BUDAK JAHAT
BAB
2
Terboyang boyang basikal dikayuh masuk
keperkarangan laman rumah. Tuk Yeh duduk di pangkin bawah pokok jambu tersenyum
senang. Cucu kesayangan sudah pun pulang Bangkit malas mahu menyambut. Menyusur
perlahan basikal terus berhenti ke depan rumah. Jafeena kemudian memangkir
basikal di bawah rumah. Diikuti kemudian kereta Proton Magmar merah hati
menyusur masuk ke laman. Senyum Tuk Yeh semakin lebar. Anak menantu lelaki
tunggal juga sudah balik. Harapan makan tengahari awal bersama satu keluarga
tercapai. Bukan selalu dapat makan bersama. Kalau menantunya sibuk dengan
urusan kokurikulum sekolah. Lewat petang baru pulang. Begitu juga dengan cucu
daranya tak kurang sibuk. Kadang kadang balik cepat kadang kadang lewat. Tidak
menentu. Sebab itu juga mereka anak beranak balik asing asing.
Lepas
tukar baju Jefeena terus ke dapur. Uwan Nek Mah sedang menyenduk gulai lemak
masam patin ke dalam mangkuk. Harum tempoyak membuka selera. Tidak payah
disuruh Jafeena terus mencapai mangkuk nasi lalu pergi menyenduk nasi dalam
periuk elektrik. Semerbak segar bau nasi menguap naik.
Sesudah
menghidang nasi dan lauk Jefeena mengambil
pinggan dan gelas pula ke atas meja. Tuk Yeh dan Rahmat baru selesai
solat jemaah Zohor. Bersama sama melangkah masuk ke meja makan. Berselera
melihat lauk pauk. Gulai masam patin,
ulam timun dan kacang botol yang dicicah dengan budu. Telor dadar tebal buat penambah. Makan
tengahari ringkas sahaja tetapi disebabkan hari panas. Perut kosong dan makan
bersama sama sekeluarga. Lauk macam itu pun sudah cukup mengicah air liur.
“
Timah telefon..minggu depan nak balik,” Uwan Nek Mah buka cerita. Tuk Yeh
sambil menyuap nasi menoleh kepada isterinya. Menarik perhatian juga berita
yang disampaikan. Baru dua minggu lepas anak angkat perempuannya satu keluarga
balik. Minggu ini masih mahu lagi berkunjungan.
“
Baguslah tu..tapi bukannya cuti sekolah..kenapa baliknya?” tanya Tuk Yeh.
“
Dia balik sorang aje..nak bawak Azura adik iparnya sekali,” jelas Uwan Nek Mah.
Riang nadanya. Senyum melerek penuh bermakna. Jefeena tersentak. Tak jadi
menyuap. Melingas pandang ke Uwan Nek Mah di sebelah. Mencerun kening kurang
senang. Tahu sangat kalau neneknya cakap begitu.
“
Bawak bakal mak tiri Jafeena lagi le tu..” Tuk Yeh menjelaskan lagi. Tersenyum
lucu. Tengok wajah cucunya sudah mula mencuka. Rahmat tunduk tekun menyuap
nasi. Riaksinya tetap tenang dan bersahaja. Tiada perasaan suka atau tidak. Ini
bukan kali pertama ibu dan ayah mentuanya mengemukakan calon isteri. Dia pun sudah
lali.
“Elok
lah tu Lee.. kamu dah lama menduda..macam mana? nak mengikut cadangan long
kamu?..si Azura tu pun dah lama menjanda ..kalau nak nikah sesuai sangatlah,”
Uwan Nek Mah mengusul lagi. Tidak jemu jemu memujuk. Sudah lama kepingin
mendapat menantu. Sejak ibu Jafeena meninggal tujuh belas tahun sampai kini Rahmat
masih setia. Kesian melihat menantu yang sudah dianggap seperti anak lelakinya
sendiri itu kesunyian. Umur masih muda. Tiga puluh lapan tahun, rasanya masih
sesuai bernikah lagi. Rugi kalau terusan solo begitu. Walau Jafeena ada menghiburkan.
Tetapi kasih anak tidak akan sama dengan kasih isteri.
Jefeena
menjeling tajam Uwan Nek Mah. Membungkam
muka comelnya membantah. Tuk Yeh tetap tersenyum. Uwan Nek Mah buat tak tahu sahaja. Perasaan
Jafeena tidak diambil kira. Anak gadis itu bukan boleh tentukan apa apa. Yang
paling penting perasaan Razali. Dia harus mempengaruhi anak lelakinya itu
sampai setuju. Sudah terbayang wajah calon menantunya. Biarpun gelap hitam
manis orangnya. Tetapi dengar dari
cerita Timah, Azura pandai menjahit dan memasak. Sangat sesuailah dengan Rahmat.
Mengharap masakan isteri baru nanti
boleh membela balik tubuh kurus kering menantunya itu.
“
Lee nak beritahu mak dan abah sesuatu..” Rahmat baru bersuara. Sudah berhenti
menyuap. Serius memandang ke dua ibu bapanya. Lama difikirkan tadi. Rasa waktu
begini lebih sesuai diutarakan suara hati. Tuk Yeh dan Uwan Nek Mah sama sama
berhenti makan. Begitu juga dengan Jafeena. Beri perhatian kepada bapanya.
“
Kamu setuju le..” Uwan Nek Mah cuba
menduga. Merona wajah ibu tua itu riang mengharap. Rahmat rasa semakin serba
salah. Jafeena berdebar debar bimbang. Dalam hati berdoa semoga bapanya tidak
bersetuju. Dia tidak mahu beribu tiri.
“ Tak ..bukan hal tu..Lee sebenarnya dah buat
keputusan terima tawaran tukar mengajar sekolah di Kuala Lumpur ..” jelas Rahmat jujur.
Uwan
Nek Mah tergamam. Tuk Yeh terpana. Bibir Jafeena sahaja melakar senyum. Yes!!
lonjak hati Jafeena riang.
II
Cahaya
petang sore melabuh sinar. Menyusup masuk melalui langsir jarang hitam bilik lapuk
rumah kedai sewaan Akoi terletak tengah tengah Bukit Bintang. Sibuk kelihatan keempat sahabat itu mengira gira DVD dan VCD cetak rompak yang
baru sampai. Di tepi sudut bilik ada lelaki cina gemuk. Memakai baju kemeja
Hawai kemerahan terbuka tengah. Menampakkan
perut buncit busai. Sedang duduk bersimpuh sepah. Berdecing decing bunyi gelang emas ditangan
berlaga laga dengan cincin batu arkid semasa mengira not not berwarna. Dibibir
tersisip rokok. Sambil menghisap sambil mengira duit hasil keuntungan jualan
DVD dan VCD beberapa minggu lepas.
“
Stok lama aje Tai Lo..tak de cerita baru ke..x-rated pun tak de gambar baru?
Tegur Ah Kong sambil memasukkan inlay cd kedalam sarung plastik. Sementara
Anuar disebelah pula membantu memasukkan satu persatu cd disk ke dalam sarung
plastik mengikut inlay cerita.
“ Susah sikitlah sejak akhir akhir ni..supplier banyak kena
rate..lu jual dulu apa yang ada..” Tailo bagi alasan. Memang ramai pengedar
besar sudah kena tangkap. Tapi bukan dia tidak mampu mendapat bekalan. Cuma
malas hendak layan sangat permintaan. Janji bahan yang dibawa berjaya dijual.
Sebagai orang tengah dia tidak
menanggung kerugian. Kerjanya hanya mengedar kepada penjual sahaja.
“
Customer komplen nak tengok cerita wayang baru..asyik bagi cerita lama diorang
tak minat.,” Anuar mengadu pula. Tangan lincah mengira CD yang sudah siap
bungkus kemudian mengasingkan mengikut cerita. Akoi disebelah turut membuat
kerja yang sama.
“
Ya ka..betul ke Akoi..” tanya Tai Lo pada Akoi cuba memastikan aduan Anuar itu
betul ke tidak. Bukan tidak percaya hanya suara Akoi sahaja mahu diguna pakai.
Dia memang pandang tinggi ketua samseng sekolah itu. Pengaruh anak muda
berwajah keras itu sahaja mampu menghimpun budak budak remaja liar lain menjadi
pengikutnya. Agar boleh dibalacikan sebagai pemasar bergerak dalam pasaran
gelap VCD dan DVD cetak rompaknya.
“
Emm..cari stok barulah..kalau tidak nak kena tanya orang dalam panggung
wayanglah,” jawap Akoi sependapat dengan
Anuar. Cuba
juga bagi cadangan lain supaya Tai Lo ambil berat masalah penjualan. Biarpun
mereka tidak perlu bimbangkan pasal kos percetakkan. Gaji mereka dari hasil penjualan sahaja.
Kalau barang tidak laku bermakna mereka akan berterusan berhutang dengan orang
tengah seperti Tai Lo.
“
Boleh tapi itu gambar tak lawa..senget senget..orang komplen jugak..” Tai Lo
bagi alasan. Bukan tak setuju tetapi taktik begitu sudah tidak popular lagi.
Sudah banyak kali stok telah dipulangkan semula kerana kualiti gambarnya teruk.
“Dari
gambar lama lagi tak laku..” bidas Akoi. Sama juga keputusannya. Mereka tetap
kerugian. Dia tahu apa orang seperti Tai Lo fikirkan. Hanya pentingkan diri.
Tidak akan ambil peduli masalah orang lain. Tahu untung sahaja. Biarpun mereka sudah lama kenal. Dia tetap
kena berhati hati dengan orang seperti Tai Lo. Licik dan penuh muslihat. Kalau
tidak sebab hutang lapuknya dengan Tai Lo dia tidak perlu menghamba diri
menjual bahan cetak rompak secara haram. Kalau tersilap langkah mereka boleh
kena tangkap dengan penguat kuasa.
“ Yelah Tai Lo..bisness kita kena tiau sama
budak kumpulan Abas Punk..diorang semua selalu ada stok baru ..susahlah mahu
lawan dengan kumpulan diorang,” disokong Siva turut mengadu. Punca lain
penjualan merosot sejak akhir akhir ini.
Kalau tak sebab ada persaingan. Tiada apa perlu mereka bimbangkan. Tapi
Abas Punk adalah satu satu musuh ketat mereka yang selalu dibimbangkan.
Pengaruh Abas boleh tahan juga berbanding Akoi. Mereka suka main kotor. Suka
berebut kawasan jualan. Pantang kalau mereka bertembung pasti akan berlaku
petempuran. Bagaimana pun mereka belum mampu menewaskan geng Akoi. Kekuatan
kumpulan Akoi & Kuncus terletak diakal Akoi sendiri.
“
Okey okeylah..lu jangan risau nanti wa cari stok baru..” Tailo terpaksa bagi
jaminan. Bila alasan membabitkan kumpulan Abas bermakna dia tidak boleh ambil
sambil lewa. Kalau Abas menguasai jualan dia sendiri akan susah. Pembekal Abas
juga adalah pesaingnya juga.
III
Jafeena
sedang mengadap komputer. Ayat seterusnya tergantung seketika. Fikiran kembali
teringat sewaktu makan tengahari siang tadi. Dia tersenyum senyum sendiri. Lega
dan teruja.
Nasib
baik abah bukak topik tukar sekolah ..tutup terus cerita nenek nak kenenkan
abah..asyik aje nak kahwinkan abah..Mak Long pun satu tak habis habis asyik carikan
calon untuk Abah..tak suka betul. Syukurlah abah ambik tawaran itu..mesti
mencabar duduk kat K.L nanti..banyak maklumat..tak boleh jadi! Aku mesti pujuk
abah supaya bawak aku sekali pindah..mesti! bisik hati Jafeena bertekad.
Dia
terus menekan tetikus komputer ke‘exit’dan ‘save’ fail. Lepas mematikan
komputer Jafeena keluar bilik. Waktu malam begini pasti abahnya berada di
serambi. Sedang menyemak kerja kerja sekolah pelajar. Dia mahu mengguna peluang
yang ada untuk memujuk abahnya. Sewaktu melalui bilik uwan dan aki, Jafeena cuba
perlahankan langkah agar derap bunyi lantai papan rumah tidak berbunyi. Takut
nanti menganggu tidur mereka. Tiada cahaya dari bawah pintu bilik. Jafeena
yakin Uwan dan Tuk sudah lama berlabuh.
Di
kesamaran cahaya lampu meja tulis ditepi sudut serambi Jefeena nampak abahnya
masih tekun bekerja. Menyemak kerja kerja sekolah pelajarnya. Hati berbunga
harapan. Waktu waktu begini memang sesuai sekali misi dilaksanakan. Perlahan
dia menghampiri Rahmat lalu berdiri disisi. Dia memerhati tanpa bersuara.
Rahmat
perasan Jafeena berada disebelah tetapi dibiarkan sahaja. Dia tahu apa yang
diinginkan anak gadis itu. Kalau tidak masa kan tengah malam buta begitu anak dara itu
belum tidur lagi. Pasti ada berkaitan dengan hal tengahari tadi.
Jafeena
masih tidak terus menegur. Tengah berkira kira. Tengok abahnya khuyuk sahaja
menatap kerja bagai tidak perasan kedatangannya. Buat Jafeena serba salah.
Takut menganggu pula. Paling tidak pun nanti abahnya akan buat tak tahu sahaja
pemintaannya.
“
Cakap ajelah apa yang Feena tak puas hati?” tegur Rahmat tiba tiba bersuara.
Tanpa menoleh cuma mengerling sepintas lalu dengan secebik senyuman. Melihat
anak daranya terkulat kulat disebelah. Tak sampai hati tidak
memperdulikannya.
Jafeena
agak tersentak. Abahnya berteguran begitu. Macam tahu apa tersirat di dalam
kepala otaknya. Sangka orang tuanya tidak sedar kedatangannya tadi.
“ Mana tau ni,” tanya Jafeena tersenyum lega.
Terus menarik kerusi lalu duduk mendekati sebelah Rahmat. Bagai pucuk dicita
ulam mendatang. Memandangkan abahnya terlebih dulu membuka ruang. Nampak
memudahkan usulan yang mahu diutarakan sebentar lagi.
“
Kamu tu kan anak abah ..apa kehendak kamu ..kemahuan kamu semua abah tahu..apa
dalam fikiran kamu pun abah boleh agak..cakap aje,” jawap Rahmat lagi. Makin meleret senyuman tanpa mengalih
tumpuan. Mengerti sangat dengan ragam manja anak dara seorang itu. Kalau
mengulat begitu pasti ada pekara yang dimahukan.
“Telepatilah
tu konon..kalau abah tahu tak payahlah Feena bagi tahu..abah cuba teka apa
Feena fikirkan,” cabar Jafeena berseloroh. Memang dipuji itulah kelebihan
bapanya. Cekap peka dengan perasaan orang lain. Tak perlu dinyatakan tapi
terlebih dahulu bapanya mampu merungkai sebarang maksud yang terselindung. Kadang
kadang Jafeena merasakan bapanya macam doctor psikologi. Kalau bapanya memilih bidang kedoktoran pasti
boleh berjaya menjadi doctor pysktris. Kerana kelebihan itulah juga abahnya
menyandang jawatan guru disiplin disekolah. Mengendali pelajar yang bermasalah.
Rahmat
melingas memandang Jafeena. Terhenti seketika tangan menulis. Tidak segera dia
menjawap sebalik mencerun kening. Pen ditangan ditunding ke muka Jafeena.
Membuat mimik muka seperti menilik.
Terkekek anak gadis itu ketawa. Lucu melihat muka abahnya lakonkan macam
nujum pak belalang. Sudah lazim hubungan mereka anak beranak itu akrab seperti
kawan baik. Bergurau senda mesra. Kalau orang lain tidak kenal, melihat mereka berdua bila berjalan sama tentu
menyangka pasangan kekasih. Tambah Rahmat masih muda belia. Siapakan sangka
punya anak remaja sudah mengunjai tinggi seperti Jafeena.
“
Kamu..kamu.. hah! kamu nak suruh abah jangan terima tawaran perkahwinan Mak
Long kamu aturkan dan kamu nak ikut abah pindah ke Kuala Lumpur kan,” teka Rahmat
yakin sambil menyentuh hidung Jafeena dengan pen tadi. Sebenarnya dia tahu
sangat apa main dalam otak anak gadis ciliknya itu. Tidak payah dijelaskan dari
riak wajah manja itu sudah terpancar maksud sepenuhnya. Dari dulu Jafeena ingin
mengikutnya kalau dia berpindah sekolah lagi.
“
Eii..terrornya abah,” lonjak Jafeena riang. Tepat sekali tekaan. Nampaknya
harapan semakin dalam genggaman. Bak bola datang bergolek.
“
Pasal hal Mak Long tu abah dah buat keputusan..tak payah Feena tolong pujuk
lagi..tapi pasal Feena nak ikut abah tu kena bincang dengan Aki dan Uwan dulu,”
Rahmat terlebih dulu sudah ada keputusan sendiri. Tidak perlukan lagi bujukan
Jafeena. Keputusan diambil setelah lama difikirkan. Tapi tentang pemindahan dia
tidak mampu membuat keputusan. Terpaksa
diserahkan kepada kedua orang tuanya.
“Kalau
abah.. bagi tak Jafeena ikut?” soal Jafeena. Lebih berminat kalau bertanyakan
pendapat abahnya dulu. Baginya jawapan
abahnya lebih penting berbanding uwan dan akinya. Bukan bermaksud membelakangi
mereka. Cuma pendapat abahnya bagai satu kekuatan alasan bagi menyakinkan kedua
uwan dan Tukyang tidak rela melepaskan dia pergi.
“
Abah tak kisah..kamu pindah sekali atau tidak..tapi kamu kena faham perasaan
atuk dan uwan kamu..mereka dah lama membesarkan kamu..mesti berat hati kalau
berpisah..sebab tu apa apa pun kita kena utamakan mereka dulu,” jelas Rahmat.
Memberi pendapat yang sama adil. Sungguhpun tidak keberatan membawa Jafeena
bersama namun dia ingin mendidik Jafeena agar tidak mementingkan diri. Perasaan kedua ibu bapanya harus diambil
berat.
Jafeena
gamam.
No comments:
Post a Comment