. Jafeena melangkah keluar bilik beriring dengan bapanya menuju ke dapur tetapi langkah Jafeena terhenti seketika. Dia terfikir sesuatu. Tindakan Jafeena itu turut membantutkan langkah Rahmat.
“ Kenapa Feena?” tanya Rahmat hairan.
“ Abah, Feena pergi sekolah dululah,” elak Jafeena. Rasa tidak kesanggupan berdepan dengan Atukdan Uwan. Kekecewaan didada masih belum berbendung.
“ Ialah kut ye pun pergi salam dengan Atuk dan Uwan dulu,” suruh Rahmat
“ Tak nak..Jafeena ikut pintu serambi aje,” tolak Jafeena sengaja mahu menunjuk protes. Walaupun cara itu tidak sepatutnya tetapi Jafeena ini sahaja cara yang paling berkesan. Menunjukkan kekerasan diri.
“ Feena..” seru Rahmat tidak setuju cara Jafeena begitu. Merajuk dan membawa diri bagi menunjukkan rasa ketidak puashati sehingga membelakangkan adab dan kesopanan yang dititipkan sejak kecil.
“ Feena tahu apa abah nak cakap..memang cara Feena ni nampak tak sopan..tapi tolonglah abah memahami Feena..Feena tak kisah kalau abah tak mahu menyakinkan Atuk dan Uwan melepaskan Feena ikut pindah dengan abah tapi sekurang kurang abah hormati perasaan Feena sekarang ni..bagi Feena masa untuk menerima kekecewaan dengan hati terbuka,” pinta Jafeena mengharap. Terlebih dahulu dapat membaca tanggapan Rahmat terhadap niatnya. Bukan maksudnya bersikap biadap cuma dia memerlukan ruang untuk bermahasabah diri. Mungkin juga memberi ruang kepada Atuk dan Uwan memahami kekecewaan hatinya.
Rahmat memandang wajah anak gadis tunggal untuk sekian kali. Terbit simpati melihat wajah sembab dan mata yang bengkak itu. Hening dimata bular itu jelas menunjukkan kesedihan. Dalam keadaan emosi Jafeena sebegitu tiada guna juga dia memaksa. Rahmat membalas dengan mengangguk tanda memahami.
Jafeena salam dan mencium tangan Rahmat sebelum melangkah arah bertentangan ke serambi. Rahmat geleng kepala sekali lagi melihat Jafeena pergi. Setelah Jafeena melepasi serambi baru Rahmat kembali meneruskan langkah ke dapur.
“ Mana Jafeena Mat?” tanya Tuk Yeh sebaik sahaja Rahmat duduk bersebelahan dengannya.
“ Dia dah pergi sekolah dulu,” jawap Rahmat jujur. Nasi lemak yang sudah disenduk Uwan Nek Mah terus dijamah.
“ Hai..kenapa tak sarapan dulu,” tanya TukYeh saja buat buat hairan. Walhal dia sudah tahu Jafeena sengaja mengelak diri.
“ Merajuklah tu sebab tak dapat kehendak hati,” ujar Uwan Nek Mah lebih jujur mengulas.
“ Bukan abah tak kasi dia ikut kamu tapi kamu faham fahamlah dibandar tu ada macam macam pekara buruk dari baik..walaupun kamu ada menjaga dia tapi jadi penjaga tunggal bebannya lebih berat berbanding kalau penjaga ibu dan bapa..sedangkan pasangan ibu bapa pun tak larat dengan tanggungjawap ni macam mana kamu seorang nak uruskan di sana,” ujar TukYeh lagi cuba menyakinkan Rahmat. Tidak mahu disalah erti oleh Rahmat. Niatnya menghalang Jafeena mengikut Rahmat pindah kebandar untuk kebaikan bukan kerana mementingkan diri. Biarpun dia sudah menyatakan pendirian jujur kepada niat Jafeena tetapi dia sedar Rahmat lebih berhak menentukan pekara itu. Memandangkan Rahmat sejak semalam diam sahaja tidak memberi apa apa pendapat maka kerana itu dia merasa berpeluang menguasai keadaan.
Rahmat sekadar memandang bapanya dengan senyuman sahaja sebelum menyuap nasi kedalam mulut.
“ Itulah dulu lagi mak dah cakap carikan Jafeena tu mak tiri kamu tak nak..bila kena pindah terpaksa hidup membujang sendiri lagi..sekurang kurangnya kalau kamu menikah lagi boleh bawa Jafeena sekali, terurus sikit hidup bila ada rumahtangga,” giliran Uwan Nek Mah memulang paku keras pula. Menguatkan lagi pendapat suaminya. Seperti Tuk Yeh dia juga keberatan untuk berpisah dengan Jafeena.
Rahmat berhenti menyuap. Dia tidak terus menjawap.Air basuh tangan dicapai lalu dibasuh tangannya. Sapu tangan dikocek kemudian diseluk keluar. Selepas mengelap tangan cawan berisi kopi yang dituang Uwan Nek Mah tadi dihirup tertip.
“ Mat faham mak, abah..masalahnya sekarang bukan dari Mat tapi berkaitan dengan masa depan Jafeena.. anak burung suatu hari bila dah besar akan terbang keluar sarang mencari makanan sendiri” balas Rahmat membidas dengan wajah acuh tak acuh sambil meletak cawan ke piring semula.
Kata kata Rahmat menyentap pandangan Tuk Yeh dan Uwan Nek Mah. Mereka berpandangan sesama sendiri. Jelas sekali terasa disindir.
“Mat pergi kerja dulu mak, abah,” pinta Rahmat beredar segera sebelum sempat bapa dan maknya membalas jawap lagi.
II
Akoi bersama sama Anuar, Ah Kong dan Siva beriring jalan dengan angkuh memasuki perkarangan sekolah. Pelajar lain sudah dua puluh minit tadi masuk bermula kelas. Tanpa rasa bersalah mereka melepasi pengawasan pengawas yang bertugas didepan pagar sekolah. Amit dan Samad, pengawas yang bertugas hari itu terpaksa melepaskan mereka begitu sahaja. Tiada guna mereka ditahan. Samseng sekolah itu begitu berkuasa. Guru didalam sekolah itu tidak berkuasa menghalang mereka apatah lagi mereka berpangkat pengawas sahaja. Keberanian tidak cukup melawan mereka. Tenaga dan kederat mesti ada setimpal. Kalau setakat menguna pengaruh dan kuasa tidak akan berjaya mengatasi mereka. Kalau digunakan juga setakat boleh disekolah sahaja tetapi samseng geng Akoi tidak akan membiarkan kesudahan begitu sahaja. Sehingga ke lubang cacing sanggup dikejar siapa yang berani mencabar mereka. Sekolah Menengah Tasik Biru itu sudah beberapa kali bertukar guru disiplin dalam masa dua tahun ini. Semua tidak tahan bertugas disekolah itu. Guru disiplin yang terkini baru sahaja berpindah ke utara seminggu yang lalu.
“ Aku dengar minggu depan guru disiplin baru akan sampai,” Anuar membuka cerita tiba tiba. Entah kenapa semasa melintasi pagar tadi mengingatkannya berita kurang menarik ini Siva dan Ah Kong sama sama melingas memandang Anuar. Tertarik mendengar berita Anuar sampaikan. Akoi tetap berwajah bersahaja. Tiada riaksi. Berita begitu hanya biasa biasa.
“ Alah, kalau sepuluh guru disiplin dihantar kementerian ke sekolah ni apa yang boleh dia buat..geng Akoi bukan diorang punya lawanlah,” angkuh Ah Kong mendabik dada.
“ Cikgu Airil yang besar badan macam gajah tu pun dah lari pindah sekolah lain..baru setahun dihantar mengajar kesini tapi..tengoklah..cabut macam lipas kudung bila kena penangan geng kitaorang kan,” Siva turut bermegahan. Mana mungkin dia melupakan saat indah ketika dia dapat menendang perut guru muda bertubuh gempal itu. Dendam yang terlunas kerana kesilapan mendenda mereka lewat datang sekolah semasa perhimpunan sekolah. Seperti kebanyakkan seteru mencari pasal, Cikgu Airil yang berlagak bagus itu telah menerima padah dari mereka. Malam sebulan lalu mereka satu kumpulan membelasah guru disiplin. Diluar kawasan berdekatan perumahan tempat tinggal guru itu. Dua minggu cikgu Airil ditahan hospital kerana patah kedua belah tangan. Kejadian belasah cikgu Airil menjadi kes polis. Oleh kerana cikgu Airil memberi kenyataan tidak dapat melihat jelas wajah ahli samseng yang membelasahnya maka tiada tangkapan dapat dilakukan. Kes tergantung begitu sahaja. Siva tahu kenapa cikgu Airil berbohong. Semua kerana dipaksa. Kalau tidak sebab gambar lucah cikgu Airil yang ambil bersama gadis upahan. Mereka yang merangka perangkap itu sebelum kejadian membelasah. Mengunakan gambar fitnah itu sebagai perisai mereka.Akhirnya kerana tidak tahan dibuli oleh geng mereka cikgu Airil berpindah sekolah kemudiannya.
Akoi hanya senyap tidak memberi perhatian perbualan kawan kawannya. Dalam otak hanya memikirkan kejadian di pub Hubby. Pedih hatinya melihat ibunya terbaring pengsan dengan luka parah dilantai pub akibat dibelasah oleh Tony si lintah darat . Sakit hati dan geram dia ketika mengangkat ibunya dan membawa pulang rumah. Setiap kali pun akan berlaku perkara yang sama. Bukan marah kerana ibunya terjebak dalam hutang. Benci kerana sikap kenaifan ibunya. Sehingga sentiasa menjadi mangsa kejahatan orang keliling. Hanya ada satu penyelesaian sahaja. Freddy yang menjadi dalang disebalik masalah ini harus dicari segera.
Akoi menghentikan langkah.“ Ah Kong, kau tahu tempat Si Meng tak?” tanya Akoi tiba tiba bersuara.
Yang lain terhenti berjalan. Melingas kesemua mereka menoleh kearahnya dengan wajah hairan. Kenapa Akoi tiba tiba bertanyakan tentang balaci Tony si lintah darat kawasan hulu Bukit Bintang. Semua tahu Si Meng juga sekutu dengan geng Abas. Sedangkan ketika ini topik yang dibincang langsung tidak berkaitan.
“ Ada apa Akoi tanya pasal Meng?” soal Anuar bertanya. Herot dahi hairan.
“ Aku nak cari Freddy,” Akoi terus nyata niatnya sebenar.
“ Oh..aku faham kau nak cari Freddy pasal hal mak kau kan,” Ah Kong sendiri mengulas. Sudah lama dia mengetahui tentang hubungan ibu Akoi dengan lelaki serani penjaga pusat games Lot Meng yang selalu dikunjungi. Sering sangat dia melihat ibu Akoi bertandang disitu. Dari gaya mesra mereka bila bersama Ah Kong sudah dijangka. Perhubungan ibu Akoi dengan Freddy itu bukan setakat teman biasa.
“ Setakat mana kau tahu pasal mak aku dengan Freddy tu?” soal Akoi kepada Ah Kong. Terkejut juga Akoi bagaimana Ah Kong tahu mengenai Freddy. Sedang kejadian semalam tidak pernah didedahkan kepada rakan rakannya itu. Ada rasa kurang senang juga bila mendengar hubungan ibunya dengan Freddy memang sudah terdedah. Pasti kawan kawannya lain turut mengetahuinya.
“ Dah lama tahu..cuma..aku tak tahu seserius mana hubungan mak kau dengan Freddy..hari hari dia lepak kat pusat games dengan Freddy,” jelas Ah Kong selamba. Tanpa mengesyaki sesuatu telah berlaku. Alang kepalang Akoi sudah ketahuan baik sahaja dia berjujur mengaku tahu. Dia yakin Akoi tidak tersinggung kalau pekara itu didedahkan.
Akoi terdiam. Cuba membuat kesimpulan penjelasan Ah Kong itu. Mungkin dia terlebih fikir sedangkan Ah Kong dan kawan kawan lain tidak tahu tentang apa yang berlaku dengan ibunya.
“ Mak kau kena apa kali ini Akoi?” Tanya Siva ambil berat.
“ Tak ada apa,” jawap Akoi berahsia. Enggan berkongsi masalah peribadinya dengan kawan.
Siva tidak bertanya lagi. Dia memandang Ah Kong dan mengangkat kening kepada pemuda cina itu. Tanda isyarat mereka memahami dan tidak akan masuk campur. Mereka masak sangat apabila Akoi berjawap begitu. Walaupun mereka tahu sesuatu sedang berlaku kepada Akoi dan ibunya.
“ Freddy masih ada kat Lot Meng?” Tanya Akoi kepada Ah Kong.
“ Semalam masih ada..tapi aku dengar dia nak ke Hadyai hari ini..tak salah aku dengar dia naik bas tengahari ini,” jawap Ah Kong. Tahu serba sedikit maklumat tentang Freddy. Kebetulan dia terdengar Freddy berborak dengan taukeh kedai games semalam. Dia tidak menyangka kebetulannya itu menjadi satu maklumat penting kepada ketua kumpulannya itu. Dia yakin Akoi ada urusan penting dengan lelaki serani itu.
“ Korang masuk kelas dulu,” suruh Akoi tiba tiba dan terus berpusing dan patah balik keluar sekolah. Dia berlari meninggalkan kawan-kawannya begitu sahaja. Ah Kong, Siva dan Anuar sama sama terkejut.
“ Eh, Anuar, Siva, kau masuk sekolah aku pergi ikut Akoi,” suruh Ah Kong pula. Dia berpusing dan mengikut Akoi meninggalkan Siva dan Anuar. Hatinya tidak sedap menbiarkan Akoi pergi mencari Freddy sendirian. Dia yakin ada sesuatu pekara tidak baik bakal berlaku kepada Akoi.
Siva garu kepala dan Anuar mengerut dahi keliru. Melihat kedua rakan mereka sudah beredar pergi. Siva memandang Anuar dan begitu juga Anuar. Tanpa berkata kata apa apa tetapi masing masing memahami. Siva hanya gerak kepala mengajak Anuar beredar. Mereka terus berpusing patah balik keluar sekolah mengikut Ah Kong dan Akoi. Mereka juga tidak mahu terlepas dari apa apa yang berlaku.
III
Tuk Yeh serba salah. Jafeena betul betul merajuk. Makan pun tidak dijamah. Hanya minum air masak sahaja. Anak dara itu langsung tidak bertegur dengannya. Nek Mah pun turut merasakan runsing. Wajah Jafeena kelihatan pucat dan tidak bermaya. Kalau terusan dibiarkan dia kuatir Jafeena jatuh sakit pula. Nek Mah merasakan diri keterlaluan. Bukan salah Jafeena menuntut untuk berhijrah bersama dengan bapanya sendiri.
“ Awak fikir apa?” tanya nek Mah kepada Tuk Yeh. Mencari kepastian sama ada Tuk Yeh juga sependapat dengannya.
“ Entahlah,” jawap Tuk Yeh mengembalikan persoalan itu semula kepada isterinya. Dia sendiri tidak berani membuat kesimpulan sendiri. Hakikat mereka harus melepaskan Jafeena mengikut Rahmat ke Kuala Lumpur. Lambat laun Jafeena tetap membesar dan berdikari sendiri. Bak seperti dikatakan oleh Rahmat tempohari. Waktu itu sudah hampir sampai. Keterlaluan mereka sebagai orang tua menghalang kebebasan Jafeena. Lagipun Jafeena bukan bersendirian di bandar tetapi mengikut bapanya bertukar sekolah. Mereka tidak berhak menghalang kedua anak beranak itu bersama. Beberapa tahun dulu mereka pernah berpisah. Tidak sampai hati melihat mereka berpisah lagi.Tuk Yeh rasa diri tidak bersikap adil.
Tuk Yeh menghirup teh yang dihidang isterinya tadi. Nek Mah pula duduk di kerusi rotan sebelah dengan wajah kebuntuan. Angin malam bertiup sepoi bahasa. Mereka sedang berehat diluar balkoni. Balik dari mesyuarat disurau tadi dia terus duduk dikerusi malas kegemarannya. Nek mah seperti biasa akan menghidang minuman kegemaran suaminya itu.
“ Bila Mat pindah?” tanya Aki.
“ Ahad ni,” jawap Nek Mah lemah. Mengingatkan hari perpisahan dengan anak lelaki tunggalnya itu yang semakin hampir menekan perasaan.
TukYeh mengangguk faham.
“ Saya berat hati berpisah dengan… tapi,” keluh Nek Mah cuba meluahkan kebukuan dada.
“ Dah memang kerja Mat begitu..nak buat bagaimana, kenalah awak faham,” Tuk Yeh cuba memujuk Nek Mah. Dia faham perasan isterinya. Sekian lama mereka berharap Rahmat tinggal bersama mereka sekeluarga dan tidak berjauhan lagi selepas habis mengajar di Sarawak dulu. Namun hanya bertahan tiga tahun sahaja. Sekali lagi menantu kesayangan mereka harus berpergian.
“ Itu saya tahu tapi hal Jafeena yang pening kepala mikirkan..budak tu keras hati, kalau itu katanya..itu le, awak fikir macam mana? Nak bagi dia gikut bapa dia?” balas Nek Mah menjelaskan apa yang difikirkan sebenarnya. Kebuntuan kesan dari sikap protes Jafeena. Dia faham sangat apabila Jafeena memberontak. Anak itu sanggup lakukan apa sahaja untuk menunjukkan ketegasan diri.
“ Kalau ikut hati kita memang tak bagi,” jawap Tuk Yeh turut merasakan tempias kebuntuan Nek Mah.
DEBUK! Bunyi sesuatu jatuh kuat di lantai kayu atas serambi tiba tiba. Memeranjatkan Tuk Yeh dan Nek Mah.
“ Mak, ayah! Feena pengsan,” suara Rahmat memekik memanggil dari dalam rumah.
“ Astaghafirullah halazim,” ucap Tuk Yeh sambil bersama Nek Mah bergegas bangun masuk kedalam rumah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment