Monday 26 January 2015

BUDAK JAHAT

BAB 4
Jafeena merenung wajah ke dalam cermin. Bengkak mata dan sembab mukanya. Ini semua gara gara kejadian malam tadi. Luluh dan hampa bila mengenangkan kehendak hati tidak dituruti. Ternyata Uwan dan Atuk degil sekali. Puas Jafeena memujuk namun mereka masih enggan membenarkan dia pergi. Apa lagi iktiar yang ada. Kasih sayang uwan dan atuk kepadanya terlalu melambung tinggi. Sehingga dia menjadi tebusan dalam limpahan kasih sayang itu. Jafeena kebuntuan akal. Paling mengecewakan bapanya langsung tidak mahu membantu menyakinkan kedua uwan dan atuk. Hanya dia sahaja bersungguh sungguh memujuk pada malam itu. Bapanya disebelah diam jadi pemerhati sahaja. Geram hati Jafeena bila memikirkannya. “ Bukan Atuk tak bagi kamu ikut abah kamu..Cuma kamu tinggal berdua disana..makan minum abah kamu seorang mengurus ni tambah kamu kan membebankan dia lagi, baik kamu duduk dengan Atuk dan uwan..disini hidup lebih terurus,” alasan Tuk Yeh “ Ada Feena lebih menyenangkan abah..Feena bukan budak kecil lagi..Feena dan tujuh belas tahun..selama ini Feena tolong uwan masak dan kemas rumah..atukjanganlah buat buat alasan lagi..Feena tahu Atuk tak bagi Feena ikut abah pindah ke bandar..sebab tu atukbagi macam macam alasan menghalang Feena,” bidas Jafeena berani. “ Sudahlah jangan cakap banyak lagi..pokoknya kamu jangan pindah..tinggal disini tinggal dengan atuk dan uwan sahaja,” Aki tetap degil memberi arahan. Jafeena mengeluh kecewa. Bait bait perbincangan semasa makan malam tadi mengulang gulang dalam ingatan. Atuk memang susah hendak dibawa berbincang. Sengaja mengelak. Uwan Nek Mah menghidang sarapan pagi. Tuk Yeh pula sudah melabuh punggung di kerusi meja makan. Menanti minuman pagi . Rahmat baru keluar dari bilik. Sudah bersiap untuk pergi kerja. Sebelum melewati ke dapur Rahmat singgah sekejap ke bilik Jafeena. Dia menjengah dari pintu tetapi tidak jadi memanggil kerana melihat Jefeena sedang bertelegu menung didepan cermin. Rahmat tersenyum. Faham apa yang sedang dimenungkan anak gadisnya itu. “ Jangan lama sangat mengelamun..cepat sarapan!” tegur Rahmat sengaja mengejut lamunan Jafeena. Melingas Jafeena menoleh ke pintu kerana terperanjat dengan teguran Rahmat. Melihat senyuman abahnya seperti mengejek menjadi wajah Jafeena mengerut tidak puashati. “ Tak nak..Feena tak ada selera..Feena nak pergi sekolah dulu,” jawap Jafeena merajuk. Bingkas bangun mengambil beg sekolah di penjuru bilik. Rahmat mengeleng kepala sahaja. Jafeena melangkah keluar bilik beriring dengan bapanya menuju ke dapur tetapi langkah Jafeena terhenti seketika. Dia terfikir sesuatu. Tindakan Jafeena itu turut membantutkan langkah Rahmat. “ Kenapa Feena?” tanya Rahmat hairan. “ Abah, Feena pergi sekolah dululah,” elak Jafeena. Rasa tidak kesanggupan berdepan dengan Atukdan Uwan. Kekecewaan didada masih belum berbendung. “ Ialah kut ye pun pergi salam dengan Atuk dan Uwan dulu,” suruh Rahmat “ Tak nak..Jafeena ikut pintu serambi aje,” tolak Jafeena sengaja mahu menunjuk protes. Walaupun cara itu tidak sepatutnya tetapi Jafeena ini sahaja cara yang paling berkesan. Menunjukkan kekerasan diri. “ Feena..” seru Rahmat tidak setuju cara Jafeena begitu. Merajuk dan membawa diri bagi menunjukkan rasa ketidak puashati sehingga membelakangkan adab dan kesopanan yang dititipkan sejak kecil. “ Feena tahu apa abah nak cakap..memang cara Feena ni nampak tak sopan..tapi tolonglah abah memahami Feena..Feena tak kisah kalau abah tak mahu menyakinkan Atuk dan Uwan melepaskan Feena ikut pindah dengan abah tapi sekurang kurang abah hormati perasaan Feena sekarang ni..bagi Feena masa untuk menerima kekecewaan dengan hati terbuka,” pinta Jafeena mengharap. Terlebih dahulu dapat membaca tanggapan Rahmat terhadap niatnya. Bukan maksudnya bersikap biadap cuma dia memerlukan ruang untuk bermahasabah diri. Mungkin juga memberi ruang kepada Atuk dan Uwan memahami kekecewaan hatinya. Rahmat memandang wajah anak gadis tunggal untuk sekian kali. Terbit simpati melihat wajah sembab dan mata yang bengkak itu. Hening dimata bular itu jelas menunjukkan kesedihan. Dalam keadaan emosi Jafeena sebegitu tiada guna juga dia memaksa. Rahmat membalas dengan mengangguk tanda memahami. Jafeena salam dan mencium tangan Rahmat sebelum melangkah arah bertentangan ke serambi. Rahmat geleng kepala sekali lagi melihat Jafeena pergi. Setelah Jafeena melepasi serambi baru Rahmat kembali meneruskan langkah ke dapur. “ Mana Jafeena Mat?” tanya Tuk Yeh sebaik sahaja Rahmat duduk bersebelahan dengannya. “ Dia dah pergi sekolah dulu,” jawap Rahmat jujur. Nasi lemak yang sudah disenduk Uwan Nek Mah terus dijamah. “ Hai..kenapa tak sarapan dulu,” tanya TukYeh saja buat buat hairan. Walhal dia sudah tahu Jafeena sengaja mengelak diri. “ Merajuklah tu sebab tak dapat kehendak hati,” ujar Uwan Nek Mah lebih jujur mengulas. “ Bukan abah tak kasi dia ikut kamu tapi kamu faham fahamlah dibandar tu ada macam macam pekara buruk dari baik..walaupun kamu ada menjaga dia tapi jadi penjaga tunggal bebannya lebih berat berbanding kalau penjaga ibu dan bapa..sedangkan pasangan ibu bapa pun tak larat dengan tanggungjawap ni macam mana kamu seorang nak uruskan di sana,” ujar TukYeh lagi cuba menyakinkan Rahmat. Tidak mahu disalah erti oleh Rahmat. Niatnya menghalang Jafeena mengikut Rahmat pindah kebandar untuk kebaikan bukan kerana mementingkan diri. Biarpun dia sudah menyatakan pendirian jujur kepada niat Jafeena tetapi dia sedar Rahmat lebih berhak menentukan pekara itu. Memandangkan Rahmat sejak semalam diam sahaja tidak memberi apa apa pendapat maka kerana itu dia merasa berpeluang menguasai keadaan. Rahmat sekadar memandang bapanya dengan senyuman sahaja sebelum menyuap nasi kedalam mulut. “ Itulah dulu lagi mak dah cakap carikan Jafeena tu mak tiri kamu tak nak..bila kena pindah terpaksa hidup membujang sendiri lagi..sekurang kurangnya kalau kamu menikah lagi boleh bawa Jafeena sekali, terurus sikit hidup bila ada rumahtangga,” giliran Uwan Nek Mah memulang paku keras pula. Menguatkan lagi pendapat suaminya. Seperti Tuk Yeh dia juga keberatan untuk berpisah dengan Jafeena. Rahmat berhenti menyuap. Dia tidak terus menjawap.Air basuh tangan dicapai lalu dibasuh tangannya. Sapu tangan dikocek kemudian diseluk keluar. Selepas mengelap tangan cawan berisi kopi yang dituang Uwan Nek Mah tadi dihirup tertip. “ Mat faham mak, abah..masalahnya sekarang bukan dari Mat tapi berkaitan dengan masa depan Jafeena.. anak burung suatu hari bila dah besar akan terbang keluar sarang mencari makanan sendiri” balas Rahmat membidas dengan wajah acuh tak acuh sambil meletak cawan ke piring semula. Kata kata Rahmat menyentap pandangan Tuk Yeh dan Uwan Nek Mah. Mereka berpandangan sesama sendiri. Jelas sekali terasa disindir. “Mat pergi kerja dulu mak, abah,” pinta Rahmat beredar segera sebelum sempat bapa dan maknya membalas jawap lagi. II Akoi bersama sama Anuar, Ah Kong dan Siva beriring jalan dengan angkuh memasuki perkarangan sekolah. Pelajar lain sudah dua puluh minit tadi masuk bermula kelas. Tanpa rasa bersalah mereka melepasi pengawasan pengawas yang bertugas didepan pagar sekolah. Amit dan Samad, pengawas yang bertugas hari itu terpaksa melepaskan mereka begitu sahaja. Tiada guna mereka ditahan. Samseng sekolah itu begitu berkuasa. Guru didalam sekolah itu tidak berkuasa menghalang mereka apatah lagi mereka berpangkat pengawas sahaja. Keberanian tidak cukup melawan mereka. Tenaga dan kederat mesti ada setimpal. Kalau setakat menguna pengaruh dan kuasa tidak akan berjaya mengatasi mereka. Kalau digunakan juga setakat boleh disekolah sahaja tetapi samseng geng Akoi tidak akan membiarkan kesudahan begitu sahaja. Sehingga ke lubang cacing sanggup dikejar siapa yang berani mencabar mereka. Sekolah Menengah Tasik Biru itu sudah beberapa kali bertukar guru disiplin dalam masa dua tahun ini. Semua tidak tahan bertugas disekolah itu. Guru disiplin yang terkini baru sahaja berpindah ke utara seminggu yang lalu. “ Aku dengar minggu depan guru disiplin baru akan sampai,” Anuar membuka cerita tiba tiba. Entah kenapa semasa melintasi pagar tadi mengingatkannya berita kurang menarik ini Siva dan Ah Kong sama sama melingas memandang Anuar. Tertarik mendengar berita Anuar sampaikan. Akoi tetap berwajah bersahaja. Tiada riaksi. Berita begitu hanya biasa biasa. “ Alah, kalau sepuluh guru disiplin dihantar kementerian ke sekolah ni apa yang boleh dia buat..geng Akoi bukan diorang punya lawanlah,” angkuh Ah Kong mendabik dada. “ Cikgu Airil yang besar badan macam gajah tu pun dah lari pindah sekolah lain..baru setahun dihantar mengajar kesini tapi..tengoklah..cabut macam lipas kudung bila kena penangan geng kitaorang kan,” Siva turut bermegahan. Mana mungkin dia melupakan saat indah ketika dia dapat menendang perut guru muda bertubuh gempal itu. Dendam yang terlunas kerana kesilapan mendenda mereka lewat datang sekolah semasa perhimpunan sekolah. Seperti kebanyakkan seteru mencari pasal, Cikgu Airil yang berlagak bagus itu telah menerima padah dari mereka. Malam sebulan lalu mereka satu kumpulan membelasah guru disiplin. Diluar kawasan berdekatan perumahan tempat tinggal guru itu. Dua minggu cikgu Airil ditahan hospital kerana patah kedua belah tangan. Kejadian belasah cikgu Airil menjadi kes polis. Oleh kerana cikgu Airil memberi kenyataan tidak dapat melihat jelas wajah ahli samseng yang membelasahnya maka tiada tangkapan dapat dilakukan. Kes tergantung begitu sahaja. Siva tahu kenapa cikgu Airil berbohong. Semua kerana dipaksa. Kalau tidak sebab gambar lucah cikgu Airil yang ambil bersama gadis upahan. Mereka yang merangka perangkap itu sebelum kejadian membelasah. Mengunakan gambar fitnah itu sebagai perisai mereka.Akhirnya kerana tidak tahan dibuli oleh geng mereka cikgu Airil berpindah sekolah kemudiannya. Akoi hanya senyap tidak memberi perhatian perbualan kawan kawannya. Dalam otak hanya memikirkan kejadian di pub Hubby. Pedih hatinya melihat ibunya terbaring pengsan dengan luka parah dilantai pub akibat dibelasah oleh Tony si lintah darat . Sakit hati dan geram dia ketika mengangkat ibunya dan membawa pulang rumah. Setiap kali pun akan berlaku perkara yang sama. Bukan marah kerana ibunya terjebak dalam hutang. Benci kerana sikap kenaifan ibunya. Sehingga sentiasa menjadi mangsa kejahatan orang keliling. Hanya ada satu penyelesaian sahaja. Freddy yang menjadi dalang disebalik masalah ini harus dicari segera. Akoi menghentikan langkah.“ Ah Kong, kau tahu tempat Si Meng tak?” tanya Akoi tiba tiba bersuara. Yang lain terhenti berjalan. Melingas kesemua mereka menoleh kearahnya dengan wajah hairan. Kenapa Akoi tiba tiba bertanyakan tentang balaci Tony si lintah darat kawasan hulu Bukit Bintang. Semua tahu Si Meng juga sekutu dengan geng Abas. Sedangkan ketika ini topik yang dibincang langsung tidak berkaitan. “ Ada apa Akoi tanya pasal Meng?” soal Anuar bertanya. Herot dahi hairan. “ Aku nak cari Freddy,” Akoi terus nyata niatnya sebenar. “ Oh..aku faham kau nak cari Freddy pasal hal mak kau kan,” Ah Kong sendiri mengulas. Sudah lama dia mengetahui tentang hubungan ibu Akoi dengan lelaki serani penjaga pusat games Lot Meng yang selalu dikunjungi. Sering sangat dia melihat ibu Akoi bertandang disitu. Dari gaya mesra mereka bila bersama Ah Kong sudah dijangka. Perhubungan ibu Akoi dengan Freddy itu bukan setakat teman biasa. “ Setakat mana kau tahu pasal mak aku dengan Freddy tu?” soal Akoi kepada Ah Kong. Terkejut juga Akoi bagaimana Ah Kong tahu mengenai Freddy. Sedang kejadian semalam tidak pernah didedahkan kepada rakan rakannya itu. Ada rasa kurang senang juga bila mendengar hubungan ibunya dengan Freddy memang sudah terdedah. Pasti kawan kawannya lain turut mengetahuinya. “ Dah lama tahu..cuma..aku tak tahu seserius mana hubungan mak kau dengan Freddy..hari hari dia lepak kat pusat games dengan Freddy,” jelas Ah Kong selamba. Tanpa mengesyaki sesuatu telah berlaku. Alang kepalang Akoi sudah ketahuan baik sahaja dia berjujur mengaku tahu. Dia yakin Akoi tidak tersinggung kalau pekara itu didedahkan. Akoi terdiam. Cuba membuat kesimpulan penjelasan Ah Kong itu. Mungkin dia terlebih fikir sedangkan Ah Kong dan kawan kawan lain tidak tahu tentang apa yang berlaku dengan ibunya. “ Mak kau kena apa kali ini Akoi?” Tanya Siva ambil berat. “ Tak ada apa,” jawap Akoi berahsia. Enggan berkongsi masalah peribadinya dengan kawan. Siva tidak bertanya lagi. Dia memandang Ah Kong dan mengangkat kening kepada pemuda cina itu. Tanda isyarat mereka memahami dan tidak akan masuk campur. Mereka masak sangat apabila Akoi berjawap begitu. Walaupun mereka tahu sesuatu sedang berlaku kepada Akoi dan ibunya. “ Freddy masih ada kat Lot Meng?” Tanya Akoi kepada Ah Kong. “ Semalam masih ada..tapi aku dengar dia nak ke Hadyai hari ini..tak salah aku dengar dia naik bas tengahari ini,” jawap Ah Kong. Tahu serba sedikit maklumat tentang Freddy. Kebetulan dia terdengar Freddy berborak dengan taukeh kedai games semalam. Dia tidak menyangka kebetulannya itu menjadi satu maklumat penting kepada ketua kumpulannya itu. Dia yakin Akoi ada urusan penting dengan lelaki serani itu. “ Korang masuk kelas dulu,” suruh Akoi tiba tiba dan terus berpusing dan patah balik keluar sekolah. Dia berlari meninggalkan kawan-kawannya begitu sahaja. Ah Kong, Siva dan Anuar sama sama terkejut. “ Eh, Anuar, Siva, kau masuk sekolah aku pergi ikut Akoi,” suruh Ah Kong pula. Dia berpusing dan mengikut Akoi meninggalkan Siva dan Anuar. Hatinya tidak sedap menbiarkan Akoi pergi mencari Freddy sendirian. Dia yakin ada sesuatu pekara tidak baik bakal berlaku kepada Akoi. Siva garu kepala dan Anuar mengerut dahi keliru. Melihat kedua rakan mereka sudah beredar pergi. Siva memandang Anuar dan begitu juga Anuar. Tanpa berkata kata apa apa tetapi masing masing memahami. Siva hanya gerak kepala mengajak Anuar beredar. Mereka terus berpusing patah balik keluar sekolah mengikut Ah Kong dan Akoi. Mereka juga tidak mahu terlepas dari apa apa yang berlaku. III Tuk Yeh serba salah. Jafeena betul betul merajuk. Makan pun tidak dijamah. Hanya minum air masak sahaja. Anak dara itu langsung tidak bertegur dengannya. Nek Mah pun turut merasakan runsing. Wajah Jafeena kelihatan pucat dan tidak bermaya. Kalau terusan dibiarkan dia kuatir Jafeena jatuh sakit pula. Nek Mah merasakan diri keterlaluan. Bukan salah Jafeena menuntut untuk berhijrah bersama dengan bapanya sendiri. “ Awak fikir apa?” tanya nek Mah kepada Tuk Yeh. Mencari kepastian sama ada Tuk Yeh juga sependapat dengannya. “ Entahlah,” jawap Tuk Yeh mengembalikan persoalan itu semula kepada isterinya. Dia sendiri tidak berani membuat kesimpulan sendiri. Hakikat mereka harus melepaskan Jafeena mengikut Rahmat ke Kuala Lumpur. Lambat laun Jafeena tetap membesar dan berdikari sendiri. Bak seperti dikatakan oleh Rahmat tempohari. Waktu itu sudah hampir sampai. Keterlaluan mereka sebagai orang tua menghalang kebebasan Jafeena. Lagipun Jafeena bukan bersendirian di bandar tetapi mengikut bapanya bertukar sekolah. Mereka tidak berhak menghalang kedua anak beranak itu bersama. Beberapa tahun dulu mereka pernah berpisah. Tidak sampai hati melihat mereka berpisah lagi.Tuk Yeh rasa diri tidak bersikap adil. Tuk Yeh menghirup teh yang dihidang isterinya tadi. Nek Mah pula duduk di kerusi rotan sebelah dengan wajah kebuntuan. Angin malam bertiup sepoi bahasa. Mereka sedang berehat diluar balkoni. Balik dari mesyuarat disurau tadi dia terus duduk dikerusi malas kegemarannya. Nek mah seperti biasa akan menghidang minuman kegemaran suaminya itu. “ Bila Mat pindah?” tanya Aki. “ Ahad ni,” jawap Nek Mah lemah. Mengingatkan hari perpisahan dengan anak lelaki tunggalnya itu yang semakin hampir menekan perasaan. TukYeh mengangguk faham. “ Saya berat hati berpisah dengan… tapi,” keluh Nek Mah cuba meluahkan kebukuan dada. “ Dah memang kerja Mat begitu..nak buat bagaimana, kenalah awak faham,” Tuk Yeh cuba memujuk Nek Mah. Dia faham perasan isterinya. Sekian lama mereka berharap Rahmat tinggal bersama mereka sekeluarga dan tidak berjauhan lagi selepas habis mengajar di Sarawak dulu. Namun hanya bertahan tiga tahun sahaja. Sekali lagi menantu kesayangan mereka harus berpergian. “ Itu saya tahu tapi hal Jafeena yang pening kepala mikirkan..budak tu keras hati, kalau itu katanya..itu le, awak fikir macam mana? Nak bagi dia gikut bapa dia?” balas Nek Mah menjelaskan apa yang difikirkan sebenarnya. Kebuntuan kesan dari sikap protes Jafeena. Dia faham sangat apabila Jafeena memberontak. Anak itu sanggup lakukan apa sahaja untuk menunjukkan ketegasan diri. “ Kalau ikut hati kita memang tak bagi,” jawap Tuk Yeh turut merasakan tempias kebuntuan Nek Mah. DEBUK! Bunyi sesuatu jatuh kuat di lantai kayu atas serambi tiba tiba. Memeranjatkan Tuk Yeh dan Nek Mah. “ Mak, ayah! Feena pengsan,” suara Rahmat memekik memanggil dari dalam rumah. “ Astaghafirullah halazim,” ucap Tuk Yeh sambil bersama Nek Mah bergegas bangun masuk kedalam rumah.

Sunday 4 January 2015

BAB 3


Dibelakang lorong. Celah bangunan antara Lot 10 ke Planet Hollywood sedang berlaku kekecohan. Geng Akoi dan geng Abas sedang bertempur. Tanpa senjata tajam tetapi beradu tenaga dengan kekuatan kaki dan tangan. Punca bukan kerana satu macam tetapi banyak pekara mengundang dendam. Petang itu bukan pertama dan bukan kedua. Bukan juga hari penentuan. Pertempuran kebiasaan demi menegakkan siapa kuat dan siapa paling berpengaruh. Kalau berjaya geng Akoi membelasah teruk geng Abas, maka satu bulan kawasan tengah Sg. Wang menjadi tempat hak penjualan DVD haram mereka. Sudah memang itulah pertaruhan mereka sebelum bertarung tadi.

Sekali terjah sepakan Akoi ke punggung lawan, melayang melanggar lawan lagi satu didepan. Akoi tak berlengah disiku pula perut kuncu Abas disebelah tepi kanannya. Kemudian diasak pula tumbukan padu ke dada kuncu Abas yang berada dihadapan. Tangkas sekali gaya berlawan Akoi. Semua terkena merengkok badan menahan kesakitan. Siva dan Ah Kong tidak kurang hebat. Kuncu kuncu Akoi seramai sepuluh orang sahaja. Masih tegap melawan dan menyerang tetapi kuncu Abas seramai dua puluh orang hampir separuh sudah tumbang dikerjakan.  Anuar tidak terlibat sama hanya memerhati ditepi sudut bangunan. Bukan tidak mahu campur cuma malas hendak kotorkan baju dibadan. Lelaki yang mementingkan penampilan seperti Anuar tidak gemar berlasak. Bukannya takut atau tidak pandai bertumbuk. Baginya kerja macam itu buang masa. Baktinya kepada geng Akoi lebih baik ditumpukan sepenuhnya sebagai bendahari.  Lagipun dia sudah tahu apa akan kesudahan pertempuran itu nanti. Samaada dia terlibat atau tidak, jawapan tetap sama. Akoi dan Geng jarang kalah ditangan geng Abas.  


“ Yuhuu..berapa gigi lu dapat?” tanya Ah Kong pada  Siva dengan muka bangga.

“ Tiga..lu?” jawap . Siva senyum megah sambil air tuak yang dibeli Anuar dua katon tadi diagih agihkan kepada ahli ahli lain. Anak anak buah Akoi yang lain sedang melepak keletihan menyambut minuman yang disua dengan perasaan lega.

“ Wa..lima oh..kasi kancung bawah punya,” ujar Ah Kong mendabik dada. Anuar berdiri memeluk tubuh dibalik tiang memerhati mereka ketika itu mengeleng geleng kepala bosan. Bangga yang sia sia. Tidak bawa kemana. Hari ini walau menang tetapi sebulan kemudian mereka akan bertarung lagi. Tiada kesudahan langsung. 

“ Eh, Akoi mana?” tanya . Siva tiba tiba bila menyedari hanya Akoi sahaja tiada bersama mereka.Padahal selepas berlawan tadi mereka berjanji berkumpul dibawah bilik sewa Akoi.

“ Dia dah blah..tadi Nancy telefon..sudah pergi ambik mak dia,” beritahu Anuar. Hanya dia sahaja yang tahu. Kerana semasa bergaduh tadi dia yang tolong pegangkan telefon bimbit Akoi. Dia juga yang tolong menjawapkan panggilan.

“ Mak Akoi buat pasal lagilah tu,” ujar Ah Kong mengagak. Tiada pekara lain selalu yang mencemaskan Akoi kecuali pekara melibatkan GRO tua di kelab karaoke Hubby itu. Memang kebiasaan ibu Akoi selalu menimbulkan masalah. Tukang membersihkan masalah itu pula si Akoi sendiri. Bagi geng Akoi mereka sudah memahami. Tiada kehairanan lagi. Walau semua tahu hubungan Akoi tidak begitu rapat. Kadang kadang mereka selalu saksi Akoi menengking dan menghamun ibunya sendiri tetapi itu semua hanya dibibir. Jauh dihati lelaki berjiwa keras itu begitu mengambil berat. Kalau tahu ada pelanggan yang mengasari ibunya, diam diam Akoi pergi membalas dendam. Kalau tahu ibunya berhutang kerana kalah judi, Akoi juga tolong jelaskan. Pernah sekali semasa umur empat belas tahun Akoi dihantar ke sekolah juvanal dua tahun atas kesalahan mencederakan orang. Gara gara berpunca kerana ibunya melarikan duit Along. Akoi cuba menyelamatkan ibunya dari dibelasah tetapi semasa bergelut secara tidak sengaja Akoi tertikam lelaki lintah darat itu. Oleh kerana Akoi dibawah umur dan kesalahan kerana mempertahankan diri maka dia hanya ditahan ke sekolah juvanal.

“ Aku tak faham betul hubungan mereka dua beranak tu..entah mana satu mak..entah mana satu anak,” getus . Siva geleng kepala. 


       
II

Maria memandang pelik wajah muram Jafeena sejak dari tadi. Angin petang sedang bertiup ringan. Melegakan perasaan mereka yang sedang bersantaian duduk berehat dipangkin laman rumah Jefeena ketika itu. Melihat kemurungan Jefeena bagai mendorong pertanyaan kepada Maria. Jafeena tentu sedang memikirkan pasal hal perpindahan yang diceritakan tempohari. Ada sedikit keberatan bila Maria memikirkannya. Kalau hendak dibandingkan perasaan Jafeena dia lebih memahami perasaan datuk dan nenek Jafeena sendiri. Seperti kedua orang tua itu dia juga tidak mahu kehilangan satu satu rakan karibnya selama ini.    

“ Betul ke benar benar kau nak ikut abah kau pindah ke K.L,” soal Maria dengan nada sayu. Ditundukkan kepala memandang tanah.

Jafeena melingas memandang Maria. Mengerut kening tidak puashati. Soalan dengan riaksi wajah kecewa Maria bagaikan mahu mematahkan semangat. Walhal dia masih kebingungan mendapatkan restu kedua Uwan dan Akinya, Maria pula menambahkan beban perasaan.

“ Habis sampai bila aku nak duduk kat kampung ni..sampai ke tua? Jadi katak bawah tempurung? Lagipun kau jugak yang galakkan aku cari pengalaman kat luar sana,” balas Jafeena teguh.

“ Aku saja saja cakap aje,” ujar Maria menjawap. Wajah semakin mencebik hampa.

“Aku ada cita cita Maria..duduk kat kampung ni takkan beri banyak pengalaman untuk aku membesar..sekurang kurangnya kalau aku berpindah ke bandar..aku dapat mencedok pengalaman disamping aku dapat hidup tanpa berpisah dengan abah aku lagi..kau tak pernah berpisah dengan mak dan bapak kau..tapi aku lain,” perjelas Jafeena cuba mendapat simpati Maria. Mengharap sahabatnya itu memahami. Dalam saat saat begini dia lebih mendambakan sokongan. Sudahlah malam tadi, bapanya langsung tidak memberikan apa apa keyakinan. Tinggal sokongan Maria sahaja diperlukan untuk memberikan kekuatan memenuhi hasrat. Seperti Maria dia juga keberatan untuk berpisah tetapi impiannya ke bandar mengatasi segalanya.  

 “Habis aku macam mana..takkan kau nak tinggalkan aku kat kampung ni sorang sorang..kau ajelah satu satu sahabat yang aku ada..apa kau tak kesian ke kat aku ni..duduk lepak sorang sorang kat pangkin ni nanti..tak ada kawan study group lagi..ah pokoknya bosanlah aku nanti kalau kau tak ada,” keluh Maria cuba mengamit simpati Jafeena pula.  Sengaja membuat Jafeena serba salah. 

“ Ah, kau ni Maria..saja je..tak kan kau nak aku tinggal kat kampung sebab kau..habis bosan aku..rindu aku kat abah aku nanti siapa nak jawap..tolonglah Maria lepaskanlah aku..daripada kau suruh aku kesian kat kau baik kau kesian kat aku dulu..bantu aku cari idea macam mana nak pelepas dari uwan dan aki aku tu,” tepis Jafeena lagi bijak menghidu niat Maria.

“ Aaah..” keluh Maria mengalah.

Malam nanti Jafeena nekad akan memujuk Uwan dan Akinya habis habisan. Selepas makan malam sewaktu berkumpul di ruang tamu itulah masa paling sesuai dia menjalankan misi.


III

Maina menyumbat lagi tisu kedalam dua lubang hidungnya menahan darah dari mengalir turun. Sakit akibat tumbukan semalam masih perit terasa. Sementara hidung mengalir darah disebabkan kepanasan dalam badan. Demam kerana bisa tumbukan agaknya. Pipi lebam dan bibir pecah sudah rasa kebas sampai maja. Nancy keluar dari dapur membawakan kain uncang berisi airbatu dan sebelah tangannya lagi segelas air.

“ Kenapa awak telefon Akoi semalam?” masih berbaki marah Maina kepada Nancy. Pekara yang paling mahu dielakkan tetapi kalau tidak sebab mulut si Nancy kecoh memberitahu. Pekara biasa itu kini menjadi bertambah rumit.

“ Eh, lu sudah pengsan sana baring atas lantai kelab lagi mau diam diam tak mau beritahu Akoi..nasib Akoi datang tolong angkat lu..kalau tidak taukeh datang bising bising marah lagi, nah! ambik ni airbatu kasi letak sana kepala..ini air minum ubat sensei..kasi hilang bengkak badan..nasib lu ada kawan macam wa tau..kalau tidak mampus lu sini diam diam sakit terus mati, tak ada siapa pun peduli, ” jerkah Nancy membalas. Niat suci membantu bukan dihargai Maina sebaliknya dipertikaikan pula. Kalau tidak atas dasar persahabatan terjalin sejak sekian lama, malas hendak dipedulikan. Maina sahaja satu satu kawan yang bukan sebangsa yang paling rapat dan diambil berat. Mungkin kerana dia bersimpati dengan nasib Maina. Yatim piatu tiada berkeluarga. Berhijrah dari Sarawak seorang diri sejak usia belasan tahun. Dalam usia muda telah menjadi ibu tunggal. Hutang melapok keliling pinggang kerana sifat naïf dan selalu diperbodohkan si along lintah darat. Demi melunaskan hutang dan menerus kehidupan Maina rela membakar diri menjadi GRO dan melacur secara sambilan. Namun begitu Maina tidak pernah mengeluh atau menangisi nasib yang menimpa. Ketabahan Maina dikagumi oleh Nancy. Walau dibenci dan selalu dimaki oleh anak sendiri Maina langsung tidak gugah. Malah wanita ini masih mampu berlucu dan ketawa riang ketika melayan pelanggan berkaroake.   

“ Eh, Akoi ada cakap apa apa ke?” tanya Maina dengan muka risau. Nasib semalam dia tidak sedarkan diri. Kalau dia masih sedar mesti teruk dimarahi si Akoi lagi. Dia tahu diri bersalah. Selama ini dia selalu menyusahkan Akoi. Baru beberapa hari lalu hutangnya dengan Tony si lintah darat ketot itu dilangsaikan oleh Akoi. Kini beban kembali datang akibat perbuatan Freddy, kekasih hatinya. Freddy melarikan diri dari hutang si Tony. Oleh kerana dia penjamin terpaksa dia menanggung hutang Freddy yang tertunggak itu.

“ Apa dia boleh cakap..lu hari hari cari pasal..wa sudah bilang jangan kawan dengan itu Freddy..dia tak boleh percaya punya orang..dulu si Mandy pernah kena..teruk ma si Mandy kena bayar hutang Freddy..sampai dapat HIV..baru dua bulan lepas Tailo beritahu.. itu Mandy sudah mati..lu tak mau dengar wa punya cakap..sekarang lu tengok..siapa susah,”leter Nancy melempahkan ketidak puashati. Gelas diletakkan diatas meja. Uncang airbatu diserah keras ke tangan Maina. Tunjuk kegeraman.  Kedegilan Maina selalu mengundang bencana. Anehnya Maina tidak pernah serik serik. Dia memahami perasaan Maina dahagakan percintaan. Kesepian hidup yang dijalani menyebabkan Maina cepat percaya kepada sesiapa sahaja lelaki melayannya dengan baik. 

“ Ah, itu sebab Mandy yang bodoh..sudah tahu kerja kita buat tak da keselamatan..tak mau pakai pelindung..dulu lagi aku sudah nasihat dia..pakai kondom..dia kata tak suka..tak selesalah..sendiri cari pasal..sendiri tanggunglah,” perlekeh Maina pura pura tidak ambil kisah sambil menuam air batu ke dahi. Padahal dia mahu menutup kelemahan diri. Tanpa leteran Nancy itu pun sudah lama dia menyesal. Tembelang Freddy sudah diketahui sejak beberapa minggu lalu. Tentang hubungan Mandy dan Freddy memang sudah lama diketahui. Cinta itu memang buta. Dia sendiri rela menyerahkan segala jiwa raga kepada lelaki bangsa serani itu. Sungguhpun tahu sifat buruk lelaki itu. Wajah tampan dan pujuk rayu Freddy terlalu mencairkan hati. Sukar dihindari. Ketika itu dia jadi mabuk lupa diri. Demi meraih cinta sejati dia nekad menanggung risiko meletakkan kepercayaan kepada Freddy. Akhirnya sekali lagi dia dilukai. Freddy entah kemana, dia pula terpaksa menanggung hutang yang ditinggalkan. 

“ Haiya! susah mau cakap sama orang tak mau dengar..sukahati lulah..tapi wa ingatkan ini kali bukan sekali tiga atau empat kali..sudah banyak kali tau..sekurang kurang lu fikirlah hati lu punya anak..baru tujuh belas tahun sudah kena jaga emak sendiri..macam jaga itu orang tua sana rumah kebajikan..lu tak kesian ke sama dia..muda muda sudah nampak dewasa, kalau wa jadi dia..pergi matilah ini macam punya mak,” leter Nancy lagi menjeling geram. Maina susah sangat hendak ditegur. Degil dan terlalu menjaga air muka sendiri sehingga sukar mengaku kesalahan sendiri.

Maina buat muka mencebik. Malas hendak layan lagi leteran Nancy. Uncang air batu diletak ke meja.  Ubat sensei dalam balutan kertas minyak dicapai lalu dituang ke dalam mulut. Ditala bersama air suam yang diberi Nancy tadi.  Gadis berbangsa Tiong Hua berumur hujung remaja itu mengeleng geleng kepala memandang Maina.



https://www.youtube.com/watch?v=QsFnfNV5Bhs
BUDAK JAHAT

BAB 2

 Terboyang boyang basikal dikayuh masuk keperkarangan laman rumah. Tuk Yeh duduk di pangkin bawah pokok jambu tersenyum senang. Cucu kesayangan sudah pun pulang Bangkit malas mahu menyambut. Menyusur perlahan basikal terus berhenti ke depan rumah. Jafeena kemudian memangkir basikal di bawah rumah. Diikuti kemudian kereta Proton Magmar merah hati menyusur masuk ke laman. Senyum Tuk Yeh semakin lebar. Anak menantu lelaki tunggal juga sudah balik. Harapan makan tengahari awal bersama satu keluarga tercapai. Bukan selalu dapat makan bersama. Kalau menantunya sibuk dengan urusan kokurikulum sekolah. Lewat petang baru pulang. Begitu juga dengan cucu daranya tak kurang sibuk. Kadang kadang balik cepat kadang kadang lewat. Tidak menentu. Sebab itu juga mereka anak beranak balik asing asing.

Lepas tukar baju Jefeena terus ke dapur. Uwan Nek Mah sedang menyenduk gulai lemak masam patin ke dalam mangkuk. Harum tempoyak membuka selera. Tidak payah disuruh Jafeena terus mencapai mangkuk nasi lalu pergi menyenduk nasi dalam periuk elektrik. Semerbak segar bau nasi menguap naik.

Sesudah menghidang nasi dan lauk Jefeena mengambil  pinggan dan gelas pula ke atas meja. Tuk Yeh dan Rahmat baru selesai solat jemaah Zohor. Bersama sama melangkah masuk ke meja makan. Berselera melihat lauk pauk.  Gulai masam patin, ulam timun dan kacang botol yang dicicah dengan budu.  Telor dadar tebal buat penambah. Makan tengahari ringkas sahaja tetapi disebabkan hari panas. Perut kosong dan makan bersama sama sekeluarga. Lauk macam itu pun sudah cukup mengicah air liur.  

“ Timah telefon..minggu depan nak balik,” Uwan Nek Mah buka cerita. Tuk Yeh sambil menyuap nasi menoleh kepada isterinya. Menarik perhatian juga berita yang disampaikan. Baru dua minggu lepas anak angkat perempuannya satu keluarga balik. Minggu ini masih mahu lagi berkunjungan.
  
“ Baguslah tu..tapi bukannya cuti sekolah..kenapa baliknya?” tanya Tuk Yeh.

“ Dia balik sorang aje..nak bawak Azura adik iparnya sekali,” jelas Uwan Nek Mah. Riang nadanya. Senyum melerek penuh bermakna. Jefeena tersentak. Tak jadi menyuap. Melingas pandang ke Uwan Nek Mah di sebelah. Mencerun kening kurang senang. Tahu sangat kalau neneknya cakap begitu.

“ Bawak bakal mak tiri Jafeena lagi le tu..” Tuk Yeh menjelaskan lagi. Tersenyum lucu. Tengok wajah cucunya sudah mula mencuka. Rahmat tunduk tekun menyuap nasi. Riaksinya tetap tenang dan bersahaja. Tiada perasaan suka atau tidak. Ini bukan kali pertama ibu dan ayah mentuanya mengemukakan calon isteri. Dia pun sudah lali.

“Elok lah tu Lee.. kamu dah lama menduda..macam mana? nak mengikut cadangan long kamu?..si Azura tu pun dah lama menjanda ..kalau nak nikah sesuai sangatlah,” Uwan Nek Mah mengusul lagi. Tidak jemu jemu memujuk. Sudah lama kepingin mendapat menantu. Sejak ibu Jafeena meninggal tujuh belas tahun sampai kini Rahmat masih setia. Kesian melihat menantu yang sudah dianggap seperti anak lelakinya sendiri itu kesunyian. Umur masih muda. Tiga puluh lapan tahun, rasanya masih sesuai bernikah lagi. Rugi kalau terusan solo begitu. Walau Jafeena ada menghiburkan. Tetapi kasih anak tidak akan sama dengan kasih isteri.

Jefeena menjeling tajam Uwan Nek Mah.  Membungkam muka comelnya membantah. Tuk Yeh tetap tersenyum.  Uwan Nek Mah buat tak tahu sahaja. Perasaan Jafeena tidak diambil kira. Anak gadis itu bukan boleh tentukan apa apa. Yang paling penting perasaan Razali. Dia harus mempengaruhi anak lelakinya itu sampai setuju. Sudah terbayang wajah calon menantunya. Biarpun gelap hitam manis orangnya.  Tetapi dengar dari cerita Timah, Azura pandai menjahit dan memasak. Sangat sesuailah dengan Rahmat. Mengharap masakan isteri baru  nanti boleh membela balik tubuh kurus kering menantunya itu. 

“ Lee nak beritahu mak dan abah sesuatu..” Rahmat baru bersuara. Sudah berhenti menyuap. Serius memandang ke dua ibu bapanya. Lama difikirkan tadi. Rasa waktu begini lebih sesuai diutarakan suara hati. Tuk Yeh dan Uwan Nek Mah sama sama berhenti makan. Begitu juga dengan Jafeena. Beri perhatian kepada bapanya.  

“ Kamu setuju le..” Uwan Nek Mah cuba menduga. Merona wajah ibu tua itu riang mengharap. Rahmat rasa semakin serba salah. Jafeena berdebar debar bimbang. Dalam hati berdoa semoga bapanya tidak bersetuju. Dia tidak mahu beribu tiri.

“  Tak ..bukan hal tu..Lee sebenarnya dah buat keputusan terima tawaran tukar mengajar sekolah di Kuala Lumpur..” jelas Rahmat jujur.

Uwan Nek Mah tergamam. Tuk Yeh terpana. Bibir Jafeena sahaja melakar senyum. Yes!! lonjak hati Jafeena riang.


II

Cahaya petang sore melabuh sinar. Menyusup masuk melalui langsir jarang hitam bilik lapuk rumah kedai sewaan Akoi terletak tengah tengah Bukit Bintang.  Sibuk kelihatan keempat sahabat itu  mengira gira DVD dan VCD cetak rompak yang baru sampai. Di tepi sudut bilik ada lelaki cina gemuk. Memakai baju kemeja Hawai kemerahan terbuka tengah.  Menampakkan perut buncit busai. Sedang duduk bersimpuh sepah.  Berdecing decing bunyi gelang emas ditangan berlaga laga dengan cincin batu arkid semasa mengira not not berwarna. Dibibir tersisip rokok. Sambil menghisap sambil mengira duit hasil keuntungan jualan DVD dan VCD beberapa minggu lepas.

“ Stok lama aje Tai Lo..tak de cerita baru ke..x-rated pun tak de gambar baru? Tegur Ah Kong sambil memasukkan inlay cd kedalam sarung plastik. Sementara Anuar disebelah pula membantu memasukkan satu persatu cd disk ke dalam sarung plastik mengikut inlay cerita.

Susah sikitlah sejak akhir akhir ni..supplier banyak kena rate..lu jual dulu apa yang ada..” Tailo bagi alasan. Memang ramai pengedar besar sudah kena tangkap. Tapi bukan dia tidak mampu mendapat bekalan. Cuma malas hendak layan sangat permintaan. Janji bahan yang dibawa berjaya dijual. Sebagai orang tengah dia tidak  menanggung kerugian. Kerjanya hanya mengedar kepada penjual sahaja.

“ Customer komplen nak tengok cerita wayang baru..asyik bagi cerita lama diorang tak minat.,” Anuar mengadu pula. Tangan lincah mengira CD yang sudah siap bungkus kemudian mengasingkan mengikut cerita. Akoi disebelah turut membuat kerja yang sama. 

“ Ya ka..betul ke Akoi..” tanya Tai Lo pada Akoi cuba memastikan aduan Anuar itu betul ke tidak. Bukan tidak percaya hanya suara Akoi sahaja mahu diguna pakai. Dia memang pandang tinggi ketua samseng sekolah itu. Pengaruh anak muda berwajah keras itu sahaja mampu menghimpun budak budak remaja liar lain menjadi pengikutnya. Agar boleh dibalacikan sebagai pemasar bergerak dalam pasaran gelap VCD dan DVD cetak rompaknya.    

“ Emm..cari stok barulah..kalau tidak nak kena tanya orang dalam panggung wayanglah,” jawap Akoi sependapat  dengan Anuar. Cuba juga bagi cadangan lain supaya Tai Lo ambil berat masalah penjualan. Biarpun mereka tidak perlu bimbangkan pasal kos percetakkan.  Gaji mereka dari hasil penjualan sahaja. Kalau barang tidak laku bermakna mereka akan berterusan berhutang dengan orang tengah seperti Tai Lo.  

“ Boleh tapi itu gambar tak lawa..senget senget..orang komplen jugak..” Tai Lo bagi alasan. Bukan tak setuju tetapi taktik begitu sudah tidak popular lagi. Sudah banyak kali stok telah dipulangkan semula kerana kualiti gambarnya teruk.

“Dari gambar lama lagi tak laku..” bidas Akoi. Sama juga keputusannya. Mereka tetap kerugian. Dia tahu apa orang seperti Tai Lo fikirkan. Hanya pentingkan diri. Tidak akan ambil peduli masalah orang lain. Tahu untung sahaja.  Biarpun mereka sudah lama kenal. Dia tetap kena berhati hati dengan orang seperti Tai Lo. Licik dan penuh muslihat. Kalau tidak sebab hutang lapuknya dengan Tai Lo dia tidak perlu menghamba diri menjual bahan cetak rompak secara haram. Kalau tersilap langkah mereka boleh kena tangkap dengan penguat kuasa. 

 “ Yelah Tai Lo..bisness kita kena tiau sama budak kumpulan Abas Punk..diorang semua selalu ada stok baru ..susahlah mahu lawan dengan kumpulan diorang,” disokong Siva turut mengadu. Punca lain penjualan merosot sejak akhir akhir ini.  Kalau tak sebab ada persaingan. Tiada apa perlu mereka bimbangkan. Tapi Abas Punk adalah satu satu musuh ketat mereka yang selalu dibimbangkan. Pengaruh Abas boleh tahan juga berbanding Akoi. Mereka suka main kotor. Suka berebut kawasan jualan. Pantang kalau mereka bertembung pasti akan berlaku petempuran. Bagaimana pun mereka belum mampu menewaskan geng Akoi. Kekuatan kumpulan Akoi & Kuncus terletak diakal Akoi sendiri.  

“ Okey okeylah..lu jangan risau nanti wa cari stok baru..” Tailo terpaksa bagi jaminan. Bila alasan membabitkan kumpulan Abas bermakna dia tidak boleh ambil sambil lewa. Kalau Abas menguasai jualan dia sendiri akan susah. Pembekal Abas juga adalah pesaingnya juga.

III


Jafeena sedang mengadap komputer. Ayat seterusnya tergantung seketika. Fikiran kembali teringat sewaktu makan tengahari siang tadi. Dia tersenyum senyum sendiri. Lega dan teruja.

Nasib baik abah bukak topik tukar sekolah ..tutup terus cerita nenek nak kenenkan abah..asyik aje nak kahwinkan abah..Mak Long pun satu tak habis habis asyik carikan calon untuk Abah..tak suka betul. Syukurlah abah ambik tawaran itu..mesti mencabar duduk kat K.L nanti..banyak maklumat..tak boleh jadi! Aku mesti pujuk abah supaya bawak aku sekali pindah..mesti! bisik hati Jafeena bertekad.

Dia terus menekan tetikus komputer ke‘exit’dan ‘save’ fail. Lepas mematikan komputer Jafeena keluar bilik. Waktu malam begini pasti abahnya berada di serambi. Sedang menyemak kerja kerja sekolah pelajar. Dia mahu mengguna peluang yang ada untuk memujuk abahnya. Sewaktu melalui bilik uwan dan aki, Jafeena cuba perlahankan langkah agar derap bunyi lantai papan rumah tidak berbunyi. Takut nanti menganggu tidur mereka. Tiada cahaya dari bawah pintu bilik. Jafeena yakin Uwan dan Tuk sudah lama berlabuh.

Di kesamaran cahaya lampu meja tulis ditepi sudut serambi Jefeena nampak abahnya masih tekun bekerja. Menyemak kerja kerja sekolah pelajarnya. Hati berbunga harapan. Waktu waktu begini memang sesuai sekali misi dilaksanakan. Perlahan dia menghampiri Rahmat lalu berdiri disisi. Dia memerhati tanpa bersuara.

Rahmat perasan Jafeena berada disebelah tetapi dibiarkan sahaja. Dia tahu apa yang diinginkan anak gadis itu. Kalau tidak masa kan tengah malam buta begitu anak dara itu belum tidur lagi. Pasti ada berkaitan dengan hal tengahari tadi.

Jafeena masih tidak terus menegur. Tengah berkira kira. Tengok abahnya khuyuk sahaja menatap kerja bagai tidak perasan kedatangannya. Buat Jafeena serba salah. Takut menganggu pula. Paling tidak pun nanti abahnya akan buat tak tahu sahaja pemintaannya. 

“ Cakap ajelah apa yang Feena tak puas hati?” tegur Rahmat tiba tiba bersuara. Tanpa menoleh cuma mengerling sepintas lalu dengan secebik senyuman. Melihat anak daranya terkulat kulat disebelah. Tak sampai hati tidak memperdulikannya. 

Jafeena agak tersentak. Abahnya berteguran begitu. Macam tahu apa tersirat di dalam kepala otaknya. Sangka orang tuanya tidak sedar kedatangannya tadi.   

“  Mana tau ni,” tanya Jafeena tersenyum lega. Terus menarik kerusi lalu duduk mendekati sebelah Rahmat. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Memandangkan abahnya terlebih dulu membuka ruang. Nampak memudahkan usulan yang mahu diutarakan sebentar lagi. 

“ Kamu tu kan anak abah ..apa kehendak kamu ..kemahuan kamu semua abah tahu..apa dalam fikiran kamu pun abah boleh agak..cakap aje,” jawap Rahmat lagi.  Makin meleret senyuman tanpa mengalih tumpuan. Mengerti sangat dengan ragam manja anak dara seorang itu. Kalau mengulat begitu pasti ada pekara yang dimahukan.

“Telepatilah tu konon..kalau abah tahu tak payahlah Feena bagi tahu..abah cuba teka apa Feena fikirkan,” cabar Jafeena berseloroh. Memang dipuji itulah kelebihan bapanya. Cekap peka dengan perasaan orang lain. Tak perlu dinyatakan tapi terlebih dahulu bapanya mampu merungkai sebarang maksud yang terselindung. Kadang kadang Jafeena merasakan bapanya macam doctor psikologi.  Kalau bapanya memilih bidang kedoktoran pasti boleh berjaya menjadi doctor pysktris. Kerana kelebihan itulah juga abahnya menyandang jawatan guru disiplin disekolah. Mengendali pelajar yang bermasalah. 

Rahmat melingas memandang Jafeena. Terhenti seketika tangan menulis. Tidak segera dia menjawap sebalik mencerun kening. Pen ditangan ditunding ke muka Jafeena. Membuat mimik muka seperti menilik.  Terkekek anak gadis itu ketawa. Lucu melihat muka abahnya lakonkan macam nujum pak belalang. Sudah lazim hubungan mereka anak beranak itu akrab seperti kawan baik. Bergurau senda mesra. Kalau orang lain tidak kenal,  melihat mereka berdua bila berjalan sama tentu menyangka pasangan kekasih. Tambah Rahmat masih muda belia. Siapakan sangka punya anak remaja sudah mengunjai tinggi seperti Jafeena. 

“ Kamu..kamu.. hah! kamu nak suruh abah jangan terima tawaran perkahwinan Mak Long kamu aturkan dan kamu nak ikut abah pindah ke Kuala Lumpur kan,” teka Rahmat yakin sambil menyentuh hidung Jafeena dengan pen tadi. Sebenarnya dia tahu sangat apa main dalam otak anak gadis ciliknya itu. Tidak payah dijelaskan dari riak wajah manja itu sudah terpancar maksud sepenuhnya. Dari dulu Jafeena ingin mengikutnya kalau dia berpindah sekolah lagi.  

“ Eii..terrornya abah,” lonjak Jafeena riang. Tepat sekali tekaan. Nampaknya harapan semakin dalam genggaman. Bak bola datang bergolek.

“ Pasal hal Mak Long tu abah dah buat keputusan..tak payah Feena tolong pujuk lagi..tapi pasal Feena nak ikut abah tu kena bincang dengan Aki dan Uwan dulu,” Rahmat terlebih dulu sudah ada keputusan sendiri. Tidak perlukan lagi bujukan Jafeena. Keputusan diambil setelah lama difikirkan. Tapi tentang pemindahan dia tidak mampu membuat keputusan.  Terpaksa diserahkan kepada kedua orang tuanya.   

“Kalau abah.. bagi tak Jafeena ikut?” soal Jafeena. Lebih berminat kalau bertanyakan pendapat abahnya dulu.  Baginya jawapan abahnya lebih penting berbanding uwan dan akinya. Bukan bermaksud membelakangi mereka. Cuma pendapat abahnya bagai satu kekuatan alasan bagi menyakinkan kedua uwan dan Tukyang tidak rela melepaskan dia pergi.



“ Abah tak kisah..kamu pindah sekali atau tidak..tapi kamu kena faham perasaan atuk dan uwan kamu..mereka dah lama membesarkan kamu..mesti berat hati kalau berpisah..sebab tu apa apa pun kita kena utamakan mereka dulu,” jelas Rahmat. Memberi pendapat yang sama adil. Sungguhpun tidak keberatan membawa Jafeena bersama namun dia ingin mendidik Jafeena agar tidak mementingkan diri.  Perasaan kedua ibu bapanya harus diambil berat.

Jafeena gamam.




BUDAK JAHAT

Prolog
 
Kisah cinta aku tidak seperti remaja lain. Jodoh ajal maut memang sudah ditentukan. Mata kadang kadang boleh buta untuk menilai walau terang terang tuhan sudah menunjuk jalan jodoh itu. Penafian demi penafian menambahkan beban perasaan. Bagaimana aku bisa terlepas saat saat terpenting bagi insan bergelar gadis. Cinta memang aneh dan aku tidak tahu menilai bagaimana. Pasti serapan cinta berlaku diluar kesedaran. Dari benci jadi sayang. Dari sakit jadi suka. Dari takut jadi cinta. Begitu luar biasa bila perasaan itu wujud.

Kekasih akukah sekujur tubuh sedang terbaring ini? Aduh! betapa aku rindu senyuman sindirnya. Lirik mata nakalnya bila berjaya mengusik ku. Wajah dendam setiap kali aku mencelanya. Betapa aku rindu saat saat kita bersama. Bercinta tetapi bergaduh. Bergaduh walaupun sudah berbaik. Kita memang aneh. Sayang sekali aku tidak sempat memberitahu hati ku sudah terpaut. Terpaut pada kasih sayang aneh mu itu.

Tolong sayang buka mata mu. Sekali pun cukuplah. Aku sudah berjanji akan membalas cinta mu tetapi kenapa kau tidak beri peluang. Apakah engkau sedang menduga hati ku. Keteguhan dan kesabaran cinta ku. Atau ini semua balasan atas kejahilan ku mempermainkan ketulusan mu dulu.

Tapi waktu itu kau terlalu jahat . Terlalu nakal sehingga mendesak aku membenci dan mendendami mu. Bukankah pelik menyuarakan cinta dengan membuli. Meraih cinta dengan mendera. Siapa gadis dalam dunia ini bisa memahami cara mu. Kau memang budak jahat. Waktu kau terbaring begini pun kau masih jahat. Masih membuat aku kecewa. Masih membuat aku sedih.


Sayang..bangunlah! 




http://youtu.be/QsFnfNV5Bhs
BAB 1

“ Lepas tu orang jahat sepak punggung lelaki baik..tersungkur ke tanah..kekuatan orang jahat tu memang tiada tandingan..kemudian dia terus meluru ke arah orang baik yang terbaring ditanah, diangkatnya tinggi badan orang baik tu kemudian dilambung ke pokok.. bergedebuk badan orang baik tu kena hempas..mahu dua tiga tulang temulang lelaki baik tu remuk teruk..bergolek golek sampai mengelepar lelaki baik tu di tanah menahan sakit..kawan kawan budak jahat mengelilingi lelaki baik lalu ketawa belahak..jahat sungguh lelaki jahat tu..dia mendabik dada bangga depan kawan kawan sebab dapat membelasah teruk lelaki baik tu..teruknya!” cerita Jafeena dengan riak wajah bersungguh sungguh. Tergerak gerak hidung mancung dan bular matanya. Maria pula beriya percaya. Kagum mendengarnya. Wajah comel gadis bertudung skaf macam Bienda itu ditatap tekun. Kisah diperdengarkan seolah olah benar benar berlaku. Setiap saat genting cerita begitu mengegar jantung. Suspen dan mencabar.  Menguji pemikiran.

“ Lepas tu orang baik tu macam mana? Mati?” tanya Maria cemas. Ingin tahu sangat kesudahan nasib orang baik yang diceritakan. Jafeena tunduk mengeluh seolah melepaskan rasa sesah. Kemudian berpaling semula menatap Maria yang masih ternanti nanti. Rasa serba salah hendak menerus cerita. Ada sesuatu mengeliru fikiran Jafeena.

“ Entah..patut aku matikan ke tidak watak orang baik tu?” tanya Jafeena pula kepada Maria. Gadis bertudung telekung itu mencebik geram. Terasa sia sia mempercayai hampir keseluruhan cerita Jafeena. Nyata semuanya rekaan. Di ambil buku latihan diatas para lalu dicampak ke muka Jefeena. Gadis itu tersenyum suka. Gembira membuat Maria marah. Jafeena meraih gelas berisi jus oren lalu disuakan kepada Maria. Tanda memujuk. Sahabat baiknya menyambut dengan kerling mata tidak puashati.

Cahaya petang bersinar malas memayungi pertemuan dua bersahabat. Sesekali deru angin sepoi meniup kain tudung dua gadis sedang meranum remaja itu. Terjuntai juntai dari bawah para dua pasang kaki tergantung bergoyangan senang. Keasyikkan berbual. 

“ Aku tak suruh kau percaya..kan aku cakap aku nak tulis novel sulung aku..rasanya cerita ini aku nak pakai nanti,” terang Jafeena menjelaskan kembali agar Maria tidak salah anggap tujuannya bercerita tadi. Bukan niatnya mempermainkan Maria sekadar menguji idea baru. Nampaknya usaha berjaya. Maria si lurus bendul pun tertarik dengan ceritanya.

“ Buat aku terperanjat aje..mana kau dapat idea cerita ganas macam tu?” getus Maria sambil meneguk jus. Latar suasana petang yang tenang menemani mereka di halaman rumah Jafeena. Dibawah pohon jambu air tengah laman, ada para usang tempat mereka selalu bersantai. Kalau tidak ada kerja sekolah sekurang kurangnya berbual bual kosong disitu. Sejak dari zaman sekolah rendah sampai sudah masuk tingkatan lima Jafeena dan Maria tidak jemu berkawan. Sudah masak dan mengenali sikap masing masing. Sudah biasa gaduh dan baik. Segala rahsia masing masing ada dalam tangan.

“ Alah bukan susah nak bayangkan macam mana orang gaduh..tengok gustilah!” jawap Jafeena enteng sahaja. Tersedak Maria dibuatnya. Air oren sedang diminum hampir tersembur. Lagi sekali rasa diperbodohkan.

“ Tengok gusti! ceh..mati mati aku ingat kau betul betul tau macam mana orang berlawan..eh, orang bergusti tu berlakon ajelah..mana betul,”bungkam Maria protes. Dicerun kening kesal. Sentiasa sangat diperbodohkan. Mentang mentang dia gadis kampung duduk diperuk pulau. Jafeena suka sukahati mempergunakan perhatian yang diberi. Nasib kawan kalau bukan, sudah dipelangkung tujuh belanga kepala kematu gadis kuat berkhayal itu.

“ Emm..sebab tulah aku kena keluar dari kampung ni..nak tulis novel yang baik kena ada pengalaman banyak..setakat duduk kat kampung ni..sunyi sepiii..tak do orang..apo nak dikato..apa yang aku boleh dapat..orang kampung ni semua baik baik..pagi pergi ladang..tengah hari balik makan..malam pergi surau..esok pagi bangun buat kerja yang sama..mana yang ada mencabar..tak boleh dibuat rujukkan..habis terpaksalah pakai guna apa aku tengok kat tv tu..nak tengok orang bertumbuk..tengok gusti..nak tengok orang berkelahi..tengok cerita cina dan tengok orang bercinta tengok cerita hindustan..nak tengok orang baik baik..tengok cerita melayu..habis novel aku tulis bukan jadi novel aku..jadi cerita tv yang aku tengok..yang kena bodoh kaulah..senang senang percaya cerita aku,” leter Jaffena berbual. Meluah keluhan didada.

“ Kalau macam tu..keluarlah..pergilah kebandar..cari pengalaman,” Maria usulkan cadangan. Masalah Jafeena bukan susah sangat cara penyelesaiannya. Hanya kurang pengalaman.

“ Sebab tulah kali ini aku mesti ikut bapak aku pindah ke Kolumpur,” ujar Jafeena bangga. Sudah ada penyelesaian sendiri. Diteguk air kemudian tersenyum yakin kepada Maria.

“ Apa?” Buat sekian kali Maria terkejut lagi. Kali ini dia berhenti minum lalu menukar kedudukan duduknya. Dipandang tepat kemuka gadis berlesung pipit itu. Minta kepastian.

“ Bapak aku dapat tawaran pertukaran mengajar kat sekolah bandar..kalau dia setuju pindah..apa jadi kali ini aku mesti ikut dia,” jelas Jafeena tegas. Tiada apa pun boleh menghalang kehendaknya kali ini. Ini bukan kali pertama bapanya bertukar sekolah. Sebelum mengajar dikampung sendiri pernah juga bapanya berkhidmat dikawasan pendalaman di Sarawak sana. Kali dulu Jafeena tidak berpeluang mengikut bapa pindah kerana masih kecil. Tapi kali ini tidak akan dilepaskan peluang.

“ Aku tak kisah pasal bapak kau..mesti dia kasi punya..tapi yang aku risau..uwan dengan aki kau.. kasi ke?” Maria pertikaikan rancangan Jafeena. Dia masak sangat kedua datuk dan nenek Jafeena memang sayang bagai manatang minyak yang penuh kepada cucu tunggal seorang itu. Tidak mungkin betah berjauhan. Sedangkan bila Jafeena pergi ke Pekan pun kelam kabut orang tua itu. Apatah lagi berjauhan beribu batu. Kuala Lipis ke Kuala Lumpur bukan dekat sangat. Walaupun sudah ada lebuhraya baru. Mampu sampai dua jam lebih kalau memecut. Pokoknya bolehkah mereka hidup tanpa Jafeena. Sejak kecil lagi Jafeena dibela oleh mereka. Ibu Jafeena meninggal sewaktu bersalinkan Jafeena. Merekalah mengasuh dan mendidik Jafeena sewaktu bapa Jafeena berjauhan mengajar ditempat lain. Hanya kira kira tiga tahun lepas bapa Jafeena baru balik mengajar disitu. Barulah kini dapatlah Jafeena bermanja semula dengan bapanya.

“ Boleh ke tak boleh..aku mesti paksa..aku mesti ikut bapak aku..apa nak jadi pun jadilah..aku mesti!” tekad Jafeena yakin. Tiada siapa boleh menghalang. Dia sendiri sudah ada ura ura bagaimana hendak selesaikan masalah ini.

“ Boleh ke?” Maria yakin tak yakin.

II


“ Kalau kau tak nak kena penyepak..baik kau bagi duit sekarang!” tengking Ah Kong garang. Ditarik keras kolar baju budak lelaki junior itu sehingga terhempas tubuh rapat ke dinding. Terkial kial budak itu cuba menyeluk poket seluar mengeluarkan duit. Tiada pilihan. Badan terlalu kecil untuk melawan. Tubuh Ah Kong sasa lagi berketul ketul. Kesan latihan keras angkat berat selama ini. Tercenggih muka garang cina Low Yatt itu. Semakin sitap mata sepetnya dan timbul tinggi tulang pipi.

“ Sekolah ni ada undang undang..kalau kau nak selamat..kau kena dengar cakap kitorang..ini Akoi & Kuncus geng..tak ada siapa boleh nak kurang ajar..paham!” Herdik Siva pula menunjuk garang. Bagai hendak tersembul keluar jerawat ketuat dimuka. Makin berkilat warna hitam kulit lelaki India itu. Hanya nampak mata bulat dan gigi bersinar keputihan.

“ Kalau tidak mampus ko aku kerjakan,” gertak Leman sambil mengepal penumbuk. Bengis pandangan pemuda Melayu jati anak Kuala Lumpur itu. Antara paling kuat tenaga bila beradu tetapi paling juga yang polos dan lurus dalam kumpulan Akoi.

Terkulat kulat budak lelaki Cina tingkatan empat itu menikus takut. Memandang keempat empat wajah samseng terkenal Sekolah Menengah Tasik Biru. Semua tinggi tinggi belaka badan mereka. Muka tiada belas langsung. Memang penyangak paling digeruni sekolah di dalam Kuala Lumpur

Budak lelaki itu menghulurkan duit kepada mereka. Anuar mencerun kening tidak puashati. Bergerak gerak kumis nipisnya geram. Budak Melayu Cina berasal dari Sabah,  berkulit putih kuning, Kekal setia dengan topi ‘cap’ hitamnya. Ahli kumpulan Akoi paling berotak dan gelaran diberi, ‘super virusble’ oleh semua pelajar. Kemahiran Anuar bukan berlawan tetapi mengodam internet dan paling hebat dalam matematik. Sebab itu dalam kumpulan Akoi, tugas Anuar mengawal dana kumpulan mereka. Walaupun begitu Anuar tak kurang garangnya. Walau muka nampak macam budak terpelajar berpakaian kemas. Kepandaiannya hanya digunakan untuk merancang kerja jahat sahaja.

“ Eh, ko ingat kitorang ni apa..peminta sedekah ka bah..kenapa sikit sangat..satu ringgit aja!” Anuar pula tunjuk samseng. Benci betul kalau mengepau mangsa kedekut.

“ Sorry..abang..ini aje saya ada..tadi sudah pakai duit beli makan waktu rehat,”jawap budak lelaki itu tergagap gagap takut. Kena berhati hati kalau salah cakap nanti hilang gigi. Samseng Akoi & Kuncus memang zalim. Tiada belas kasihan langsung. Bukan setakat Ah Kong, Siva, Leman atau Anuar sahaja yang zalim. Kalau Akoi, ketua kumpulan mereka angkat tangan mahu ke laut tidak sedar diri dibuatnya.

“ Bukak seluar dia!” tiba tiba Akoi keluarkan arahan. Semua menoleh kepada budak lelaki tinggi lampai yang berwajah seakan kecinaan itu pula. Satu satu sahaja muka yang berwajah tenang. Selamba dan sempoi. Tampan pewarakkan tetapi keras dan tajam pandangannya. Nampak baik tetapi penuh muslihat. Kalau orang tak kenal pasti anggap dia paling baik antara ketiga samseng itu. Padahal Akoi adalah yang paling digeruni dan zalim. Ditakuti ramai termasuk juga ahli geng sendiri.

“ Tolong abang..tolong..jangan buat saya macam ini..nanti esok saya bagi lagi duit,” rayu budak lelaki itu angkat kedua tangan menyembah. Kemudian dipegang tangan Ah Kong mengharap belas.

“ Bukak seluar dia sekarang!” perintah Akoi keras. Langsung tidak peduli rayuan budak Cina itu. Ah Kong dan Siva terus mengikut arahan. Leman memegang tangan sementara Ah Kong cuba membuka seluar. Meronta ronta budak itu cuba melepaskan diri.

“ Tolong abang..tolong..okey..okey..tunggu dulu..biar saya ambil sendiri,” jawap budak Cina itu tidak dapat mengelak lagi. Akoi sudah tahu dia menipu. Ada lebihan duit sebanyak sepuluh ringgit yang disorok dalam seluar dalamnya. Ah Kong berhenti dari membukakan seluar. Lalu memandang Akoi minta persetujuan. Samaada mahu bagi lagi peluang atau tidak. Akoi angguk. Terus mereka lepaskan. Tersedu sedu menangis budak itu menyeluk ke dalam seluarnya lalu mengeluarkan sekeping not merah.  Anuar mencebik muka geli. Ah Kong dan Siva terkejut. Tidak sangka sekali bijak budak cina itu menyembunyikan duitnya. Kalau tidak Akoi tahu tentu mereka akan melepaskan bulat bulat begitu sahaja.

Budak lelaki itu terus menghulurkan duit kepada Ah Kong. Serba salah Ah Kong hendak sambut. Geli dan mual. Siapa sanggup pegang benda yang diletak dalam seluar dalam. Entah berapa lama tersorok disitu. Pasti bau duit itu hapak campur hamis.

“ Ambik Siva !” arah Ah Kong pada Vassu.

“ Apa pulak aku..Leman, kau ambik!” tolak Siva  juga tidak sanggup.

“ Ekeleh apa aku pulak,suruh Anuarlah, diakan bendahari,” tuju Leman pada Anuar pula.

“ Ek..apa pulak..main tolak tolak..eh, apa apasal kamu simpan dalam anu hah! kamu ingat kami semua bodoh hah! bangsat betul..kasi susah orang je kamu ni bah!” maki Anuar geram. Sempat disengkelet sedas kepala budak Cina itu . Dengan muka geli di ambil duit itu dengan kepitan jari sahaja. Pantas dimasuk kedalam poket seluarnya.

“ Eh, lain kali ko nak sorok duit jangan kat tempat busuk busuk tau! bodoh!” Siva  pula menyondol jari ke kepala budak lelaki itu.

“ Hum sup!” diikut Ah Kong turut memaki. Budak lelaki itu tidak melawan sekadar tunduk kecut.

“ Tonggong,” tunjal Leman keras ke kepala budak cina itu. Kedengaran sendu tangis macam budak tadika. Sedih kerana duit yang disimpan seminggu itu melayang. Akoi jadi jelek melihat wajah budak lelaki pengecut itu. Menyampah tengok orang mengalah begitu sahaja. Muka minta simpati itu langsung tidak mendatangkan belas.  Sebaliknya tangan dan kaki pula jadi gatal. Minta latihan kekerasan.Tanpa peringatan dan kata kata. Akoi terus sahaja melepaskan penumbuk padu ke muka budak cina itu.

“ Bangang!” maki Akoi kemudian terus beredar. Terkulai budak lelaki cina itu terjelepok pengsan. Ah Kong tersenyum suka. Begitu juga Siva 

, Leman dan Anuar. Kagum dan puashati. Sama sama mereka beredar membuntuti langkah Akoi. Loceng berbunyi tanda waktu berehat sudah berakhir. Masa untuk belajar pula.

“ Woi!” sergah suara lelaki garang. Pantas mereka pandang ditingkat 1 bangunan kelas. Cikgu Airil berwajah masam dan garang .




http://youtu.be/QsFnfNV5Bhs

SINOPSIS 

Akoi ketua ganster dan pelajar bermasalah disekolah. Bersama empat sahabatnya lain, Anuar, Ah Kong, Siva dan Leman, mereka menguasai pelajar dan guru sekolah. Sikap berleluasa Akoi dan kuncunya digeruni bukan sahaja  disekolah tetapi dalam luar. Suatu hari Akoi terjatuh cinta pandang pertama kepada seorang gadis pulus bernama Jafeena.  Demi untuk meraih perhatian Jafeena, Akoi sering mengunakan kaedah membuli untuk menyatakan perasaan cintanya.

Jafeena pula adalah pelajar baru pindah sekolah ,mengikut bapanya Cikgu Rahmat yang merupakan guru disiplin baru disekolah Akoi. Jafeena berimpian menjadi seorang novelis.  Bersamanya ketika itu, dia sedang mencari karektor yang terbaik kepada novel sulung yang ditulis. Pertama kali bertemu dengan Akoi, Jafeena sudah mempunyai tanggapan negatif tetapi dia tidak mampu mengelak dari mendekati Akoi. Jafeena  tertarik untuk mengkaji karektor Akoi sebagai rujukan kepada watak utama novel sulungnya.

Kedatangan Cikgu Rahmat sebagai guru disiplin baru telah terwujud konflik ketegangan dengan Akoi dan kuncu kuncunya pada hari pertama mereka bertemu.  Cikgu Rahmat dapat merasai ‘sesuatu’ dalam diri Akoi yang hampir sama dengan dirinya. Keadaan ini membuatkan Cikgu Rahmat terpanggil untuk memberi perhatian yang lebih kepada Akoi. Kebetulan Cikgu Rahmat perasan Akoi menyukai anaknya, dan bertindak menguna kelemahan ini untuk mendominasi  Akoi agar dia dapat membimbing Akoi kembali ke pangkal jalan. Jafeena berpakat dengan Cikgu Rahmat. Jafeena terpaksa berpura pura bersetuju menjadi kekasih Akoi tetapi dengan meletakkan beberapa syarat agar berubah sikap. Salah satu syaratnya, Akoi harus menerima hukuman yang telah ditetapkan oleh bapanya dengan menjadi anak angkat dan tinggal bersama. Akoi sedar permainan Jafeena dan berpura pura menerima permintaan Jafeena untuk mempermainkan Jafeena kembali. Sejak itu berlaku pelbagai konflik dan buli membuli antara mereka. Akoi terlalu mendesak dan Jafeena terlalu tertekan untuk menerima cinta Akoi.   http://youtu.be/RdrnZsPqTGE