Sunday, 4 January 2015

BAB 1

“ Lepas tu orang jahat sepak punggung lelaki baik..tersungkur ke tanah..kekuatan orang jahat tu memang tiada tandingan..kemudian dia terus meluru ke arah orang baik yang terbaring ditanah, diangkatnya tinggi badan orang baik tu kemudian dilambung ke pokok.. bergedebuk badan orang baik tu kena hempas..mahu dua tiga tulang temulang lelaki baik tu remuk teruk..bergolek golek sampai mengelepar lelaki baik tu di tanah menahan sakit..kawan kawan budak jahat mengelilingi lelaki baik lalu ketawa belahak..jahat sungguh lelaki jahat tu..dia mendabik dada bangga depan kawan kawan sebab dapat membelasah teruk lelaki baik tu..teruknya!” cerita Jafeena dengan riak wajah bersungguh sungguh. Tergerak gerak hidung mancung dan bular matanya. Maria pula beriya percaya. Kagum mendengarnya. Wajah comel gadis bertudung skaf macam Bienda itu ditatap tekun. Kisah diperdengarkan seolah olah benar benar berlaku. Setiap saat genting cerita begitu mengegar jantung. Suspen dan mencabar.  Menguji pemikiran.

“ Lepas tu orang baik tu macam mana? Mati?” tanya Maria cemas. Ingin tahu sangat kesudahan nasib orang baik yang diceritakan. Jafeena tunduk mengeluh seolah melepaskan rasa sesah. Kemudian berpaling semula menatap Maria yang masih ternanti nanti. Rasa serba salah hendak menerus cerita. Ada sesuatu mengeliru fikiran Jafeena.

“ Entah..patut aku matikan ke tidak watak orang baik tu?” tanya Jafeena pula kepada Maria. Gadis bertudung telekung itu mencebik geram. Terasa sia sia mempercayai hampir keseluruhan cerita Jafeena. Nyata semuanya rekaan. Di ambil buku latihan diatas para lalu dicampak ke muka Jefeena. Gadis itu tersenyum suka. Gembira membuat Maria marah. Jafeena meraih gelas berisi jus oren lalu disuakan kepada Maria. Tanda memujuk. Sahabat baiknya menyambut dengan kerling mata tidak puashati.

Cahaya petang bersinar malas memayungi pertemuan dua bersahabat. Sesekali deru angin sepoi meniup kain tudung dua gadis sedang meranum remaja itu. Terjuntai juntai dari bawah para dua pasang kaki tergantung bergoyangan senang. Keasyikkan berbual. 

“ Aku tak suruh kau percaya..kan aku cakap aku nak tulis novel sulung aku..rasanya cerita ini aku nak pakai nanti,” terang Jafeena menjelaskan kembali agar Maria tidak salah anggap tujuannya bercerita tadi. Bukan niatnya mempermainkan Maria sekadar menguji idea baru. Nampaknya usaha berjaya. Maria si lurus bendul pun tertarik dengan ceritanya.

“ Buat aku terperanjat aje..mana kau dapat idea cerita ganas macam tu?” getus Maria sambil meneguk jus. Latar suasana petang yang tenang menemani mereka di halaman rumah Jafeena. Dibawah pohon jambu air tengah laman, ada para usang tempat mereka selalu bersantai. Kalau tidak ada kerja sekolah sekurang kurangnya berbual bual kosong disitu. Sejak dari zaman sekolah rendah sampai sudah masuk tingkatan lima Jafeena dan Maria tidak jemu berkawan. Sudah masak dan mengenali sikap masing masing. Sudah biasa gaduh dan baik. Segala rahsia masing masing ada dalam tangan.

“ Alah bukan susah nak bayangkan macam mana orang gaduh..tengok gustilah!” jawap Jafeena enteng sahaja. Tersedak Maria dibuatnya. Air oren sedang diminum hampir tersembur. Lagi sekali rasa diperbodohkan.

“ Tengok gusti! ceh..mati mati aku ingat kau betul betul tau macam mana orang berlawan..eh, orang bergusti tu berlakon ajelah..mana betul,”bungkam Maria protes. Dicerun kening kesal. Sentiasa sangat diperbodohkan. Mentang mentang dia gadis kampung duduk diperuk pulau. Jafeena suka sukahati mempergunakan perhatian yang diberi. Nasib kawan kalau bukan, sudah dipelangkung tujuh belanga kepala kematu gadis kuat berkhayal itu.

“ Emm..sebab tulah aku kena keluar dari kampung ni..nak tulis novel yang baik kena ada pengalaman banyak..setakat duduk kat kampung ni..sunyi sepiii..tak do orang..apo nak dikato..apa yang aku boleh dapat..orang kampung ni semua baik baik..pagi pergi ladang..tengah hari balik makan..malam pergi surau..esok pagi bangun buat kerja yang sama..mana yang ada mencabar..tak boleh dibuat rujukkan..habis terpaksalah pakai guna apa aku tengok kat tv tu..nak tengok orang bertumbuk..tengok gusti..nak tengok orang berkelahi..tengok cerita cina dan tengok orang bercinta tengok cerita hindustan..nak tengok orang baik baik..tengok cerita melayu..habis novel aku tulis bukan jadi novel aku..jadi cerita tv yang aku tengok..yang kena bodoh kaulah..senang senang percaya cerita aku,” leter Jaffena berbual. Meluah keluhan didada.

“ Kalau macam tu..keluarlah..pergilah kebandar..cari pengalaman,” Maria usulkan cadangan. Masalah Jafeena bukan susah sangat cara penyelesaiannya. Hanya kurang pengalaman.

“ Sebab tulah kali ini aku mesti ikut bapak aku pindah ke Kolumpur,” ujar Jafeena bangga. Sudah ada penyelesaian sendiri. Diteguk air kemudian tersenyum yakin kepada Maria.

“ Apa?” Buat sekian kali Maria terkejut lagi. Kali ini dia berhenti minum lalu menukar kedudukan duduknya. Dipandang tepat kemuka gadis berlesung pipit itu. Minta kepastian.

“ Bapak aku dapat tawaran pertukaran mengajar kat sekolah bandar..kalau dia setuju pindah..apa jadi kali ini aku mesti ikut dia,” jelas Jafeena tegas. Tiada apa pun boleh menghalang kehendaknya kali ini. Ini bukan kali pertama bapanya bertukar sekolah. Sebelum mengajar dikampung sendiri pernah juga bapanya berkhidmat dikawasan pendalaman di Sarawak sana. Kali dulu Jafeena tidak berpeluang mengikut bapa pindah kerana masih kecil. Tapi kali ini tidak akan dilepaskan peluang.

“ Aku tak kisah pasal bapak kau..mesti dia kasi punya..tapi yang aku risau..uwan dengan aki kau.. kasi ke?” Maria pertikaikan rancangan Jafeena. Dia masak sangat kedua datuk dan nenek Jafeena memang sayang bagai manatang minyak yang penuh kepada cucu tunggal seorang itu. Tidak mungkin betah berjauhan. Sedangkan bila Jafeena pergi ke Pekan pun kelam kabut orang tua itu. Apatah lagi berjauhan beribu batu. Kuala Lipis ke Kuala Lumpur bukan dekat sangat. Walaupun sudah ada lebuhraya baru. Mampu sampai dua jam lebih kalau memecut. Pokoknya bolehkah mereka hidup tanpa Jafeena. Sejak kecil lagi Jafeena dibela oleh mereka. Ibu Jafeena meninggal sewaktu bersalinkan Jafeena. Merekalah mengasuh dan mendidik Jafeena sewaktu bapa Jafeena berjauhan mengajar ditempat lain. Hanya kira kira tiga tahun lepas bapa Jafeena baru balik mengajar disitu. Barulah kini dapatlah Jafeena bermanja semula dengan bapanya.

“ Boleh ke tak boleh..aku mesti paksa..aku mesti ikut bapak aku..apa nak jadi pun jadilah..aku mesti!” tekad Jafeena yakin. Tiada siapa boleh menghalang. Dia sendiri sudah ada ura ura bagaimana hendak selesaikan masalah ini.

“ Boleh ke?” Maria yakin tak yakin.

II


“ Kalau kau tak nak kena penyepak..baik kau bagi duit sekarang!” tengking Ah Kong garang. Ditarik keras kolar baju budak lelaki junior itu sehingga terhempas tubuh rapat ke dinding. Terkial kial budak itu cuba menyeluk poket seluar mengeluarkan duit. Tiada pilihan. Badan terlalu kecil untuk melawan. Tubuh Ah Kong sasa lagi berketul ketul. Kesan latihan keras angkat berat selama ini. Tercenggih muka garang cina Low Yatt itu. Semakin sitap mata sepetnya dan timbul tinggi tulang pipi.

“ Sekolah ni ada undang undang..kalau kau nak selamat..kau kena dengar cakap kitorang..ini Akoi & Kuncus geng..tak ada siapa boleh nak kurang ajar..paham!” Herdik Siva pula menunjuk garang. Bagai hendak tersembul keluar jerawat ketuat dimuka. Makin berkilat warna hitam kulit lelaki India itu. Hanya nampak mata bulat dan gigi bersinar keputihan.

“ Kalau tidak mampus ko aku kerjakan,” gertak Leman sambil mengepal penumbuk. Bengis pandangan pemuda Melayu jati anak Kuala Lumpur itu. Antara paling kuat tenaga bila beradu tetapi paling juga yang polos dan lurus dalam kumpulan Akoi.

Terkulat kulat budak lelaki Cina tingkatan empat itu menikus takut. Memandang keempat empat wajah samseng terkenal Sekolah Menengah Tasik Biru. Semua tinggi tinggi belaka badan mereka. Muka tiada belas langsung. Memang penyangak paling digeruni sekolah di dalam Kuala Lumpur

Budak lelaki itu menghulurkan duit kepada mereka. Anuar mencerun kening tidak puashati. Bergerak gerak kumis nipisnya geram. Budak Melayu Cina berasal dari Sabah,  berkulit putih kuning, Kekal setia dengan topi ‘cap’ hitamnya. Ahli kumpulan Akoi paling berotak dan gelaran diberi, ‘super virusble’ oleh semua pelajar. Kemahiran Anuar bukan berlawan tetapi mengodam internet dan paling hebat dalam matematik. Sebab itu dalam kumpulan Akoi, tugas Anuar mengawal dana kumpulan mereka. Walaupun begitu Anuar tak kurang garangnya. Walau muka nampak macam budak terpelajar berpakaian kemas. Kepandaiannya hanya digunakan untuk merancang kerja jahat sahaja.

“ Eh, ko ingat kitorang ni apa..peminta sedekah ka bah..kenapa sikit sangat..satu ringgit aja!” Anuar pula tunjuk samseng. Benci betul kalau mengepau mangsa kedekut.

“ Sorry..abang..ini aje saya ada..tadi sudah pakai duit beli makan waktu rehat,”jawap budak lelaki itu tergagap gagap takut. Kena berhati hati kalau salah cakap nanti hilang gigi. Samseng Akoi & Kuncus memang zalim. Tiada belas kasihan langsung. Bukan setakat Ah Kong, Siva, Leman atau Anuar sahaja yang zalim. Kalau Akoi, ketua kumpulan mereka angkat tangan mahu ke laut tidak sedar diri dibuatnya.

“ Bukak seluar dia!” tiba tiba Akoi keluarkan arahan. Semua menoleh kepada budak lelaki tinggi lampai yang berwajah seakan kecinaan itu pula. Satu satu sahaja muka yang berwajah tenang. Selamba dan sempoi. Tampan pewarakkan tetapi keras dan tajam pandangannya. Nampak baik tetapi penuh muslihat. Kalau orang tak kenal pasti anggap dia paling baik antara ketiga samseng itu. Padahal Akoi adalah yang paling digeruni dan zalim. Ditakuti ramai termasuk juga ahli geng sendiri.

“ Tolong abang..tolong..jangan buat saya macam ini..nanti esok saya bagi lagi duit,” rayu budak lelaki itu angkat kedua tangan menyembah. Kemudian dipegang tangan Ah Kong mengharap belas.

“ Bukak seluar dia sekarang!” perintah Akoi keras. Langsung tidak peduli rayuan budak Cina itu. Ah Kong dan Siva terus mengikut arahan. Leman memegang tangan sementara Ah Kong cuba membuka seluar. Meronta ronta budak itu cuba melepaskan diri.

“ Tolong abang..tolong..okey..okey..tunggu dulu..biar saya ambil sendiri,” jawap budak Cina itu tidak dapat mengelak lagi. Akoi sudah tahu dia menipu. Ada lebihan duit sebanyak sepuluh ringgit yang disorok dalam seluar dalamnya. Ah Kong berhenti dari membukakan seluar. Lalu memandang Akoi minta persetujuan. Samaada mahu bagi lagi peluang atau tidak. Akoi angguk. Terus mereka lepaskan. Tersedu sedu menangis budak itu menyeluk ke dalam seluarnya lalu mengeluarkan sekeping not merah.  Anuar mencebik muka geli. Ah Kong dan Siva terkejut. Tidak sangka sekali bijak budak cina itu menyembunyikan duitnya. Kalau tidak Akoi tahu tentu mereka akan melepaskan bulat bulat begitu sahaja.

Budak lelaki itu terus menghulurkan duit kepada Ah Kong. Serba salah Ah Kong hendak sambut. Geli dan mual. Siapa sanggup pegang benda yang diletak dalam seluar dalam. Entah berapa lama tersorok disitu. Pasti bau duit itu hapak campur hamis.

“ Ambik Siva !” arah Ah Kong pada Vassu.

“ Apa pulak aku..Leman, kau ambik!” tolak Siva  juga tidak sanggup.

“ Ekeleh apa aku pulak,suruh Anuarlah, diakan bendahari,” tuju Leman pada Anuar pula.

“ Ek..apa pulak..main tolak tolak..eh, apa apasal kamu simpan dalam anu hah! kamu ingat kami semua bodoh hah! bangsat betul..kasi susah orang je kamu ni bah!” maki Anuar geram. Sempat disengkelet sedas kepala budak Cina itu . Dengan muka geli di ambil duit itu dengan kepitan jari sahaja. Pantas dimasuk kedalam poket seluarnya.

“ Eh, lain kali ko nak sorok duit jangan kat tempat busuk busuk tau! bodoh!” Siva  pula menyondol jari ke kepala budak lelaki itu.

“ Hum sup!” diikut Ah Kong turut memaki. Budak lelaki itu tidak melawan sekadar tunduk kecut.

“ Tonggong,” tunjal Leman keras ke kepala budak cina itu. Kedengaran sendu tangis macam budak tadika. Sedih kerana duit yang disimpan seminggu itu melayang. Akoi jadi jelek melihat wajah budak lelaki pengecut itu. Menyampah tengok orang mengalah begitu sahaja. Muka minta simpati itu langsung tidak mendatangkan belas.  Sebaliknya tangan dan kaki pula jadi gatal. Minta latihan kekerasan.Tanpa peringatan dan kata kata. Akoi terus sahaja melepaskan penumbuk padu ke muka budak cina itu.

“ Bangang!” maki Akoi kemudian terus beredar. Terkulai budak lelaki cina itu terjelepok pengsan. Ah Kong tersenyum suka. Begitu juga Siva 

, Leman dan Anuar. Kagum dan puashati. Sama sama mereka beredar membuntuti langkah Akoi. Loceng berbunyi tanda waktu berehat sudah berakhir. Masa untuk belajar pula.

“ Woi!” sergah suara lelaki garang. Pantas mereka pandang ditingkat 1 bangunan kelas. Cikgu Airil berwajah masam dan garang .




http://youtu.be/QsFnfNV5Bhs

No comments:

Post a Comment