BAB
3
Dibelakang
lorong. Celah bangunan antara Lot 10 ke Planet
Hollywood sedang berlaku kekecohan. Geng Akoi dan geng Abas sedang bertempur.
Tanpa senjata tajam tetapi beradu tenaga dengan kekuatan kaki dan tangan. Punca
bukan kerana satu macam tetapi banyak pekara mengundang dendam. Petang itu
bukan pertama dan bukan kedua. Bukan juga hari penentuan. Pertempuran kebiasaan
demi menegakkan siapa kuat dan siapa paling berpengaruh. Kalau berjaya geng
Akoi membelasah teruk geng Abas, maka satu bulan kawasan tengah Sg. Wang
menjadi tempat hak penjualan DVD haram mereka. Sudah memang itulah pertaruhan
mereka sebelum bertarung tadi.
Sekali
terjah sepakan Akoi ke punggung lawan, melayang melanggar lawan lagi satu
didepan. Akoi tak berlengah disiku pula perut kuncu Abas disebelah tepi
kanannya. Kemudian diasak pula tumbukan padu ke dada kuncu Abas yang berada
dihadapan. Tangkas sekali gaya
berlawan Akoi. Semua terkena merengkok badan menahan kesakitan. Siva dan Ah
Kong tidak kurang hebat. Kuncu kuncu Akoi seramai sepuluh orang sahaja. Masih
tegap melawan dan menyerang tetapi kuncu Abas seramai dua puluh orang hampir
separuh sudah tumbang dikerjakan. Anuar
tidak terlibat sama hanya memerhati ditepi sudut bangunan. Bukan tidak mahu
campur cuma malas hendak kotorkan baju dibadan. Lelaki yang mementingkan
penampilan seperti Anuar tidak gemar berlasak. Bukannya takut atau tidak pandai
bertumbuk. Baginya kerja macam itu buang masa. Baktinya kepada geng Akoi lebih
baik ditumpukan sepenuhnya sebagai bendahari.
Lagipun dia sudah tahu apa akan kesudahan pertempuran itu nanti. Samaada
dia terlibat atau tidak, jawapan tetap sama. Akoi dan Geng jarang kalah ditangan
geng Abas.
“
Yuhuu..berapa gigi lu dapat?” tanya Ah Kong pada Siva dengan muka bangga.
“
Tiga..lu?” jawap . Siva senyum megah sambil air tuak yang dibeli Anuar dua
katon tadi diagih agihkan kepada ahli ahli lain. Anak anak buah Akoi yang lain
sedang melepak keletihan menyambut minuman yang disua dengan perasaan lega.
“
Wa..lima
oh..kasi kancung bawah punya,” ujar Ah Kong mendabik dada. Anuar berdiri
memeluk tubuh dibalik tiang memerhati mereka ketika itu mengeleng geleng kepala
bosan. Bangga yang sia sia. Tidak bawa kemana. Hari ini walau menang tetapi
sebulan kemudian mereka akan bertarung lagi. Tiada kesudahan langsung.
“
Eh, Akoi mana?” tanya . Siva tiba tiba bila menyedari hanya Akoi sahaja tiada
bersama mereka.Padahal selepas berlawan tadi mereka berjanji berkumpul dibawah bilik
sewa Akoi.
“
Dia dah blah..tadi Nancy
telefon..sudah pergi ambik mak dia,” beritahu Anuar. Hanya dia sahaja yang
tahu. Kerana semasa bergaduh tadi dia yang tolong pegangkan telefon bimbit
Akoi. Dia juga yang tolong menjawapkan panggilan.
“
Mak Akoi buat pasal lagilah tu,” ujar Ah Kong mengagak. Tiada pekara lain
selalu yang mencemaskan Akoi kecuali pekara melibatkan GRO tua di kelab karaoke
Hubby itu. Memang kebiasaan ibu Akoi selalu menimbulkan masalah. Tukang
membersihkan masalah itu pula si Akoi sendiri. Bagi geng Akoi mereka sudah
memahami. Tiada kehairanan lagi. Walau semua tahu hubungan Akoi tidak begitu
rapat. Kadang kadang mereka selalu saksi Akoi menengking dan menghamun ibunya
sendiri tetapi itu semua hanya dibibir. Jauh dihati lelaki berjiwa keras itu
begitu mengambil berat. Kalau tahu ada pelanggan yang mengasari ibunya, diam
diam Akoi pergi membalas dendam. Kalau tahu ibunya berhutang kerana kalah judi,
Akoi juga tolong jelaskan. Pernah sekali semasa umur empat belas tahun Akoi
dihantar ke sekolah juvanal dua tahun atas kesalahan mencederakan orang. Gara
gara berpunca kerana ibunya melarikan duit Along. Akoi cuba
menyelamatkan ibunya dari dibelasah tetapi semasa bergelut secara tidak sengaja
Akoi tertikam lelaki lintah darat itu. Oleh kerana Akoi dibawah umur dan
kesalahan kerana mempertahankan diri maka dia hanya ditahan ke sekolah juvanal.
“
Aku tak faham betul hubungan mereka dua beranak tu..entah mana satu mak..entah
mana satu anak,” getus . Siva geleng kepala.
II
Maria
memandang pelik wajah muram Jafeena sejak dari tadi. Angin petang sedang
bertiup ringan. Melegakan perasaan mereka yang sedang bersantaian duduk berehat
dipangkin laman rumah Jefeena ketika itu. Melihat kemurungan Jefeena bagai
mendorong pertanyaan kepada Maria. Jafeena tentu sedang memikirkan pasal hal
perpindahan yang diceritakan tempohari. Ada
sedikit keberatan bila Maria memikirkannya. Kalau hendak dibandingkan perasaan
Jafeena dia lebih memahami perasaan datuk dan nenek Jafeena sendiri. Seperti
kedua orang tua itu dia juga tidak mahu kehilangan satu satu rakan karibnya
selama ini.
“
Betul ke benar benar kau nak ikut abah kau pindah ke K.L,” soal Maria dengan
nada sayu. Ditundukkan kepala memandang tanah.
Jafeena
melingas memandang Maria. Mengerut kening tidak puashati. Soalan dengan riaksi
wajah kecewa Maria bagaikan mahu mematahkan semangat. Walhal dia masih
kebingungan mendapatkan restu kedua Uwan dan Akinya, Maria pula menambahkan
beban perasaan.
“
Habis sampai bila aku nak duduk kat kampung ni..sampai ke tua? Jadi katak bawah
tempurung? Lagipun kau jugak yang galakkan aku cari pengalaman kat luar sana ,” balas Jafeena
teguh.
“
Aku saja saja cakap aje,” ujar Maria menjawap. Wajah semakin mencebik hampa.
“Aku
ada cita cita Maria..duduk kat kampung ni takkan beri banyak pengalaman untuk
aku membesar..sekurang kurangnya kalau aku berpindah ke bandar..aku dapat
mencedok pengalaman disamping aku dapat hidup tanpa berpisah dengan abah aku
lagi..kau tak pernah berpisah dengan mak dan bapak kau..tapi aku lain,”
perjelas Jafeena cuba
mendapat simpati Maria. Mengharap sahabatnya itu memahami. Dalam saat saat
begini dia lebih mendambakan sokongan. Sudahlah malam tadi, bapanya langsung
tidak memberikan apa apa keyakinan. Tinggal sokongan Maria sahaja diperlukan
untuk memberikan kekuatan memenuhi hasrat. Seperti Maria dia juga keberatan
untuk berpisah tetapi impiannya ke bandar mengatasi segalanya.
“Habis aku macam mana..takkan kau nak
tinggalkan aku kat kampung ni sorang sorang..kau ajelah satu satu sahabat yang
aku ada..apa kau tak kesian ke kat aku ni..duduk lepak sorang sorang kat
pangkin ni nanti..tak ada kawan study group lagi..ah pokoknya bosanlah aku
nanti kalau kau tak ada,” keluh Maria cuba mengamit simpati Jafeena
pula. Sengaja membuat Jafeena serba
salah.
“
Ah, kau ni Maria..saja je..tak kan
kau nak aku tinggal kat kampung sebab kau..habis bosan aku..rindu aku kat abah
aku nanti siapa nak jawap..tolonglah Maria lepaskanlah aku..daripada kau suruh
aku kesian kat kau baik kau kesian kat aku dulu..bantu aku cari idea macam mana
nak pelepas dari uwan dan aki aku tu,” tepis Jafeena lagi bijak menghidu niat
Maria.
“
Aaah..” keluh Maria mengalah.
Malam
nanti Jafeena nekad akan memujuk Uwan dan Akinya habis habisan. Selepas makan
malam sewaktu berkumpul di ruang tamu itulah masa paling sesuai dia menjalankan
misi.
III
Maina
menyumbat lagi tisu kedalam dua lubang hidungnya menahan darah dari mengalir
turun. Sakit akibat tumbukan semalam masih perit terasa. Sementara hidung
mengalir darah disebabkan kepanasan dalam badan. Demam kerana bisa tumbukan
agaknya. Pipi lebam dan bibir pecah sudah rasa kebas sampai maja. Nancy keluar dari dapur
membawakan kain uncang berisi airbatu dan sebelah tangannya lagi segelas air.
“
Kenapa awak telefon Akoi semalam?” masih berbaki marah Maina kepada Nancy . Pekara yang paling
mahu dielakkan tetapi kalau tidak sebab mulut si Nancy kecoh memberitahu. Pekara biasa itu
kini menjadi bertambah rumit.
“
Eh, lu sudah pengsan sana
baring atas lantai kelab lagi mau diam diam tak mau beritahu Akoi..nasib Akoi
datang tolong angkat lu..kalau tidak taukeh datang bising bising marah lagi,
nah! ambik ni airbatu kasi letak sana
kepala..ini air minum ubat sensei..kasi hilang bengkak badan..nasib lu ada
kawan macam wa tau..kalau tidak mampus lu sini diam diam sakit terus mati, tak
ada siapa pun peduli, ” jerkah Nancy
membalas. Niat suci membantu bukan dihargai Maina sebaliknya dipertikaikan
pula. Kalau tidak atas dasar persahabatan terjalin sejak sekian lama, malas
hendak dipedulikan. Maina sahaja satu satu kawan yang bukan sebangsa yang
paling rapat dan diambil berat. Mungkin kerana dia bersimpati dengan nasib
Maina. Yatim piatu tiada berkeluarga. Berhijrah dari Sarawak
seorang diri sejak usia belasan tahun. Dalam usia muda telah menjadi ibu
tunggal. Hutang melapok keliling pinggang kerana sifat naïf dan selalu
diperbodohkan si along lintah darat. Demi melunaskan hutang dan menerus
kehidupan Maina rela membakar diri menjadi GRO dan melacur secara sambilan.
Namun begitu Maina tidak pernah mengeluh atau menangisi nasib yang menimpa.
Ketabahan Maina dikagumi oleh Nancy .
Walau dibenci dan selalu dimaki oleh anak sendiri Maina langsung tidak gugah.
Malah wanita ini masih mampu berlucu dan ketawa riang ketika melayan pelanggan
berkaroake.
“
Eh, Akoi ada cakap apa apa ke?” tanya Maina dengan muka risau. Nasib semalam
dia tidak sedarkan diri. Kalau dia masih sedar mesti teruk dimarahi si Akoi
lagi. Dia tahu diri bersalah. Selama ini dia selalu menyusahkan Akoi. Baru
beberapa hari lalu hutangnya dengan Tony si lintah darat ketot itu dilangsaikan
oleh Akoi. Kini beban kembali datang akibat perbuatan Freddy, kekasih hatinya.
Freddy melarikan diri dari hutang si Tony. Oleh kerana dia penjamin terpaksa
dia menanggung hutang Freddy yang tertunggak itu.
“
Apa dia boleh cakap..lu hari hari cari pasal..wa sudah bilang jangan kawan
dengan itu Freddy..dia tak boleh percaya punya orang..dulu si Mandy pernah
kena..teruk ma si Mandy kena bayar hutang Freddy..sampai dapat HIV..baru dua
bulan lepas Tailo beritahu.. itu Mandy sudah mati..lu tak mau dengar wa punya
cakap..sekarang lu tengok..siapa susah,”leter Nancy melempahkan ketidak puashati. Gelas
diletakkan diatas meja. Uncang airbatu diserah keras ke tangan Maina. Tunjuk
kegeraman. Kedegilan Maina selalu
mengundang bencana. Anehnya Maina tidak pernah serik serik. Dia memahami
perasaan Maina dahagakan percintaan. Kesepian hidup yang dijalani menyebabkan
Maina cepat percaya kepada sesiapa sahaja lelaki melayannya dengan baik.
“
Ah, itu sebab Mandy yang bodoh..sudah tahu kerja kita buat tak da
keselamatan..tak mau pakai pelindung..dulu lagi aku sudah nasihat dia..pakai
kondom..dia kata tak suka..tak selesalah..sendiri cari pasal..sendiri
tanggunglah,” perlekeh Maina pura pura tidak ambil kisah sambil menuam air batu
ke dahi. Padahal dia mahu menutup kelemahan diri. Tanpa leteran Nancy itu pun sudah lama
dia menyesal. Tembelang Freddy sudah diketahui sejak beberapa minggu lalu.
Tentang hubungan Mandy dan Freddy memang sudah lama diketahui. Cinta itu memang
buta. Dia sendiri rela menyerahkan segala jiwa raga kepada lelaki bangsa serani
itu. Sungguhpun tahu sifat buruk lelaki itu. Wajah tampan dan pujuk rayu Freddy
terlalu mencairkan hati. Sukar dihindari. Ketika itu dia jadi mabuk lupa diri.
Demi meraih cinta sejati dia nekad menanggung risiko meletakkan kepercayaan
kepada Freddy. Akhirnya sekali lagi dia dilukai. Freddy entah kemana, dia pula
terpaksa menanggung hutang yang ditinggalkan.
“
Haiya! susah mau cakap sama orang tak mau dengar..sukahati lulah..tapi wa
ingatkan ini kali bukan sekali tiga atau empat kali..sudah banyak kali
tau..sekurang kurang lu fikirlah hati lu punya anak..baru tujuh belas tahun
sudah kena jaga emak sendiri..macam jaga itu orang tua sana rumah kebajikan..lu tak kesian ke sama
dia..muda muda sudah nampak dewasa, kalau wa jadi dia..pergi matilah ini macam
punya mak,” leter Nancy
lagi menjeling geram. Maina susah sangat hendak ditegur. Degil dan terlalu
menjaga air muka sendiri sehingga sukar mengaku kesalahan sendiri.
Maina
buat muka mencebik. Malas hendak layan lagi leteran Nancy . Uncang air batu diletak ke meja. Ubat sensei dalam balutan kertas minyak
dicapai lalu dituang ke dalam mulut. Ditala bersama air suam yang diberi Nancy tadi. Gadis berbangsa Tiong Hua berumur hujung
remaja itu mengeleng geleng kepala memandang Maina.
No comments:
Post a Comment