Monday, 26 January 2015
BUDAK JAHAT
BAB 4
Jafeena merenung wajah ke dalam cermin. Bengkak mata dan sembab mukanya. Ini semua gara gara kejadian malam tadi. Luluh dan hampa bila mengenangkan kehendak hati tidak dituruti. Ternyata Uwan dan Atuk degil sekali. Puas Jafeena memujuk namun mereka masih enggan membenarkan dia pergi. Apa lagi iktiar yang ada. Kasih sayang uwan dan atuk kepadanya terlalu melambung tinggi. Sehingga dia menjadi tebusan dalam limpahan kasih sayang itu. Jafeena kebuntuan akal. Paling mengecewakan bapanya langsung tidak mahu membantu menyakinkan kedua uwan dan atuk. Hanya dia sahaja bersungguh sungguh memujuk pada malam itu. Bapanya disebelah diam jadi pemerhati sahaja. Geram hati Jafeena bila memikirkannya.
“ Bukan Atuk tak bagi kamu ikut abah kamu..Cuma kamu tinggal berdua disana..makan minum abah kamu seorang mengurus ni tambah kamu kan membebankan dia lagi, baik kamu duduk dengan Atuk dan uwan..disini hidup lebih terurus,” alasan Tuk Yeh
“ Ada Feena lebih menyenangkan abah..Feena bukan budak kecil lagi..Feena dan tujuh belas tahun..selama ini Feena tolong uwan masak dan kemas rumah..atukjanganlah buat buat alasan lagi..Feena tahu Atuk tak bagi Feena ikut abah pindah ke bandar..sebab tu atukbagi macam macam alasan menghalang Feena,” bidas Jafeena berani.
“ Sudahlah jangan cakap banyak lagi..pokoknya kamu jangan pindah..tinggal disini tinggal dengan atuk dan uwan sahaja,” Aki tetap degil memberi arahan.
Jafeena mengeluh kecewa. Bait bait perbincangan semasa makan malam tadi mengulang gulang dalam ingatan. Atuk memang susah hendak dibawa berbincang. Sengaja mengelak.
Uwan Nek Mah menghidang sarapan pagi. Tuk Yeh pula sudah melabuh punggung di kerusi meja makan. Menanti minuman pagi . Rahmat baru keluar dari bilik. Sudah bersiap untuk pergi kerja. Sebelum melewati ke dapur Rahmat singgah sekejap ke bilik Jafeena. Dia menjengah dari pintu tetapi tidak jadi memanggil kerana melihat Jefeena sedang bertelegu menung didepan cermin. Rahmat tersenyum. Faham apa yang sedang dimenungkan anak gadisnya itu.
“ Jangan lama sangat mengelamun..cepat sarapan!” tegur Rahmat sengaja mengejut lamunan Jafeena.
Melingas Jafeena menoleh ke pintu kerana terperanjat dengan teguran Rahmat. Melihat senyuman abahnya seperti mengejek menjadi wajah Jafeena mengerut tidak puashati.
“ Tak nak..Feena tak ada selera..Feena nak pergi sekolah dulu,” jawap Jafeena merajuk. Bingkas bangun mengambil beg sekolah di penjuru bilik. Rahmat mengeleng kepala sahaja. Jafeena melangkah keluar bilik beriring dengan bapanya menuju ke dapur tetapi langkah Jafeena terhenti seketika. Dia terfikir sesuatu. Tindakan Jafeena itu turut membantutkan langkah Rahmat.
“ Kenapa Feena?” tanya Rahmat hairan.
“ Abah, Feena pergi sekolah dululah,” elak Jafeena. Rasa tidak kesanggupan berdepan dengan Atukdan Uwan. Kekecewaan didada masih belum berbendung.
“ Ialah kut ye pun pergi salam dengan Atuk dan Uwan dulu,” suruh Rahmat
“ Tak nak..Jafeena ikut pintu serambi aje,” tolak Jafeena sengaja mahu menunjuk protes. Walaupun cara itu tidak sepatutnya tetapi Jafeena ini sahaja cara yang paling berkesan. Menunjukkan kekerasan diri.
“ Feena..” seru Rahmat tidak setuju cara Jafeena begitu. Merajuk dan membawa diri bagi menunjukkan rasa ketidak puashati sehingga membelakangkan adab dan kesopanan yang dititipkan sejak kecil.
“ Feena tahu apa abah nak cakap..memang cara Feena ni nampak tak sopan..tapi tolonglah abah memahami Feena..Feena tak kisah kalau abah tak mahu menyakinkan Atuk dan Uwan melepaskan Feena ikut pindah dengan abah tapi sekurang kurang abah hormati perasaan Feena sekarang ni..bagi Feena masa untuk menerima kekecewaan dengan hati terbuka,” pinta Jafeena mengharap. Terlebih dahulu dapat membaca tanggapan Rahmat terhadap niatnya. Bukan maksudnya bersikap biadap cuma dia memerlukan ruang untuk bermahasabah diri. Mungkin juga memberi ruang kepada Atuk dan Uwan memahami kekecewaan hatinya.
Rahmat memandang wajah anak gadis tunggal untuk sekian kali. Terbit simpati melihat wajah sembab dan mata yang bengkak itu. Hening dimata bular itu jelas menunjukkan kesedihan. Dalam keadaan emosi Jafeena sebegitu tiada guna juga dia memaksa. Rahmat membalas dengan mengangguk tanda memahami.
Jafeena salam dan mencium tangan Rahmat sebelum melangkah arah bertentangan ke serambi. Rahmat geleng kepala sekali lagi melihat Jafeena pergi. Setelah Jafeena melepasi serambi baru Rahmat kembali meneruskan langkah ke dapur.
“ Mana Jafeena Mat?” tanya Tuk Yeh sebaik sahaja Rahmat duduk bersebelahan dengannya.
“ Dia dah pergi sekolah dulu,” jawap Rahmat jujur. Nasi lemak yang sudah disenduk Uwan Nek Mah terus dijamah.
“ Hai..kenapa tak sarapan dulu,” tanya TukYeh saja buat buat hairan. Walhal dia sudah tahu Jafeena sengaja mengelak diri.
“ Merajuklah tu sebab tak dapat kehendak hati,” ujar Uwan Nek Mah lebih jujur mengulas.
“ Bukan abah tak kasi dia ikut kamu tapi kamu faham fahamlah dibandar tu ada macam macam pekara buruk dari baik..walaupun kamu ada menjaga dia tapi jadi penjaga tunggal bebannya lebih berat berbanding kalau penjaga ibu dan bapa..sedangkan pasangan ibu bapa pun tak larat dengan tanggungjawap ni macam mana kamu seorang nak uruskan di sana,” ujar TukYeh lagi cuba menyakinkan Rahmat. Tidak mahu disalah erti oleh Rahmat. Niatnya menghalang Jafeena mengikut Rahmat pindah kebandar untuk kebaikan bukan kerana mementingkan diri. Biarpun dia sudah menyatakan pendirian jujur kepada niat Jafeena tetapi dia sedar Rahmat lebih berhak menentukan pekara itu. Memandangkan Rahmat sejak semalam diam sahaja tidak memberi apa apa pendapat maka kerana itu dia merasa berpeluang menguasai keadaan.
Rahmat sekadar memandang bapanya dengan senyuman sahaja sebelum menyuap nasi kedalam mulut.
“ Itulah dulu lagi mak dah cakap carikan Jafeena tu mak tiri kamu tak nak..bila kena pindah terpaksa hidup membujang sendiri lagi..sekurang kurangnya kalau kamu menikah lagi boleh bawa Jafeena sekali, terurus sikit hidup bila ada rumahtangga,” giliran Uwan Nek Mah memulang paku keras pula. Menguatkan lagi pendapat suaminya. Seperti Tuk Yeh dia juga keberatan untuk berpisah dengan Jafeena.
Rahmat berhenti menyuap. Dia tidak terus menjawap.Air basuh tangan dicapai lalu dibasuh tangannya. Sapu tangan dikocek kemudian diseluk keluar. Selepas mengelap tangan cawan berisi kopi yang dituang Uwan Nek Mah tadi dihirup tertip.
“ Mat faham mak, abah..masalahnya sekarang bukan dari Mat tapi berkaitan dengan masa depan Jafeena.. anak burung suatu hari bila dah besar akan terbang keluar sarang mencari makanan sendiri” balas Rahmat membidas dengan wajah acuh tak acuh sambil meletak cawan ke piring semula.
Kata kata Rahmat menyentap pandangan Tuk Yeh dan Uwan Nek Mah. Mereka berpandangan sesama sendiri. Jelas sekali terasa disindir.
“Mat pergi kerja dulu mak, abah,” pinta Rahmat beredar segera sebelum sempat bapa dan maknya membalas jawap lagi.
II
Akoi bersama sama Anuar, Ah Kong dan Siva beriring jalan dengan angkuh memasuki perkarangan sekolah. Pelajar lain sudah dua puluh minit tadi masuk bermula kelas. Tanpa rasa bersalah mereka melepasi pengawasan pengawas yang bertugas didepan pagar sekolah. Amit dan Samad, pengawas yang bertugas hari itu terpaksa melepaskan mereka begitu sahaja. Tiada guna mereka ditahan. Samseng sekolah itu begitu berkuasa. Guru didalam sekolah itu tidak berkuasa menghalang mereka apatah lagi mereka berpangkat pengawas sahaja. Keberanian tidak cukup melawan mereka. Tenaga dan kederat mesti ada setimpal. Kalau setakat menguna pengaruh dan kuasa tidak akan berjaya mengatasi mereka. Kalau digunakan juga setakat boleh disekolah sahaja tetapi samseng geng Akoi tidak akan membiarkan kesudahan begitu sahaja. Sehingga ke lubang cacing sanggup dikejar siapa yang berani mencabar mereka. Sekolah Menengah Tasik Biru itu sudah beberapa kali bertukar guru disiplin dalam masa dua tahun ini. Semua tidak tahan bertugas disekolah itu. Guru disiplin yang terkini baru sahaja berpindah ke utara seminggu yang lalu.
“ Aku dengar minggu depan guru disiplin baru akan sampai,” Anuar membuka cerita tiba tiba. Entah kenapa semasa melintasi pagar tadi mengingatkannya berita kurang menarik ini Siva dan Ah Kong sama sama melingas memandang Anuar. Tertarik mendengar berita Anuar sampaikan. Akoi tetap berwajah bersahaja. Tiada riaksi. Berita begitu hanya biasa biasa.
“ Alah, kalau sepuluh guru disiplin dihantar kementerian ke sekolah ni apa yang boleh dia buat..geng Akoi bukan diorang punya lawanlah,” angkuh Ah Kong mendabik dada.
“ Cikgu Airil yang besar badan macam gajah tu pun dah lari pindah sekolah lain..baru setahun dihantar mengajar kesini tapi..tengoklah..cabut macam lipas kudung bila kena penangan geng kitaorang kan,” Siva turut bermegahan. Mana mungkin dia melupakan saat indah ketika dia dapat menendang perut guru muda bertubuh gempal itu. Dendam yang terlunas kerana kesilapan mendenda mereka lewat datang sekolah semasa perhimpunan sekolah. Seperti kebanyakkan seteru mencari pasal, Cikgu Airil yang berlagak bagus itu telah menerima padah dari mereka. Malam sebulan lalu mereka satu kumpulan membelasah guru disiplin. Diluar kawasan berdekatan perumahan tempat tinggal guru itu. Dua minggu cikgu Airil ditahan hospital kerana patah kedua belah tangan. Kejadian belasah cikgu Airil menjadi kes polis. Oleh kerana cikgu Airil memberi kenyataan tidak dapat melihat jelas wajah ahli samseng yang membelasahnya maka tiada tangkapan dapat dilakukan. Kes tergantung begitu sahaja. Siva tahu kenapa cikgu Airil berbohong. Semua kerana dipaksa. Kalau tidak sebab gambar lucah cikgu Airil yang ambil bersama gadis upahan. Mereka yang merangka perangkap itu sebelum kejadian membelasah. Mengunakan gambar fitnah itu sebagai perisai mereka.Akhirnya kerana tidak tahan dibuli oleh geng mereka cikgu Airil berpindah sekolah kemudiannya.
Akoi hanya senyap tidak memberi perhatian perbualan kawan kawannya. Dalam otak hanya memikirkan kejadian di pub Hubby. Pedih hatinya melihat ibunya terbaring pengsan dengan luka parah dilantai pub akibat dibelasah oleh Tony si lintah darat . Sakit hati dan geram dia ketika mengangkat ibunya dan membawa pulang rumah. Setiap kali pun akan berlaku perkara yang sama. Bukan marah kerana ibunya terjebak dalam hutang. Benci kerana sikap kenaifan ibunya. Sehingga sentiasa menjadi mangsa kejahatan orang keliling. Hanya ada satu penyelesaian sahaja. Freddy yang menjadi dalang disebalik masalah ini harus dicari segera.
Akoi menghentikan langkah.“ Ah Kong, kau tahu tempat Si Meng tak?” tanya Akoi tiba tiba bersuara.
Yang lain terhenti berjalan. Melingas kesemua mereka menoleh kearahnya dengan wajah hairan. Kenapa Akoi tiba tiba bertanyakan tentang balaci Tony si lintah darat kawasan hulu Bukit Bintang. Semua tahu Si Meng juga sekutu dengan geng Abas. Sedangkan ketika ini topik yang dibincang langsung tidak berkaitan.
“ Ada apa Akoi tanya pasal Meng?” soal Anuar bertanya. Herot dahi hairan.
“ Aku nak cari Freddy,” Akoi terus nyata niatnya sebenar.
“ Oh..aku faham kau nak cari Freddy pasal hal mak kau kan,” Ah Kong sendiri mengulas. Sudah lama dia mengetahui tentang hubungan ibu Akoi dengan lelaki serani penjaga pusat games Lot Meng yang selalu dikunjungi. Sering sangat dia melihat ibu Akoi bertandang disitu. Dari gaya mesra mereka bila bersama Ah Kong sudah dijangka. Perhubungan ibu Akoi dengan Freddy itu bukan setakat teman biasa.
“ Setakat mana kau tahu pasal mak aku dengan Freddy tu?” soal Akoi kepada Ah Kong. Terkejut juga Akoi bagaimana Ah Kong tahu mengenai Freddy. Sedang kejadian semalam tidak pernah didedahkan kepada rakan rakannya itu. Ada rasa kurang senang juga bila mendengar hubungan ibunya dengan Freddy memang sudah terdedah. Pasti kawan kawannya lain turut mengetahuinya.
“ Dah lama tahu..cuma..aku tak tahu seserius mana hubungan mak kau dengan Freddy..hari hari dia lepak kat pusat games dengan Freddy,” jelas Ah Kong selamba. Tanpa mengesyaki sesuatu telah berlaku. Alang kepalang Akoi sudah ketahuan baik sahaja dia berjujur mengaku tahu. Dia yakin Akoi tidak tersinggung kalau pekara itu didedahkan.
Akoi terdiam. Cuba membuat kesimpulan penjelasan Ah Kong itu. Mungkin dia terlebih fikir sedangkan Ah Kong dan kawan kawan lain tidak tahu tentang apa yang berlaku dengan ibunya.
“ Mak kau kena apa kali ini Akoi?” Tanya Siva ambil berat.
“ Tak ada apa,” jawap Akoi berahsia. Enggan berkongsi masalah peribadinya dengan kawan.
Siva tidak bertanya lagi. Dia memandang Ah Kong dan mengangkat kening kepada pemuda cina itu. Tanda isyarat mereka memahami dan tidak akan masuk campur. Mereka masak sangat apabila Akoi berjawap begitu. Walaupun mereka tahu sesuatu sedang berlaku kepada Akoi dan ibunya.
“ Freddy masih ada kat Lot Meng?” Tanya Akoi kepada Ah Kong.
“ Semalam masih ada..tapi aku dengar dia nak ke Hadyai hari ini..tak salah aku dengar dia naik bas tengahari ini,” jawap Ah Kong. Tahu serba sedikit maklumat tentang Freddy. Kebetulan dia terdengar Freddy berborak dengan taukeh kedai games semalam. Dia tidak menyangka kebetulannya itu menjadi satu maklumat penting kepada ketua kumpulannya itu. Dia yakin Akoi ada urusan penting dengan lelaki serani itu.
“ Korang masuk kelas dulu,” suruh Akoi tiba tiba dan terus berpusing dan patah balik keluar sekolah. Dia berlari meninggalkan kawan-kawannya begitu sahaja. Ah Kong, Siva dan Anuar sama sama terkejut.
“ Eh, Anuar, Siva, kau masuk sekolah aku pergi ikut Akoi,” suruh Ah Kong pula. Dia berpusing dan mengikut Akoi meninggalkan Siva dan Anuar. Hatinya tidak sedap menbiarkan Akoi pergi mencari Freddy sendirian. Dia yakin ada sesuatu pekara tidak baik bakal berlaku kepada Akoi.
Siva garu kepala dan Anuar mengerut dahi keliru. Melihat kedua rakan mereka sudah beredar pergi. Siva memandang Anuar dan begitu juga Anuar. Tanpa berkata kata apa apa tetapi masing masing memahami. Siva hanya gerak kepala mengajak Anuar beredar. Mereka terus berpusing patah balik keluar sekolah mengikut Ah Kong dan Akoi. Mereka juga tidak mahu terlepas dari apa apa yang berlaku.
III
Tuk Yeh serba salah. Jafeena betul betul merajuk. Makan pun tidak dijamah. Hanya minum air masak sahaja. Anak dara itu langsung tidak bertegur dengannya. Nek Mah pun turut merasakan runsing. Wajah Jafeena kelihatan pucat dan tidak bermaya. Kalau terusan dibiarkan dia kuatir Jafeena jatuh sakit pula. Nek Mah merasakan diri keterlaluan. Bukan salah Jafeena menuntut untuk berhijrah bersama dengan bapanya sendiri.
“ Awak fikir apa?” tanya nek Mah kepada Tuk Yeh. Mencari kepastian sama ada Tuk Yeh juga sependapat dengannya.
“ Entahlah,” jawap Tuk Yeh mengembalikan persoalan itu semula kepada isterinya. Dia sendiri tidak berani membuat kesimpulan sendiri. Hakikat mereka harus melepaskan Jafeena mengikut Rahmat ke Kuala Lumpur. Lambat laun Jafeena tetap membesar dan berdikari sendiri. Bak seperti dikatakan oleh Rahmat tempohari. Waktu itu sudah hampir sampai. Keterlaluan mereka sebagai orang tua menghalang kebebasan Jafeena. Lagipun Jafeena bukan bersendirian di bandar tetapi mengikut bapanya bertukar sekolah. Mereka tidak berhak menghalang kedua anak beranak itu bersama. Beberapa tahun dulu mereka pernah berpisah. Tidak sampai hati melihat mereka berpisah lagi.Tuk Yeh rasa diri tidak bersikap adil.
Tuk Yeh menghirup teh yang dihidang isterinya tadi. Nek Mah pula duduk di kerusi rotan sebelah dengan wajah kebuntuan. Angin malam bertiup sepoi bahasa. Mereka sedang berehat diluar balkoni. Balik dari mesyuarat disurau tadi dia terus duduk dikerusi malas kegemarannya. Nek mah seperti biasa akan menghidang minuman kegemaran suaminya itu.
“ Bila Mat pindah?” tanya Aki.
“ Ahad ni,” jawap Nek Mah lemah. Mengingatkan hari perpisahan dengan anak lelaki tunggalnya itu yang semakin hampir menekan perasaan.
TukYeh mengangguk faham.
“ Saya berat hati berpisah dengan… tapi,” keluh Nek Mah cuba meluahkan kebukuan dada.
“ Dah memang kerja Mat begitu..nak buat bagaimana, kenalah awak faham,” Tuk Yeh cuba memujuk Nek Mah. Dia faham perasan isterinya. Sekian lama mereka berharap Rahmat tinggal bersama mereka sekeluarga dan tidak berjauhan lagi selepas habis mengajar di Sarawak dulu. Namun hanya bertahan tiga tahun sahaja. Sekali lagi menantu kesayangan mereka harus berpergian.
“ Itu saya tahu tapi hal Jafeena yang pening kepala mikirkan..budak tu keras hati, kalau itu katanya..itu le, awak fikir macam mana? Nak bagi dia gikut bapa dia?” balas Nek Mah menjelaskan apa yang difikirkan sebenarnya. Kebuntuan kesan dari sikap protes Jafeena. Dia faham sangat apabila Jafeena memberontak. Anak itu sanggup lakukan apa sahaja untuk menunjukkan ketegasan diri.
“ Kalau ikut hati kita memang tak bagi,” jawap Tuk Yeh turut merasakan tempias kebuntuan Nek Mah.
DEBUK! Bunyi sesuatu jatuh kuat di lantai kayu atas serambi tiba tiba. Memeranjatkan Tuk Yeh dan Nek Mah.
“ Mak, ayah! Feena pengsan,” suara Rahmat memekik memanggil dari dalam rumah.
“ Astaghafirullah halazim,” ucap Tuk Yeh sambil bersama Nek Mah bergegas bangun masuk kedalam rumah.
Sunday, 4 January 2015
BAB
3
Dibelakang
lorong. Celah bangunan antara Lot 10 ke Planet
Hollywood sedang berlaku kekecohan. Geng Akoi dan geng Abas sedang bertempur.
Tanpa senjata tajam tetapi beradu tenaga dengan kekuatan kaki dan tangan. Punca
bukan kerana satu macam tetapi banyak pekara mengundang dendam. Petang itu
bukan pertama dan bukan kedua. Bukan juga hari penentuan. Pertempuran kebiasaan
demi menegakkan siapa kuat dan siapa paling berpengaruh. Kalau berjaya geng
Akoi membelasah teruk geng Abas, maka satu bulan kawasan tengah Sg. Wang
menjadi tempat hak penjualan DVD haram mereka. Sudah memang itulah pertaruhan
mereka sebelum bertarung tadi.
Sekali
terjah sepakan Akoi ke punggung lawan, melayang melanggar lawan lagi satu
didepan. Akoi tak berlengah disiku pula perut kuncu Abas disebelah tepi
kanannya. Kemudian diasak pula tumbukan padu ke dada kuncu Abas yang berada
dihadapan. Tangkas sekali gaya
berlawan Akoi. Semua terkena merengkok badan menahan kesakitan. Siva dan Ah
Kong tidak kurang hebat. Kuncu kuncu Akoi seramai sepuluh orang sahaja. Masih
tegap melawan dan menyerang tetapi kuncu Abas seramai dua puluh orang hampir
separuh sudah tumbang dikerjakan. Anuar
tidak terlibat sama hanya memerhati ditepi sudut bangunan. Bukan tidak mahu
campur cuma malas hendak kotorkan baju dibadan. Lelaki yang mementingkan
penampilan seperti Anuar tidak gemar berlasak. Bukannya takut atau tidak pandai
bertumbuk. Baginya kerja macam itu buang masa. Baktinya kepada geng Akoi lebih
baik ditumpukan sepenuhnya sebagai bendahari.
Lagipun dia sudah tahu apa akan kesudahan pertempuran itu nanti. Samaada
dia terlibat atau tidak, jawapan tetap sama. Akoi dan Geng jarang kalah ditangan
geng Abas.
“
Yuhuu..berapa gigi lu dapat?” tanya Ah Kong pada Siva dengan muka bangga.
“
Tiga..lu?” jawap . Siva senyum megah sambil air tuak yang dibeli Anuar dua
katon tadi diagih agihkan kepada ahli ahli lain. Anak anak buah Akoi yang lain
sedang melepak keletihan menyambut minuman yang disua dengan perasaan lega.
“
Wa..lima
oh..kasi kancung bawah punya,” ujar Ah Kong mendabik dada. Anuar berdiri
memeluk tubuh dibalik tiang memerhati mereka ketika itu mengeleng geleng kepala
bosan. Bangga yang sia sia. Tidak bawa kemana. Hari ini walau menang tetapi
sebulan kemudian mereka akan bertarung lagi. Tiada kesudahan langsung.
“
Eh, Akoi mana?” tanya . Siva tiba tiba bila menyedari hanya Akoi sahaja tiada
bersama mereka.Padahal selepas berlawan tadi mereka berjanji berkumpul dibawah bilik
sewa Akoi.
“
Dia dah blah..tadi Nancy
telefon..sudah pergi ambik mak dia,” beritahu Anuar. Hanya dia sahaja yang
tahu. Kerana semasa bergaduh tadi dia yang tolong pegangkan telefon bimbit
Akoi. Dia juga yang tolong menjawapkan panggilan.
“
Mak Akoi buat pasal lagilah tu,” ujar Ah Kong mengagak. Tiada pekara lain
selalu yang mencemaskan Akoi kecuali pekara melibatkan GRO tua di kelab karaoke
Hubby itu. Memang kebiasaan ibu Akoi selalu menimbulkan masalah. Tukang
membersihkan masalah itu pula si Akoi sendiri. Bagi geng Akoi mereka sudah
memahami. Tiada kehairanan lagi. Walau semua tahu hubungan Akoi tidak begitu
rapat. Kadang kadang mereka selalu saksi Akoi menengking dan menghamun ibunya
sendiri tetapi itu semua hanya dibibir. Jauh dihati lelaki berjiwa keras itu
begitu mengambil berat. Kalau tahu ada pelanggan yang mengasari ibunya, diam
diam Akoi pergi membalas dendam. Kalau tahu ibunya berhutang kerana kalah judi,
Akoi juga tolong jelaskan. Pernah sekali semasa umur empat belas tahun Akoi
dihantar ke sekolah juvanal dua tahun atas kesalahan mencederakan orang. Gara
gara berpunca kerana ibunya melarikan duit Along. Akoi cuba
menyelamatkan ibunya dari dibelasah tetapi semasa bergelut secara tidak sengaja
Akoi tertikam lelaki lintah darat itu. Oleh kerana Akoi dibawah umur dan
kesalahan kerana mempertahankan diri maka dia hanya ditahan ke sekolah juvanal.
“
Aku tak faham betul hubungan mereka dua beranak tu..entah mana satu mak..entah
mana satu anak,” getus . Siva geleng kepala.
II
Maria
memandang pelik wajah muram Jafeena sejak dari tadi. Angin petang sedang
bertiup ringan. Melegakan perasaan mereka yang sedang bersantaian duduk berehat
dipangkin laman rumah Jefeena ketika itu. Melihat kemurungan Jefeena bagai
mendorong pertanyaan kepada Maria. Jafeena tentu sedang memikirkan pasal hal
perpindahan yang diceritakan tempohari. Ada
sedikit keberatan bila Maria memikirkannya. Kalau hendak dibandingkan perasaan
Jafeena dia lebih memahami perasaan datuk dan nenek Jafeena sendiri. Seperti
kedua orang tua itu dia juga tidak mahu kehilangan satu satu rakan karibnya
selama ini.
“
Betul ke benar benar kau nak ikut abah kau pindah ke K.L,” soal Maria dengan
nada sayu. Ditundukkan kepala memandang tanah.
Jafeena
melingas memandang Maria. Mengerut kening tidak puashati. Soalan dengan riaksi
wajah kecewa Maria bagaikan mahu mematahkan semangat. Walhal dia masih
kebingungan mendapatkan restu kedua Uwan dan Akinya, Maria pula menambahkan
beban perasaan.
“
Habis sampai bila aku nak duduk kat kampung ni..sampai ke tua? Jadi katak bawah
tempurung? Lagipun kau jugak yang galakkan aku cari pengalaman kat luar sana ,” balas Jafeena
teguh.
“
Aku saja saja cakap aje,” ujar Maria menjawap. Wajah semakin mencebik hampa.
“Aku
ada cita cita Maria..duduk kat kampung ni takkan beri banyak pengalaman untuk
aku membesar..sekurang kurangnya kalau aku berpindah ke bandar..aku dapat
mencedok pengalaman disamping aku dapat hidup tanpa berpisah dengan abah aku
lagi..kau tak pernah berpisah dengan mak dan bapak kau..tapi aku lain,”
perjelas Jafeena cuba
mendapat simpati Maria. Mengharap sahabatnya itu memahami. Dalam saat saat
begini dia lebih mendambakan sokongan. Sudahlah malam tadi, bapanya langsung
tidak memberikan apa apa keyakinan. Tinggal sokongan Maria sahaja diperlukan
untuk memberikan kekuatan memenuhi hasrat. Seperti Maria dia juga keberatan
untuk berpisah tetapi impiannya ke bandar mengatasi segalanya.
“Habis aku macam mana..takkan kau nak
tinggalkan aku kat kampung ni sorang sorang..kau ajelah satu satu sahabat yang
aku ada..apa kau tak kesian ke kat aku ni..duduk lepak sorang sorang kat
pangkin ni nanti..tak ada kawan study group lagi..ah pokoknya bosanlah aku
nanti kalau kau tak ada,” keluh Maria cuba mengamit simpati Jafeena
pula. Sengaja membuat Jafeena serba
salah.
“
Ah, kau ni Maria..saja je..tak kan
kau nak aku tinggal kat kampung sebab kau..habis bosan aku..rindu aku kat abah
aku nanti siapa nak jawap..tolonglah Maria lepaskanlah aku..daripada kau suruh
aku kesian kat kau baik kau kesian kat aku dulu..bantu aku cari idea macam mana
nak pelepas dari uwan dan aki aku tu,” tepis Jafeena lagi bijak menghidu niat
Maria.
“
Aaah..” keluh Maria mengalah.
Malam
nanti Jafeena nekad akan memujuk Uwan dan Akinya habis habisan. Selepas makan
malam sewaktu berkumpul di ruang tamu itulah masa paling sesuai dia menjalankan
misi.
III
Maina
menyumbat lagi tisu kedalam dua lubang hidungnya menahan darah dari mengalir
turun. Sakit akibat tumbukan semalam masih perit terasa. Sementara hidung
mengalir darah disebabkan kepanasan dalam badan. Demam kerana bisa tumbukan
agaknya. Pipi lebam dan bibir pecah sudah rasa kebas sampai maja. Nancy keluar dari dapur
membawakan kain uncang berisi airbatu dan sebelah tangannya lagi segelas air.
“
Kenapa awak telefon Akoi semalam?” masih berbaki marah Maina kepada Nancy . Pekara yang paling
mahu dielakkan tetapi kalau tidak sebab mulut si Nancy kecoh memberitahu. Pekara biasa itu
kini menjadi bertambah rumit.
“
Eh, lu sudah pengsan sana
baring atas lantai kelab lagi mau diam diam tak mau beritahu Akoi..nasib Akoi
datang tolong angkat lu..kalau tidak taukeh datang bising bising marah lagi,
nah! ambik ni airbatu kasi letak sana
kepala..ini air minum ubat sensei..kasi hilang bengkak badan..nasib lu ada
kawan macam wa tau..kalau tidak mampus lu sini diam diam sakit terus mati, tak
ada siapa pun peduli, ” jerkah Nancy
membalas. Niat suci membantu bukan dihargai Maina sebaliknya dipertikaikan
pula. Kalau tidak atas dasar persahabatan terjalin sejak sekian lama, malas
hendak dipedulikan. Maina sahaja satu satu kawan yang bukan sebangsa yang
paling rapat dan diambil berat. Mungkin kerana dia bersimpati dengan nasib
Maina. Yatim piatu tiada berkeluarga. Berhijrah dari Sarawak
seorang diri sejak usia belasan tahun. Dalam usia muda telah menjadi ibu
tunggal. Hutang melapok keliling pinggang kerana sifat naïf dan selalu
diperbodohkan si along lintah darat. Demi melunaskan hutang dan menerus
kehidupan Maina rela membakar diri menjadi GRO dan melacur secara sambilan.
Namun begitu Maina tidak pernah mengeluh atau menangisi nasib yang menimpa.
Ketabahan Maina dikagumi oleh Nancy .
Walau dibenci dan selalu dimaki oleh anak sendiri Maina langsung tidak gugah.
Malah wanita ini masih mampu berlucu dan ketawa riang ketika melayan pelanggan
berkaroake.
“
Eh, Akoi ada cakap apa apa ke?” tanya Maina dengan muka risau. Nasib semalam
dia tidak sedarkan diri. Kalau dia masih sedar mesti teruk dimarahi si Akoi
lagi. Dia tahu diri bersalah. Selama ini dia selalu menyusahkan Akoi. Baru
beberapa hari lalu hutangnya dengan Tony si lintah darat ketot itu dilangsaikan
oleh Akoi. Kini beban kembali datang akibat perbuatan Freddy, kekasih hatinya.
Freddy melarikan diri dari hutang si Tony. Oleh kerana dia penjamin terpaksa
dia menanggung hutang Freddy yang tertunggak itu.
“
Apa dia boleh cakap..lu hari hari cari pasal..wa sudah bilang jangan kawan
dengan itu Freddy..dia tak boleh percaya punya orang..dulu si Mandy pernah
kena..teruk ma si Mandy kena bayar hutang Freddy..sampai dapat HIV..baru dua
bulan lepas Tailo beritahu.. itu Mandy sudah mati..lu tak mau dengar wa punya
cakap..sekarang lu tengok..siapa susah,”leter Nancy melempahkan ketidak puashati. Gelas
diletakkan diatas meja. Uncang airbatu diserah keras ke tangan Maina. Tunjuk
kegeraman. Kedegilan Maina selalu
mengundang bencana. Anehnya Maina tidak pernah serik serik. Dia memahami
perasaan Maina dahagakan percintaan. Kesepian hidup yang dijalani menyebabkan
Maina cepat percaya kepada sesiapa sahaja lelaki melayannya dengan baik.
“
Ah, itu sebab Mandy yang bodoh..sudah tahu kerja kita buat tak da
keselamatan..tak mau pakai pelindung..dulu lagi aku sudah nasihat dia..pakai
kondom..dia kata tak suka..tak selesalah..sendiri cari pasal..sendiri
tanggunglah,” perlekeh Maina pura pura tidak ambil kisah sambil menuam air batu
ke dahi. Padahal dia mahu menutup kelemahan diri. Tanpa leteran Nancy itu pun sudah lama
dia menyesal. Tembelang Freddy sudah diketahui sejak beberapa minggu lalu.
Tentang hubungan Mandy dan Freddy memang sudah lama diketahui. Cinta itu memang
buta. Dia sendiri rela menyerahkan segala jiwa raga kepada lelaki bangsa serani
itu. Sungguhpun tahu sifat buruk lelaki itu. Wajah tampan dan pujuk rayu Freddy
terlalu mencairkan hati. Sukar dihindari. Ketika itu dia jadi mabuk lupa diri.
Demi meraih cinta sejati dia nekad menanggung risiko meletakkan kepercayaan
kepada Freddy. Akhirnya sekali lagi dia dilukai. Freddy entah kemana, dia pula
terpaksa menanggung hutang yang ditinggalkan.
“
Haiya! susah mau cakap sama orang tak mau dengar..sukahati lulah..tapi wa
ingatkan ini kali bukan sekali tiga atau empat kali..sudah banyak kali
tau..sekurang kurang lu fikirlah hati lu punya anak..baru tujuh belas tahun
sudah kena jaga emak sendiri..macam jaga itu orang tua sana rumah kebajikan..lu tak kesian ke sama
dia..muda muda sudah nampak dewasa, kalau wa jadi dia..pergi matilah ini macam
punya mak,” leter Nancy
lagi menjeling geram. Maina susah sangat hendak ditegur. Degil dan terlalu
menjaga air muka sendiri sehingga sukar mengaku kesalahan sendiri.
Maina
buat muka mencebik. Malas hendak layan lagi leteran Nancy . Uncang air batu diletak ke meja. Ubat sensei dalam balutan kertas minyak
dicapai lalu dituang ke dalam mulut. Ditala bersama air suam yang diberi Nancy tadi. Gadis berbangsa Tiong Hua berumur hujung
remaja itu mengeleng geleng kepala memandang Maina.
BUDAK JAHAT
BAB
2
Terboyang boyang basikal dikayuh masuk
keperkarangan laman rumah. Tuk Yeh duduk di pangkin bawah pokok jambu tersenyum
senang. Cucu kesayangan sudah pun pulang Bangkit malas mahu menyambut. Menyusur
perlahan basikal terus berhenti ke depan rumah. Jafeena kemudian memangkir
basikal di bawah rumah. Diikuti kemudian kereta Proton Magmar merah hati
menyusur masuk ke laman. Senyum Tuk Yeh semakin lebar. Anak menantu lelaki
tunggal juga sudah balik. Harapan makan tengahari awal bersama satu keluarga
tercapai. Bukan selalu dapat makan bersama. Kalau menantunya sibuk dengan
urusan kokurikulum sekolah. Lewat petang baru pulang. Begitu juga dengan cucu
daranya tak kurang sibuk. Kadang kadang balik cepat kadang kadang lewat. Tidak
menentu. Sebab itu juga mereka anak beranak balik asing asing.
Lepas
tukar baju Jefeena terus ke dapur. Uwan Nek Mah sedang menyenduk gulai lemak
masam patin ke dalam mangkuk. Harum tempoyak membuka selera. Tidak payah
disuruh Jafeena terus mencapai mangkuk nasi lalu pergi menyenduk nasi dalam
periuk elektrik. Semerbak segar bau nasi menguap naik.
Sesudah
menghidang nasi dan lauk Jefeena mengambil
pinggan dan gelas pula ke atas meja. Tuk Yeh dan Rahmat baru selesai
solat jemaah Zohor. Bersama sama melangkah masuk ke meja makan. Berselera
melihat lauk pauk. Gulai masam patin,
ulam timun dan kacang botol yang dicicah dengan budu. Telor dadar tebal buat penambah. Makan
tengahari ringkas sahaja tetapi disebabkan hari panas. Perut kosong dan makan
bersama sama sekeluarga. Lauk macam itu pun sudah cukup mengicah air liur.
“
Timah telefon..minggu depan nak balik,” Uwan Nek Mah buka cerita. Tuk Yeh
sambil menyuap nasi menoleh kepada isterinya. Menarik perhatian juga berita
yang disampaikan. Baru dua minggu lepas anak angkat perempuannya satu keluarga
balik. Minggu ini masih mahu lagi berkunjungan.
“
Baguslah tu..tapi bukannya cuti sekolah..kenapa baliknya?” tanya Tuk Yeh.
“
Dia balik sorang aje..nak bawak Azura adik iparnya sekali,” jelas Uwan Nek Mah.
Riang nadanya. Senyum melerek penuh bermakna. Jefeena tersentak. Tak jadi
menyuap. Melingas pandang ke Uwan Nek Mah di sebelah. Mencerun kening kurang
senang. Tahu sangat kalau neneknya cakap begitu.
“
Bawak bakal mak tiri Jafeena lagi le tu..” Tuk Yeh menjelaskan lagi. Tersenyum
lucu. Tengok wajah cucunya sudah mula mencuka. Rahmat tunduk tekun menyuap
nasi. Riaksinya tetap tenang dan bersahaja. Tiada perasaan suka atau tidak. Ini
bukan kali pertama ibu dan ayah mentuanya mengemukakan calon isteri. Dia pun sudah
lali.
“Elok
lah tu Lee.. kamu dah lama menduda..macam mana? nak mengikut cadangan long
kamu?..si Azura tu pun dah lama menjanda ..kalau nak nikah sesuai sangatlah,”
Uwan Nek Mah mengusul lagi. Tidak jemu jemu memujuk. Sudah lama kepingin
mendapat menantu. Sejak ibu Jafeena meninggal tujuh belas tahun sampai kini Rahmat
masih setia. Kesian melihat menantu yang sudah dianggap seperti anak lelakinya
sendiri itu kesunyian. Umur masih muda. Tiga puluh lapan tahun, rasanya masih
sesuai bernikah lagi. Rugi kalau terusan solo begitu. Walau Jafeena ada menghiburkan.
Tetapi kasih anak tidak akan sama dengan kasih isteri.
Jefeena
menjeling tajam Uwan Nek Mah. Membungkam
muka comelnya membantah. Tuk Yeh tetap tersenyum. Uwan Nek Mah buat tak tahu sahaja. Perasaan
Jafeena tidak diambil kira. Anak gadis itu bukan boleh tentukan apa apa. Yang
paling penting perasaan Razali. Dia harus mempengaruhi anak lelakinya itu
sampai setuju. Sudah terbayang wajah calon menantunya. Biarpun gelap hitam
manis orangnya. Tetapi dengar dari
cerita Timah, Azura pandai menjahit dan memasak. Sangat sesuailah dengan Rahmat.
Mengharap masakan isteri baru nanti
boleh membela balik tubuh kurus kering menantunya itu.
“
Lee nak beritahu mak dan abah sesuatu..” Rahmat baru bersuara. Sudah berhenti
menyuap. Serius memandang ke dua ibu bapanya. Lama difikirkan tadi. Rasa waktu
begini lebih sesuai diutarakan suara hati. Tuk Yeh dan Uwan Nek Mah sama sama
berhenti makan. Begitu juga dengan Jafeena. Beri perhatian kepada bapanya.
“
Kamu setuju le..” Uwan Nek Mah cuba
menduga. Merona wajah ibu tua itu riang mengharap. Rahmat rasa semakin serba
salah. Jafeena berdebar debar bimbang. Dalam hati berdoa semoga bapanya tidak
bersetuju. Dia tidak mahu beribu tiri.
“ Tak ..bukan hal tu..Lee sebenarnya dah buat
keputusan terima tawaran tukar mengajar sekolah di Kuala Lumpur ..” jelas Rahmat jujur.
Uwan
Nek Mah tergamam. Tuk Yeh terpana. Bibir Jafeena sahaja melakar senyum. Yes!!
lonjak hati Jafeena riang.
II
Cahaya
petang sore melabuh sinar. Menyusup masuk melalui langsir jarang hitam bilik lapuk
rumah kedai sewaan Akoi terletak tengah tengah Bukit Bintang. Sibuk kelihatan keempat sahabat itu mengira gira DVD dan VCD cetak rompak yang
baru sampai. Di tepi sudut bilik ada lelaki cina gemuk. Memakai baju kemeja
Hawai kemerahan terbuka tengah. Menampakkan
perut buncit busai. Sedang duduk bersimpuh sepah. Berdecing decing bunyi gelang emas ditangan
berlaga laga dengan cincin batu arkid semasa mengira not not berwarna. Dibibir
tersisip rokok. Sambil menghisap sambil mengira duit hasil keuntungan jualan
DVD dan VCD beberapa minggu lepas.
“
Stok lama aje Tai Lo..tak de cerita baru ke..x-rated pun tak de gambar baru?
Tegur Ah Kong sambil memasukkan inlay cd kedalam sarung plastik. Sementara
Anuar disebelah pula membantu memasukkan satu persatu cd disk ke dalam sarung
plastik mengikut inlay cerita.
“ Susah sikitlah sejak akhir akhir ni..supplier banyak kena
rate..lu jual dulu apa yang ada..” Tailo bagi alasan. Memang ramai pengedar
besar sudah kena tangkap. Tapi bukan dia tidak mampu mendapat bekalan. Cuma
malas hendak layan sangat permintaan. Janji bahan yang dibawa berjaya dijual.
Sebagai orang tengah dia tidak
menanggung kerugian. Kerjanya hanya mengedar kepada penjual sahaja.
“
Customer komplen nak tengok cerita wayang baru..asyik bagi cerita lama diorang
tak minat.,” Anuar mengadu pula. Tangan lincah mengira CD yang sudah siap
bungkus kemudian mengasingkan mengikut cerita. Akoi disebelah turut membuat
kerja yang sama.
“
Ya ka..betul ke Akoi..” tanya Tai Lo pada Akoi cuba memastikan aduan Anuar itu
betul ke tidak. Bukan tidak percaya hanya suara Akoi sahaja mahu diguna pakai.
Dia memang pandang tinggi ketua samseng sekolah itu. Pengaruh anak muda
berwajah keras itu sahaja mampu menghimpun budak budak remaja liar lain menjadi
pengikutnya. Agar boleh dibalacikan sebagai pemasar bergerak dalam pasaran
gelap VCD dan DVD cetak rompaknya.
“
Emm..cari stok barulah..kalau tidak nak kena tanya orang dalam panggung
wayanglah,” jawap Akoi sependapat dengan
Anuar. Cuba
juga bagi cadangan lain supaya Tai Lo ambil berat masalah penjualan. Biarpun
mereka tidak perlu bimbangkan pasal kos percetakkan. Gaji mereka dari hasil penjualan sahaja.
Kalau barang tidak laku bermakna mereka akan berterusan berhutang dengan orang
tengah seperti Tai Lo.
“
Boleh tapi itu gambar tak lawa..senget senget..orang komplen jugak..” Tai Lo
bagi alasan. Bukan tak setuju tetapi taktik begitu sudah tidak popular lagi.
Sudah banyak kali stok telah dipulangkan semula kerana kualiti gambarnya teruk.
“Dari
gambar lama lagi tak laku..” bidas Akoi. Sama juga keputusannya. Mereka tetap
kerugian. Dia tahu apa orang seperti Tai Lo fikirkan. Hanya pentingkan diri.
Tidak akan ambil peduli masalah orang lain. Tahu untung sahaja. Biarpun mereka sudah lama kenal. Dia tetap
kena berhati hati dengan orang seperti Tai Lo. Licik dan penuh muslihat. Kalau
tidak sebab hutang lapuknya dengan Tai Lo dia tidak perlu menghamba diri
menjual bahan cetak rompak secara haram. Kalau tersilap langkah mereka boleh
kena tangkap dengan penguat kuasa.
“ Yelah Tai Lo..bisness kita kena tiau sama
budak kumpulan Abas Punk..diorang semua selalu ada stok baru ..susahlah mahu
lawan dengan kumpulan diorang,” disokong Siva turut mengadu. Punca lain
penjualan merosot sejak akhir akhir ini.
Kalau tak sebab ada persaingan. Tiada apa perlu mereka bimbangkan. Tapi
Abas Punk adalah satu satu musuh ketat mereka yang selalu dibimbangkan.
Pengaruh Abas boleh tahan juga berbanding Akoi. Mereka suka main kotor. Suka
berebut kawasan jualan. Pantang kalau mereka bertembung pasti akan berlaku
petempuran. Bagaimana pun mereka belum mampu menewaskan geng Akoi. Kekuatan
kumpulan Akoi & Kuncus terletak diakal Akoi sendiri.
“
Okey okeylah..lu jangan risau nanti wa cari stok baru..” Tailo terpaksa bagi
jaminan. Bila alasan membabitkan kumpulan Abas bermakna dia tidak boleh ambil
sambil lewa. Kalau Abas menguasai jualan dia sendiri akan susah. Pembekal Abas
juga adalah pesaingnya juga.
III
Jafeena
sedang mengadap komputer. Ayat seterusnya tergantung seketika. Fikiran kembali
teringat sewaktu makan tengahari siang tadi. Dia tersenyum senyum sendiri. Lega
dan teruja.
Nasib
baik abah bukak topik tukar sekolah ..tutup terus cerita nenek nak kenenkan
abah..asyik aje nak kahwinkan abah..Mak Long pun satu tak habis habis asyik carikan
calon untuk Abah..tak suka betul. Syukurlah abah ambik tawaran itu..mesti
mencabar duduk kat K.L nanti..banyak maklumat..tak boleh jadi! Aku mesti pujuk
abah supaya bawak aku sekali pindah..mesti! bisik hati Jafeena bertekad.
Dia
terus menekan tetikus komputer ke‘exit’dan ‘save’ fail. Lepas mematikan
komputer Jafeena keluar bilik. Waktu malam begini pasti abahnya berada di
serambi. Sedang menyemak kerja kerja sekolah pelajar. Dia mahu mengguna peluang
yang ada untuk memujuk abahnya. Sewaktu melalui bilik uwan dan aki, Jafeena cuba
perlahankan langkah agar derap bunyi lantai papan rumah tidak berbunyi. Takut
nanti menganggu tidur mereka. Tiada cahaya dari bawah pintu bilik. Jafeena
yakin Uwan dan Tuk sudah lama berlabuh.
Di
kesamaran cahaya lampu meja tulis ditepi sudut serambi Jefeena nampak abahnya
masih tekun bekerja. Menyemak kerja kerja sekolah pelajarnya. Hati berbunga
harapan. Waktu waktu begini memang sesuai sekali misi dilaksanakan. Perlahan
dia menghampiri Rahmat lalu berdiri disisi. Dia memerhati tanpa bersuara.
Rahmat
perasan Jafeena berada disebelah tetapi dibiarkan sahaja. Dia tahu apa yang
diinginkan anak gadis itu. Kalau tidak masa kan tengah malam buta begitu anak dara itu
belum tidur lagi. Pasti ada berkaitan dengan hal tengahari tadi.
Jafeena
masih tidak terus menegur. Tengah berkira kira. Tengok abahnya khuyuk sahaja
menatap kerja bagai tidak perasan kedatangannya. Buat Jafeena serba salah.
Takut menganggu pula. Paling tidak pun nanti abahnya akan buat tak tahu sahaja
pemintaannya.
“
Cakap ajelah apa yang Feena tak puas hati?” tegur Rahmat tiba tiba bersuara.
Tanpa menoleh cuma mengerling sepintas lalu dengan secebik senyuman. Melihat
anak daranya terkulat kulat disebelah. Tak sampai hati tidak
memperdulikannya.
Jafeena
agak tersentak. Abahnya berteguran begitu. Macam tahu apa tersirat di dalam
kepala otaknya. Sangka orang tuanya tidak sedar kedatangannya tadi.
“ Mana tau ni,” tanya Jafeena tersenyum lega.
Terus menarik kerusi lalu duduk mendekati sebelah Rahmat. Bagai pucuk dicita
ulam mendatang. Memandangkan abahnya terlebih dulu membuka ruang. Nampak
memudahkan usulan yang mahu diutarakan sebentar lagi.
“
Kamu tu kan anak abah ..apa kehendak kamu ..kemahuan kamu semua abah tahu..apa
dalam fikiran kamu pun abah boleh agak..cakap aje,” jawap Rahmat lagi. Makin meleret senyuman tanpa mengalih
tumpuan. Mengerti sangat dengan ragam manja anak dara seorang itu. Kalau
mengulat begitu pasti ada pekara yang dimahukan.
“Telepatilah
tu konon..kalau abah tahu tak payahlah Feena bagi tahu..abah cuba teka apa
Feena fikirkan,” cabar Jafeena berseloroh. Memang dipuji itulah kelebihan
bapanya. Cekap peka dengan perasaan orang lain. Tak perlu dinyatakan tapi
terlebih dahulu bapanya mampu merungkai sebarang maksud yang terselindung. Kadang
kadang Jafeena merasakan bapanya macam doctor psikologi. Kalau bapanya memilih bidang kedoktoran pasti
boleh berjaya menjadi doctor pysktris. Kerana kelebihan itulah juga abahnya
menyandang jawatan guru disiplin disekolah. Mengendali pelajar yang bermasalah.
Rahmat
melingas memandang Jafeena. Terhenti seketika tangan menulis. Tidak segera dia
menjawap sebalik mencerun kening. Pen ditangan ditunding ke muka Jafeena.
Membuat mimik muka seperti menilik.
Terkekek anak gadis itu ketawa. Lucu melihat muka abahnya lakonkan macam
nujum pak belalang. Sudah lazim hubungan mereka anak beranak itu akrab seperti
kawan baik. Bergurau senda mesra. Kalau orang lain tidak kenal, melihat mereka berdua bila berjalan sama tentu
menyangka pasangan kekasih. Tambah Rahmat masih muda belia. Siapakan sangka
punya anak remaja sudah mengunjai tinggi seperti Jafeena.
“
Kamu..kamu.. hah! kamu nak suruh abah jangan terima tawaran perkahwinan Mak
Long kamu aturkan dan kamu nak ikut abah pindah ke Kuala Lumpur kan,” teka Rahmat
yakin sambil menyentuh hidung Jafeena dengan pen tadi. Sebenarnya dia tahu
sangat apa main dalam otak anak gadis ciliknya itu. Tidak payah dijelaskan dari
riak wajah manja itu sudah terpancar maksud sepenuhnya. Dari dulu Jafeena ingin
mengikutnya kalau dia berpindah sekolah lagi.
“
Eii..terrornya abah,” lonjak Jafeena riang. Tepat sekali tekaan. Nampaknya
harapan semakin dalam genggaman. Bak bola datang bergolek.
“
Pasal hal Mak Long tu abah dah buat keputusan..tak payah Feena tolong pujuk
lagi..tapi pasal Feena nak ikut abah tu kena bincang dengan Aki dan Uwan dulu,”
Rahmat terlebih dulu sudah ada keputusan sendiri. Tidak perlukan lagi bujukan
Jafeena. Keputusan diambil setelah lama difikirkan. Tapi tentang pemindahan dia
tidak mampu membuat keputusan. Terpaksa
diserahkan kepada kedua orang tuanya.
“Kalau
abah.. bagi tak Jafeena ikut?” soal Jafeena. Lebih berminat kalau bertanyakan
pendapat abahnya dulu. Baginya jawapan
abahnya lebih penting berbanding uwan dan akinya. Bukan bermaksud membelakangi
mereka. Cuma pendapat abahnya bagai satu kekuatan alasan bagi menyakinkan kedua
uwan dan Tukyang tidak rela melepaskan dia pergi.
“
Abah tak kisah..kamu pindah sekali atau tidak..tapi kamu kena faham perasaan
atuk dan uwan kamu..mereka dah lama membesarkan kamu..mesti berat hati kalau
berpisah..sebab tu apa apa pun kita kena utamakan mereka dulu,” jelas Rahmat.
Memberi pendapat yang sama adil. Sungguhpun tidak keberatan membawa Jafeena
bersama namun dia ingin mendidik Jafeena agar tidak mementingkan diri. Perasaan kedua ibu bapanya harus diambil
berat.
Jafeena
gamam.
BUDAK JAHAT
Prolog
Kisah
cinta aku tidak seperti remaja lain. Jodoh ajal maut memang sudah ditentukan.
Mata kadang kadang boleh buta untuk menilai walau terang terang tuhan sudah
menunjuk jalan jodoh itu. Penafian demi penafian menambahkan beban perasaan.
Bagaimana aku bisa terlepas saat saat terpenting bagi insan bergelar gadis.
Cinta memang aneh dan aku tidak tahu menilai bagaimana. Pasti serapan cinta
berlaku diluar kesedaran. Dari benci jadi sayang. Dari sakit jadi suka. Dari
takut jadi cinta. Begitu luar biasa bila perasaan itu wujud.
Kekasih
akukah sekujur tubuh sedang terbaring ini? Aduh! betapa aku rindu senyuman
sindirnya. Lirik mata nakalnya bila berjaya mengusik ku. Wajah dendam setiap
kali aku mencelanya. Betapa aku rindu saat saat kita bersama. Bercinta tetapi
bergaduh. Bergaduh walaupun sudah berbaik. Kita memang aneh. Sayang sekali aku
tidak sempat memberitahu hati ku sudah terpaut. Terpaut pada kasih sayang aneh
mu itu.
Tolong
sayang buka mata mu. Sekali pun cukuplah. Aku sudah berjanji akan membalas
cinta mu tetapi kenapa kau tidak beri peluang. Apakah engkau sedang menduga
hati ku. Keteguhan dan kesabaran cinta ku. Atau ini semua balasan atas
kejahilan ku mempermainkan ketulusan mu dulu.
Tapi
waktu itu kau terlalu jahat . Terlalu nakal sehingga mendesak aku membenci dan
mendendami mu. Bukankah pelik menyuarakan cinta dengan membuli. Meraih cinta
dengan mendera. Siapa gadis dalam dunia ini bisa memahami cara mu. Kau memang
budak jahat. Waktu kau terbaring begini pun kau masih jahat. Masih membuat aku
kecewa. Masih membuat aku sedih.
Sayang..bangunlah!
“
Lepas tu orang jahat sepak punggung lelaki baik..tersungkur ke tanah..kekuatan
orang jahat tu memang tiada tandingan..kemudian dia terus meluru ke arah orang
baik yang terbaring ditanah, diangkatnya tinggi badan orang baik tu kemudian
dilambung ke pokok.. bergedebuk badan orang baik tu kena hempas..mahu dua tiga
tulang temulang lelaki baik tu remuk teruk..bergolek golek sampai mengelepar
lelaki baik tu di tanah menahan sakit..kawan kawan budak jahat mengelilingi
lelaki baik lalu ketawa belahak..jahat sungguh lelaki jahat tu..dia mendabik
dada bangga depan kawan kawan sebab dapat membelasah teruk lelaki baik
tu..teruknya!” cerita Jafeena dengan riak wajah bersungguh sungguh. Tergerak
gerak hidung mancung dan bular matanya. Maria pula beriya percaya. Kagum
mendengarnya. Wajah comel gadis bertudung skaf macam Bienda itu ditatap tekun.
Kisah diperdengarkan seolah olah benar benar berlaku. Setiap saat genting
cerita begitu mengegar jantung. Suspen dan mencabar. Menguji pemikiran.
“
Lepas tu orang baik tu macam mana? Mati?” tanya Maria cemas. Ingin tahu sangat
kesudahan nasib orang baik yang diceritakan. Jafeena tunduk mengeluh seolah
melepaskan rasa sesah. Kemudian berpaling semula menatap Maria yang masih
ternanti nanti. Rasa serba salah hendak menerus cerita. Ada sesuatu mengeliru fikiran Jafeena.
“
Entah..patut aku matikan ke tidak watak orang baik tu?” tanya Jafeena pula
kepada Maria. Gadis bertudung telekung itu mencebik geram. Terasa sia sia
mempercayai hampir keseluruhan cerita Jafeena. Nyata semuanya rekaan. Di ambil
buku latihan diatas para lalu dicampak ke muka Jefeena. Gadis itu tersenyum
suka. Gembira membuat Maria marah. Jafeena meraih gelas berisi jus oren lalu
disuakan kepada Maria. Tanda memujuk. Sahabat baiknya menyambut dengan kerling
mata tidak puashati.
Cahaya
petang bersinar malas memayungi pertemuan dua bersahabat. Sesekali deru angin
sepoi meniup kain tudung dua gadis sedang meranum remaja itu. Terjuntai juntai
dari bawah para dua pasang kaki tergantung bergoyangan senang. Keasyikkan
berbual.
“
Aku tak suruh kau percaya..kan
aku cakap aku nak tulis novel sulung aku..rasanya cerita ini aku nak pakai
nanti,” terang Jafeena menjelaskan kembali agar Maria tidak salah anggap
tujuannya bercerita tadi. Bukan niatnya mempermainkan Maria sekadar menguji
idea baru. Nampaknya usaha berjaya. Maria si lurus bendul pun tertarik dengan
ceritanya.
“
Buat aku terperanjat aje..mana kau dapat idea cerita ganas macam tu?” getus
Maria sambil meneguk jus. Latar suasana petang yang tenang menemani mereka di
halaman rumah Jafeena. Dibawah pohon jambu air tengah laman, ada para usang
tempat mereka selalu bersantai. Kalau tidak ada kerja sekolah sekurang
kurangnya berbual bual kosong disitu. Sejak dari zaman sekolah rendah sampai
sudah masuk tingkatan lima
Jafeena dan Maria tidak jemu berkawan. Sudah masak dan mengenali sikap masing
masing. Sudah biasa gaduh dan baik. Segala rahsia masing masing ada dalam
tangan.
“
Alah bukan susah nak bayangkan macam mana orang gaduh..tengok gustilah!” jawap
Jafeena enteng sahaja. Tersedak Maria dibuatnya. Air oren sedang diminum hampir
tersembur. Lagi sekali rasa diperbodohkan.
“
Tengok gusti! ceh..mati mati aku ingat kau betul betul tau macam mana orang
berlawan..eh, orang bergusti tu berlakon ajelah..mana betul,”bungkam Maria
protes. Dicerun kening kesal. Sentiasa sangat diperbodohkan. Mentang mentang
dia gadis kampung duduk diperuk pulau. Jafeena suka sukahati mempergunakan
perhatian yang diberi. Nasib kawan kalau bukan, sudah dipelangkung tujuh
belanga kepala kematu gadis kuat berkhayal itu.
“
Emm..sebab tulah aku kena keluar dari kampung ni..nak tulis novel yang baik
kena ada pengalaman banyak..setakat duduk kat kampung ni..sunyi sepiii..tak do
orang..apo nak dikato..apa yang aku boleh dapat..orang kampung ni semua baik
baik..pagi pergi ladang..tengah hari balik makan..malam pergi surau..esok pagi
bangun buat kerja yang sama..mana yang ada mencabar..tak boleh dibuat
rujukkan..habis terpaksalah pakai guna apa aku tengok kat tv tu..nak tengok
orang bertumbuk..tengok gusti..nak tengok orang berkelahi..tengok cerita cina
dan tengok orang bercinta tengok cerita hindustan..nak tengok orang baik
baik..tengok cerita melayu..habis novel aku tulis bukan jadi novel aku..jadi
cerita tv yang aku tengok..yang kena bodoh kaulah..senang senang percaya cerita
aku,” leter Jaffena berbual. Meluah keluhan didada.
“
Kalau macam tu..keluarlah..pergilah kebandar..cari pengalaman,” Maria usulkan
cadangan. Masalah Jafeena bukan susah sangat cara penyelesaiannya. Hanya kurang
pengalaman.
“
Sebab tulah kali ini aku mesti ikut bapak aku pindah ke Kolumpur,” ujar Jafeena
bangga. Sudah ada penyelesaian sendiri. Diteguk air kemudian tersenyum yakin
kepada Maria.
“
Apa?” Buat sekian kali Maria terkejut lagi. Kali ini dia berhenti minum lalu
menukar kedudukan duduknya. Dipandang tepat kemuka gadis berlesung pipit itu.
Minta kepastian.
“
Bapak aku dapat tawaran pertukaran mengajar kat sekolah bandar..kalau dia
setuju pindah..apa jadi kali ini aku mesti ikut dia,” jelas Jafeena tegas.
Tiada apa pun boleh menghalang kehendaknya kali ini. Ini bukan kali pertama
bapanya bertukar sekolah. Sebelum mengajar dikampung sendiri pernah juga
bapanya berkhidmat dikawasan pendalaman di Sarawak
sana . Kali dulu
Jafeena tidak berpeluang mengikut bapa pindah kerana masih kecil. Tapi kali ini
tidak akan dilepaskan peluang.
“
Aku tak kisah pasal bapak kau..mesti dia kasi punya..tapi yang aku risau..uwan
dengan aki kau.. kasi ke?” Maria pertikaikan rancangan Jafeena. Dia masak
sangat kedua datuk dan nenek Jafeena memang sayang bagai manatang minyak yang
penuh kepada cucu tunggal seorang itu. Tidak mungkin betah berjauhan. Sedangkan
bila Jafeena pergi ke Pekan pun kelam kabut orang tua itu. Apatah lagi
berjauhan beribu batu. Kuala Lipis ke Kuala
Lumpur bukan dekat sangat. Walaupun sudah ada
lebuhraya baru. Mampu sampai dua jam lebih kalau memecut. Pokoknya bolehkah
mereka hidup tanpa Jafeena. Sejak kecil lagi Jafeena dibela oleh mereka. Ibu
Jafeena meninggal sewaktu bersalinkan Jafeena. Merekalah mengasuh dan mendidik
Jafeena sewaktu bapa Jafeena berjauhan mengajar ditempat lain. Hanya kira kira
tiga tahun lepas bapa Jafeena baru balik mengajar disitu. Barulah kini dapatlah
Jafeena bermanja semula dengan bapanya.
“
Boleh ke tak boleh..aku mesti paksa..aku mesti ikut bapak aku..apa nak jadi pun
jadilah..aku mesti!” tekad Jafeena yakin. Tiada siapa boleh menghalang. Dia
sendiri sudah ada ura ura bagaimana hendak selesaikan masalah ini.
“
Boleh ke?” Maria yakin tak yakin.
II
“ Kalau kau tak nak kena penyepak..baik kau bagi
duit sekarang!” tengking Ah Kong garang. Ditarik keras kolar baju budak lelaki
junior itu sehingga terhempas tubuh rapat ke dinding. Terkial kial budak itu cuba menyeluk
poket seluar mengeluarkan duit. Tiada pilihan. Badan terlalu kecil untuk
melawan. Tubuh Ah Kong sasa lagi berketul ketul. Kesan latihan keras angkat
berat selama ini. Tercenggih muka garang cina Low Yatt itu. Semakin sitap mata sepetnya
dan timbul tinggi tulang pipi.
“
Sekolah ni ada undang undang..kalau kau nak selamat..kau kena dengar cakap
kitorang..ini Akoi & Kuncus geng..tak ada siapa boleh nak kurang
ajar..paham!” Herdik Siva pula menunjuk garang. Bagai hendak tersembul keluar
jerawat ketuat dimuka. Makin berkilat warna hitam kulit lelaki India itu.
Hanya nampak mata bulat dan gigi bersinar keputihan.
“
Kalau tidak mampus ko aku kerjakan,” gertak Leman sambil mengepal penumbuk.
Bengis pandangan pemuda Melayu jati anak Kuala
Lumpur itu. Antara paling kuat tenaga bila beradu
tetapi paling juga yang polos dan lurus dalam kumpulan Akoi.
Terkulat
kulat budak lelaki Cina tingkatan empat itu menikus takut. Memandang keempat
empat wajah samseng terkenal Sekolah Menengah Tasik Biru. Semua tinggi tinggi
belaka badan mereka. Muka tiada belas langsung. Memang penyangak paling
digeruni sekolah di dalam Kuala Lumpur .
Budak
lelaki itu menghulurkan duit kepada mereka. Anuar mencerun kening tidak
puashati. Bergerak gerak kumis nipisnya geram. Budak Melayu Cina berasal dari Sabah , berkulit
putih kuning, Kekal setia dengan topi ‘cap’ hitamnya. Ahli kumpulan Akoi paling
berotak dan gelaran diberi, ‘super virusble’ oleh semua pelajar. Kemahiran
Anuar bukan berlawan tetapi mengodam internet dan paling hebat dalam matematik.
Sebab itu dalam kumpulan Akoi, tugas Anuar mengawal dana kumpulan mereka.
Walaupun begitu Anuar tak kurang garangnya. Walau muka nampak macam budak
terpelajar berpakaian kemas. Kepandaiannya hanya digunakan untuk merancang
kerja jahat sahaja.
“
Eh, ko ingat kitorang ni apa..peminta sedekah ka bah..kenapa sikit sangat..satu
ringgit aja!” Anuar pula tunjuk samseng. Benci betul kalau mengepau mangsa
kedekut.
“
Sorry..abang..ini aje saya ada..tadi sudah pakai duit beli makan waktu
rehat,”jawap budak lelaki itu tergagap gagap takut. Kena berhati hati kalau
salah cakap nanti hilang gigi. Samseng Akoi & Kuncus memang zalim. Tiada
belas kasihan langsung. Bukan setakat Ah Kong, Siva, Leman atau Anuar sahaja
yang zalim. Kalau Akoi, ketua kumpulan mereka angkat tangan mahu ke laut tidak
sedar diri dibuatnya.
“
Bukak seluar dia!” tiba tiba Akoi keluarkan arahan. Semua menoleh kepada budak
lelaki tinggi lampai yang berwajah seakan kecinaan itu pula. Satu satu sahaja
muka yang berwajah tenang. Selamba dan sempoi. Tampan pewarakkan tetapi keras
dan tajam pandangannya. Nampak baik tetapi penuh muslihat. Kalau orang tak
kenal pasti anggap dia paling baik antara ketiga samseng itu. Padahal Akoi
adalah yang paling digeruni dan zalim. Ditakuti ramai termasuk juga ahli geng
sendiri.
“
Tolong abang..tolong..jangan buat saya macam ini..nanti esok saya bagi lagi
duit,” rayu budak lelaki itu angkat kedua tangan menyembah. Kemudian dipegang
tangan Ah Kong mengharap belas.
“
Bukak seluar dia sekarang!” perintah Akoi keras. Langsung tidak peduli rayuan
budak Cina itu. Ah Kong dan Siva terus mengikut arahan. Leman memegang tangan
sementara Ah Kong cuba
membuka seluar. Meronta ronta budak itu cuba melepaskan diri.
“
Tolong abang..tolong..okey..okey..tunggu dulu..biar saya ambil sendiri,” jawap
budak Cina itu tidak dapat mengelak lagi. Akoi sudah tahu dia menipu. Ada lebihan duit sebanyak
sepuluh ringgit yang disorok dalam seluar dalamnya. Ah Kong berhenti dari
membukakan seluar. Lalu memandang Akoi minta persetujuan. Samaada mahu bagi
lagi peluang atau tidak. Akoi angguk. Terus mereka lepaskan. Tersedu sedu
menangis budak itu menyeluk ke dalam seluarnya lalu mengeluarkan sekeping not
merah. Anuar mencebik muka geli. Ah Kong
dan Siva terkejut. Tidak sangka sekali bijak budak cina itu menyembunyikan
duitnya. Kalau tidak Akoi tahu tentu mereka akan melepaskan bulat bulat begitu
sahaja.
Budak
lelaki itu terus menghulurkan duit kepada Ah Kong. Serba salah Ah Kong hendak
sambut. Geli dan mual. Siapa sanggup pegang benda yang diletak dalam seluar
dalam. Entah berapa lama tersorok disitu. Pasti bau duit itu hapak campur
hamis.
“
Ambik Siva !” arah Ah Kong pada Vassu.
“
Apa pulak aku..Leman, kau ambik!” tolak Siva juga tidak sanggup.
“
Ekeleh apa aku pulak,suruh Anuarlah, diakan bendahari,” tuju Leman pada Anuar
pula.
“
Ek..apa pulak..main tolak tolak..eh, apa apasal kamu simpan dalam anu hah! kamu
ingat kami semua bodoh hah! bangsat betul..kasi susah orang je kamu ni bah!”
maki Anuar geram. Sempat disengkelet sedas kepala budak Cina itu . Dengan muka
geli di ambil duit itu dengan kepitan jari sahaja. Pantas dimasuk kedalam poket
seluarnya.
“
Eh, lain kali ko nak sorok duit jangan kat tempat busuk busuk tau! bodoh!” Siva pula menyondol jari ke kepala budak lelaki itu.
“
Hum sup!” diikut Ah Kong turut memaki. Budak lelaki itu tidak melawan sekadar
tunduk kecut.
“
Tonggong,” tunjal Leman keras ke kepala budak cina itu. Kedengaran sendu tangis
macam budak tadika. Sedih kerana duit yang disimpan seminggu itu melayang. Akoi
jadi jelek melihat wajah budak lelaki pengecut itu. Menyampah tengok orang
mengalah begitu sahaja. Muka minta simpati itu langsung tidak mendatangkan
belas. Sebaliknya tangan dan kaki pula
jadi gatal. Minta latihan kekerasan.Tanpa peringatan dan kata kata. Akoi terus
sahaja melepaskan penumbuk padu ke muka budak cina itu.
“
Bangang!” maki Akoi kemudian terus beredar. Terkulai budak lelaki cina itu
terjelepok pengsan. Ah Kong tersenyum suka. Begitu juga Siva
, Leman dan Anuar. Kagum dan puashati. Sama sama mereka beredar membuntuti langkah Akoi. Loceng berbunyi tanda waktu berehat sudah berakhir. Masa untuk belajar pula.
“
Woi!” sergah suara lelaki garang. Pantas mereka pandang ditingkat 1 bangunan
kelas. Cikgu Airil berwajah masam dan garang .
SINOPSIS
Akoi ketua ganster dan pelajar bermasalah disekolah. Bersama
empat sahabatnya lain, Anuar, Ah Kong, Siva dan Leman, mereka menguasai
pelajar dan guru sekolah. Sikap berleluasa Akoi dan kuncunya digeruni bukan
sahaja disekolah tetapi dalam luar. Suatu
hari Akoi terjatuh cinta pandang pertama kepada seorang gadis pulus bernama
Jafeena. Demi untuk meraih perhatian
Jafeena, Akoi sering mengunakan kaedah membuli untuk menyatakan perasaan
cintanya.
Jafeena pula adalah pelajar baru pindah sekolah ,mengikut
bapanya Cikgu Rahmat yang merupakan guru disiplin baru disekolah Akoi. Jafeena
berimpian menjadi seorang novelis. Bersamanya ketika itu, dia sedang mencari
karektor yang terbaik kepada novel sulung yang ditulis. Pertama kali bertemu
dengan Akoi, Jafeena sudah mempunyai tanggapan negatif tetapi dia tidak mampu
mengelak dari mendekati Akoi. Jafeena tertarik untuk mengkaji karektor Akoi sebagai
rujukan kepada watak utama novel sulungnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)